| Kod: 214907 | Tanggal: 2010/11/29 | Sumber: اختصاصي ابنا | print |
Ayatullah Syahroudi: Wajah Qamar Bani Hashim tidak boleh ditayangkan |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Salah seorang Marji' Taqlid di Qom, Ayatullah al-Uzma Sayid Muhammad Husaini Syahroudi ketika menjawab pertanyaan Istifta tentang penayangan wajah Abbas (as) dalam filem bersiri Mukhtarnomeh memaklumkan: Dengan menayangkan wajah Qamar Bani Hashim, mungkin boleh menyebabkan penghinaan ke atas kesucian beliau, maka wajahnya tidak boleh ditayangkan.
Terjemahan Istifta tersebut adalah seperti berikut:
Dengan salam dan semoga tuan berpanjangan usia dan keselamatan;
Merujuk kepada beberapa siri filem beharga Mukhtarnomeh yang sedang ditayangkan di saluran televisyen Republik Islam Iran. Adapun telah dimaklum bahawa beberapa bahagian filem ini ada menayangkan wajah Abal Fadl Abbas yang mencetuskan kebimbangan di kalangan pencinta Ahlul Bait (as).
Kebanyakan kebimbangan yang timbul adalah:
Pertama: Pelakon watak ini, muncul dalam filem yang lain dengan penampilan yang tidak bersesuaian di dalam fikiran penonton.
Kedua: Kemungkinan besar akan tersebarnya ikon, poster dan segala macam khurafat.
Dengan ini peneraju filem ini wajar menukarkan wajah beliau dalam bentuk cahaya seperti penayangan filem Wilayat Esyq (Imam Ridha a.s.) yang memaparkan cahaya sebagai ganti wajah pelakonnya.
Jawapan kepada masalah ini:
Dengan Nama Allah
Oleh kerana penayangan wajah yang mulia Qamar Bani Hashim dalam filem ini mungkin boleh menyebabkan penghinaan ke atas kesucian beliau, maka ia tidak boleh ditayangkan.
Muhammad al-Husaini al-Syahroudi
16 Zulhijjah al-Haram 1431
Sebelum ini beberapa orang Marji' besar seperti Ayatullah Makarim Syirazi, Mazahiri, 'Alawi Gargani dan Ruhani turut memaklumkan penayangan ini tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.