| Kod: 215409 | Tanggal: 2010/12/03 | Sumber: ابنا | print |
Ayatullah Makarim Syirazi sekali lagi menegaskan fatwanya tentang penayangan Abul Fadhl Abbas |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir)- Ketika sutradara filem bersiri Mukhtarnomeh masih berpendirian akan menayangkan wajah Abul Fadl Abbas, Ayatullah Makarim Syirazi dalam salah satu fatwanya yang lain bertegas bahawa wajah Abul Fadhl Abbas tidak boleh ditayangkan.
Ayatullah Makarim Syirazi sebelum ini mengistiharkan penayangan wajah Abal Fadhl Abbas tidak mendatangkan maslahat. Beberapa ulama besar seperti Ayatullah Mazahiri, Alawi Gurgani, Musawi Ardebili, Syahvardi dan Ruhani turut memaklumkan penayangan wajah tokoh ni tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
Terjemahan Fatwa itu adalah seperti berikut:
Dengan Nama Allah
Dengan kata salam dan semoga berpanjangan usia;
Sebagimana yang telah dimaklumkan, siri-siri filem Mukhtarnomeh yang sangat bernilai sedang ditayangkan di dalam siaran televisyen Republik Islam Iran. Namun menurut informasi, wajah Abul Fadhl Abbas akan ditayangkan dalam beberapa bahagiannya. Perkara ini sangat membimbangkan kaum mukminin dan pencinta Ahlul Bait (as).
Kebimbangan ini sangat merunsingkan kerana:
Pertama: Pelakon watak Abul Fadl Abbas ini membintangi filem yang lain dan beliau muncul dengan personaliti yang sangat tidak sesuai dengan kemuliaan Abul Fadhl. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan penontonnya dan gambaran yang tidak baik di dalam minda mereka.
Kedua: Kemungkinan besar kerja-kerja ini akan menyebabkan tersebarnya ikon-ikon, poster-poster dan amalan khurafat.
Oleh itu peneraju filem yang dihormati ini sewajarnya memaparkan wajah beliau dalam bentuk cahaya seperti mana filem Velayat Esq (Imam Ali Ridha a.s.) walaupun orang yang sama membintangi peranan tokoh tersebut.
Dengan ini mohon tuan menerangkan perkara ini.
Jawapan Ayatullah Makarim Syirazi:

Dengan nama Allah;
Oleh kerana penayangan tersebut menimbulkan masalah dalam pemikiran orang awam, lebih baik ia ditinggalkan.
Semoga sentiasa berhasil.
Nasir Makarim Syirazi