9 ditahan dan didenda kerana sambut hari raya kelmarin
Kod: 203218 Tanggal: 2010/09/09Sumber: print

Negeri Perlis, Malaysia
9 ditahan dan didenda kerana sambut hari raya kelmarin

Sekumpulan ajaran sesat telah ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Perlis kerana menyambut 1 syawal kelmarin dan mereka dilaporkan sempat menunaikan solat Aidul Fitri dan memperdengarkan khutbahnya. 

 9 ditahan dan didenda kerana sambut hari raya kelmarin

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, menurut Buletin Utama TV3 malam tadi sekumpulan ajaran sesat telah ditangkap di surau Kampung Seriab kerana menyambut 1 syawal kelmarin dan mereka dilaporkan sempat menunaikan solat Aidul Fitri dan memperdengarkan khutbahnya.

9 orang termasuk pemimpinnya yang dikenali ustaz Syuib berusia 51 tahun dan isteri, dua anak serta seorang menantunya ditangkap jam 8.30 pagi kelmarin dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis Indera Kayangan. Kesemua mereka dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kangar petang kelmarin. Mereka disyaki kumpulan Jamiah al-Zikri Awwalun yang dipercayai berasal dari Indonesia dan Ketua Hakim Syar'i menjatuhkan hukuman denda 1000 Ringgit atau penjara empat bulan kepada ketuanya dan pengikutnya masing-masing 900 Ringgit atau penjara 3 bulan.

Fahaman itu dikatakan sudah lama bertapak di Perlis sejak 1990-an namun kegiatan mereka sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini