Kapal bantuan Iran tiba di Gaza
Kod: 220420 Tanggal: 2011/01/09Sumber: Agenciesprint

Kapal bantuan Iran tiba di Gaza

Mesir telah membuka sempadannya supaya bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan dari Iran disalurkan ke dalam daerah kepungan. 

 Kapal bantuan Iran tiba di Gaza

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Bantuan perubatan Iran merupakan salah satu daripada konvoi Asia yang dikenali sebagai 'Asia to Gaza Solidarity Caravan' yang membawa bekalan perubatan benilai sejuta Dolar, bahan makanan, alat mainan , 4 bas dan 10 generator elektrik untuk kegunaan hospital.

Awal minggu ini, kerajaan Mesir tidak membenarkan kemasukan beberapa aktivis Iran dan 10 generator hospital melalui sempadan negaranya. 

Eslam Khan, anggota konvoi Asian bersama bekalan yang diturunkan dari kapal konvoi yang berlabuh di dermaga El-Arish Mesir. 

Anggota konvoi terdiri dari perwakilan lebih dari 15 negara termasuk Iran, India, Jepun, Indonesia, Pakistan, Malaysia, New Zealand dan Kuwait

Konvoi ini telah menjelajah lebih dari 7000 kilometer namun tersadai di Litikia, Baratlaut Syria lebih dari seminggu untuk menanti keizinan dari negara Mesir.

Konvoi ini telah memulakan penjelajahan bermula dari New Delhi India dan menyusuri Iran, Turki, Lubnan dan Syiria sehingga sampai ke Mesir.

 

Kapai bantuan ini telah dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember bersamaan hari ulangtahun perang Israel 22 hari yang merintis kepungan sejak 28 Disember 2008.

Tel Aviv telah menyekat segala bantuan untuk 1.5 juta warga Palestin yang hidup serba kekurangan sejak pertengahan Jun 2007.

Sekatan negara haram Israel ini menyebabkan krisis kemanusiaan yang parah sebagaimana yang dinyatakan oleh PBB bahawa lebih 80 peratus penduduk Gaza bergantung harapan dengan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan hidup.

Pada bulan Mei 31, askar Israel telah membunuh sembilan aktivis Turki di atas kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan dari Ankara ke Palestin.

 

/106

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini