| Kod: 215647 | Tanggal: 2010/12/05 | Sumber: ابنا | print |
Hasil protes; Filem Mukhtarnomeh tidak akan menayangkan wajah Abul Fadhl Abbas |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ketua markaz Sima Filem Iran memaklumkan, "Babak yang menayangkan wajah Abul Fadhl Abbas dari siri-siri Mukhtarnomeh sudah lama dihapuskan dan wajahnya tidak akan dipaparkan".
Hasan Islami Mehr berkata demikian kepada wartawan Fars dan menambah, "Walaupun pengarah filem Mukhtarnomeh Daud Mirbaqeri sudah berusaha keras menjayakan babak-babak kesyahidan Abul Fadhl Abbas, peristiwa ini tidak akan ditayangkan".
Beliau menyatakan sebab penghapusan babak ini sebagai: "Kerana berbagai faktor dan pendapat, Darabi selaku pembantu Sima Iran memaklumkan kepada kumpulan pembikinan filem khususnya tentang penayangan wajah Abul Fadhl Abbas dan mengusulkan, wajah Abul Fadhl dipaparkan sebagaimana penayangan wajah Imam Maksum dalam filem yang lain".
Sebelum ini beberapa orang ulama besar seperti Ayatullah Makarim Syirazi, Sofi Gulpaigani, Wahid Khurasani, Mazaheri, Alawi Gurgani, Musawi Ardebili, Husain Syahrouvardi dan Malakuti Tabrizi mengkritik penayangan wajah Abul Fadhl Abbas dalam filem tersebut".
Oleh itu pegawai media Sida-ye-Sima Iran telah mengambil keputusan mematuhi kehendak para Marji' dan memberi jaminan kepada orang awam supaya tidak bimbang mengenainya.