Atap Husainiyah Az-Zahra diterbangkan ribut
Kod: 234066 Tanggal: 2011/03/30Sumber: Eksklusif ABNAprint

Atap Husainiyah Az-Zahra diterbangkan ribut


 Atap Husainiyah Az-Zahra diterbangkan ribut

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Menurut laporan yang baru kami terima, ribut kencang petang kelmarin (Selasa) pada jam 6:20 petang di negeri Jelapang Padi telah merosakkan bumbung beberapa buah rumah termasuk sebahagian atap Husainiyah Az-Zahra, Pendang, Kedah.

Pusat kebudayaan mazhab Syiah Imamiyah ini mengalami kerosakan dibahagian bumbung, di mana atap dan kayu alang hujung bangunan dan dapur nya diterbangkan angin. Hujan lebat sepanjang hari kelmarin menyebabkan lantai bangunan tersebut digenangi air.

Kos membaik pulih Husainiyah ini dianggarkan lebih dari RM10,000. Hingga saat ini  kerja-kerja pembaikan belum berjalan kerana dana yang diperlukan belum mencukupi.

Husainiyah Az-Zahra, Pendang, Kedah siap dibangunkan pada tahun 1994 oleh Ustaz Abdullah bin Hasan. Di zaman awal pengasasannya, ia telah digunakan sebagai markaz Parti Islam Semalaysia (PAS) cawangan dan antara tempat Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Karim Hasan menyampaikan kuliah agamanya. Selain Abdul Karim Hasan, Ustaz Abdullah Hasan selaku pengasasnya turut menyampaikan kuliah mingguan sehingga ke hari ini. Pengajiannya pernah ditutup sementara apabila beliau (Abdullah Hasan) telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Setelah beliau dibebas dari penjara, Husainiyah Az-Zahra dibuka semula dan aktif menjalankan kegiatannya seperti biasa.

Sumbangan ikhlas boleh disampaikan melalui akaun Ustaz Abdullah Hassan: CIMB 02100063726520




Husainiyah Az-Zahra (sebelum ribut)


Bumbung bahagian dapur telah rosak sama sekali.


Bumbung bahagian hujung Husainiyah yang dibawa terbang angin bersama kayu alangnya.


Seluruh atap perlu diganti segera kerana hujan masih turun dan boleh merosakkan lantai kayu di tingkat atas.






 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini