| Kod: 211684 | Tanggal: 2010/11/03 | Sumber: رسا | print |
Ayatullah Makarim Syirazi; Pemerintah Arab Saudi hendaklah berlepas diri dari golongan fanatik Wahabi |
Ayatullah Makarim Syirazi sambil mengecam aksi-aksi golongan Wahabi yang memerangi Syiah, beliau menyeru pemerintah Arab Saudi supaya berlepas diri dari kumpulan ekstremis ini.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Nasir Makarim Syirazi, salah seorang Marji' Taqlid dalam pengajian luar Fiqh di Masjid A'zam Qom hari ini mengecam aksi ganas dan pergerakan Wahabi yang memerangi Syiah.
Beliau menyatakan, "Berita terkini dari Arab Saudi dan daripada penunai haji telah tersebar bahawa penganut Wahabi masih tidak berhenti menghina Syiah dan kitab-kitab anti Syiah telah mereka tulis dan disebarkan. Tambahan pula satu lagi siaran televisyen anti Syiah telah mereka lancarkan".
Marji' Taqlid ini menyatakan, "Pesanan kami kepada ketua-ketua dan pemerintah Saudi ialah hendaklah anda semua berlepas diri dari golongan Wahabi yang fanatik dan mengkafirkan orang lain. Pada hari ini Syiah merupakan sebuah kekuatan dalam rantau ini dan tidak memberi manfaat kepada anda jikalau ia diketepikan. Hendaklah anda semua berlepas diri dari mereka dan bangunlah menentang regim Zionis dan musuh-musuh Islam, bukan melindungi beberapa orang yang fanatik kepada Salafi/Wahabi".
Ayatullah Makarim Syirazi menyatakan, "Tentunya sangat buruk akhlak jikalau seseorang itu menjemput tetamu kemudian mencercanya, mereka ini tetamu Allah dan tetamu anda. Anda sedang mengambil kesempatan terhadap mereka dan kerja-kerja anda ini sungguh keji".
Guru pengajian luar Fiqh Hawzah Ilmiyah Qom ini menyifatkan tindakan melindungi Wahabi dan berdiam diri ketika kumpulan ekstremis bekerja akan memburukkan nama Arab Saudi di mata dunia. Beliau menegaskan, "Anda semua hendaklah berlepas diri dari mereka demi kepentingan Islam dan serantau".
Beliau berharap mereka melepaskan diri dari aksi-aksi tidak berperi kemanusiaan ini sambil menegaskan, "Jikalau logika anda kuat, megapakah anda tidak tampil berdialog, ini juga seperti pengganas yang meletakkan bom di satu tempat dan meledakkannya serta melarikan diri setelah itu".
Ayatullah Makarim Syirazi manambah, "Saya berharap semua mereka ini bangun dari tidur yang melalaikan dan tidak mengapak akar umbi Islam lebih dari ini".
Marji' taqlid ini menyatakan kekesalan terhadap mereka yang masih kaku berdiam diri terhadap masalah ini sambil menyatakan, "Sangat dikesalkan ramai orang yang tidak ambil peduli tentang perkara ini sedangkan ia adalah bencana besar untuk seluruh umat".