Fatwa Ayatullah Musawi Ardebili tentang penayangan wajah Abul Fadhl Abbas dalam filem Mukhtarnomeh
Kod: 215412 Tanggal: 2010/12/03Sumber: print

Istifta;
Fatwa Ayatullah Musawi Ardebili tentang penayangan wajah Abul Fadhl Abbas dalam filem Mukhtarnomeh

Setelah Ayatullah Makarim Syirazi, Mazaheri, Alwi Gurgani dan Syahervardi, kini Ayatullah al-Uzma Musawi Ardibeli turut mengistiharkan: Tidak dibolehkan sebarang pekerjaan yang membawa penghinaan terhadap kemuliaan Abbas bin Amirul Mukminin. 

 Fatwa Ayatullah Musawi Ardebili tentang penayangan wajah Abul Fadhl Abbas dalam filem Mukhtarnomeh

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Al-Uzma Musawi Ardebili dalam jawapan Istifta tentang penayangan wajah Abul Fadhl Abbas dalam filem bersiri Mukhtar Nomeh telah memaklumkan: Sebarang pekerjaan yang boleh membawa penghinaan terhadap kemuliaan Abbas bin Amirulmukminin adalah tidak dibenarkan. Sebelum ini Ayatullah Makarim Syirazi, Mazaheri, Alawi Gurgani, Syahroudi dan Rouhani turut memaklumkan penayangan tersebut tidak dibolehkan.

Pertanyaan Istifta adalah seperti berikut:


Dengan kata salam dan semoga berpanjangan usia;

Sebagimana yang telah dimaklumkan, siri-siri filem Mukhtarnomeh yang sangat bernilai sedang ditayangkan di dalam siaran televisyen Republik Islam Iran. Namun menurut informasi, wajah Abul Fadhl Abbas akan ditayangkan dalam beberapa bahagiannya. Perkara ini sangat membimbangkan kaum mukminin dan pencinta Ahlul Bait (as).

Kebimbangan ini sangat merunsingkan kerana:

Pertama: Pelakon watak Abul Fadl Abbas ini membintangi filem yang lain dan beliau muncul dengan personaliti yang sangat tidak sesuai dengan kemuliaan Abul Fadhl. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan penontonnya dan gambaran yang tidak baik di dalam minda mereka.

Kedua: Kemungkinan besar kerja-kerja ini akan menyebabkan tersebarnya ikon-ikon, poster-poster dan amalan khurafat.

Oleh itu peneraju filem yang dihormati ini sewajarnya memaparkan wajah beliau dalam bentuk cahaya seperti mana filem Velayat Esq (Imam Ali Ridha a.s.) walaupun orang yang sama membintangi peranan tokoh tersebut.

Dengan ini mohon tuan menerangkan perkara ini.

Jawapan Ayatullah al-Uzma Musawi Ardebili:

Dengan Nama Allah,

Umumnya, tidak dibenar melaksanakan sebarang pekerjaan yang menyebabkan penghinaan, perkara yang tidak menghormati kesucian Ahlul Bait (as) termasuklah Abul Fadhl Abbas bin Amirulmukminin ataupun menyebabkan kerosakan.

Hendaklah orang yang penyelianya memberi perhatian terhadap perkara ini.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini