| Kod: 236256 | Tanggal: 2011/04/12 | Sumber: اختصاصی ابنا | print |
Selasa, 12-04-2011 Berita Terkini hari ke-58 kebangkitan umat Islam di Bahrain. |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Revolusioner dan golongan yang ditindas di Bahrain di hari ke-58 masih berdiri teguh meneruskan perjuangan menentang kerajaan yang zalim.
Beberapa peristiwa yang terjadi di Bahrain adalah seperti berikut:
Pukul 00:05 waktu Tehran- Laungan Takbir bergema di seluruh Bahrain.
Penduduk kota dan desa di seluruh wilayah melaungkan slogan takbir di tengah malam sebagai tanda betapa utuhnya perjuangan mereka sebagaimana hari-hari yang lalu. Minggu ini digelar sebagai minggu kebebasan.
Pukul 00:40 waktu Tehran- Serangan ke atas guru-guru sekolah.
Karim Al-Mahrus, seorang penulis berkata, “Pasukan keselamatan Bahrain yang dibantu oleh penceroboh Saudi mula melancarkan gerakan menyerang sekolah dan pusat pendidikan yang berkaitan dengan kementerian pelajaran Bahrain secara besar-besaran. Dalam serangan ini, terjadi penangkapan tanpa alasan”.
Beliau mengatakan, “Pemimpin Salafi di kementerian Pendidikan Bahrain berhasrat mencetuskan perpecahan dengan menangkap beberapa orang guru dan penyelia”.
Pasukan keselamatan kelmarin telah menangkap 2 pengetua sekolah iaitu Zahra Ahmad Daylami dan Iman Mu’min.
Salah seorang guru berkata kepada wartawan ABNA, “Kami berada di dalam kelas, tiba-tiba pintu sekolah di ketuk dengan keras. Para guru takut membukanya, namun pasukan keselamatan Saudi memecahkannya dengan ganas dan masuk ke perkarangan sekolah. Kanak-kanak melarikan diri ke halaman sekolah dan pengetua ditangkap. Beliau telah diancam dengan senapang dan dipaksa menaiki kenderaan yang membawanya ke tempat yang tidak diketahui”.
Pukul 01:23 waktu Tehran- Serangan dahsyat terhadap wanita.
Ancaman terhadap wanita semakin bertambah. Ejen Saudi dan Emirates membuat pemeriksaan di pos-pos kawalan dan mengganggu wanita yang membawa kenderaan.
Begitu juga polis anti rusuhan dilaporkan menceroboh dan memukul perempuan yang tinggal di rumah sendirian.
Pukul 02:00 waktu Tehran- Penghinaan terhadap gambar-gambar syuhada Bahrain.
Pasukan keselamatan Saudi mengoyak poster-poster As-Syahid ‘Abdul Rasul al-Hijazi yang dilekatkan di perkampungannya.
Pasukan keselamatan Al Saud dan Al Khalifah dilaporkan merosakkan sebarang simbol Husaini dan Syiah.
Pukul 02:16 waktu Tehran- Penghinaan terhadap symbol-simbol Syiah.
Situasi semakin parah apabila gangster kerajaan mengancam orang awam dengan menculik keluarga revolusioner dengan ancaman supaya meninggalkan Bahrain. Meskipun begitu mereka yang diancam ini tidak diberi hak melakukan perjalanan ke Iran, Iraq dan Lubnan.
Pukul 04:19 waktu Tehran- Emirates berjaya mengekang kebangkitan warga Bahrain.
Pegawai Pembantu Am pasukan bersenjata Emirates menganggap mereka berjaya membantu regim Al Khalifah dan Saudi dalam menyekat revolusi dari merebak.
Ketua Parlimen dan Kabinet Parlimen Bahrain, Khalifah bin Ahmad al-Zuhrani dalam penyediaan laporan tentang situasi negara ini dan pengucapan terima kasih kepada Emirates dalam mengekang revolusioner Bahrain telah pergi ke Abu Dhabi kelmarin. Baliau turut menziarahi Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pembantu Komandan Am askar Emirates, Syaikh Muhammad bin Zaid Al Nihyan.
Putera Mahkota Abu Dhabi dalam menyokong regim Al Khalifah mengatakan bahawa Bahrain merupakan garis merah kepada kerajaan Emirates. Abu Dhabi dan Manama merupakan satu wilayah yang berkongsi derita dan susah.
Pukul 5:18 waktu Tehran- Penggantungan tugas 30 doktor dan jururawat kerana merawat revolusioner.
Fathimah binti Ahmad Al-Balushi, Menteri Kemajuan Sosial dan Kesihatan memaklumkan, “Kementerian kesihatan negara ini menggantung tugas 30 orang doktor dan jururawat atas kesalahan yang dianggap bergabung dalam kegiatan mencetuskan huru-hara di Bahrain”.
Menurut sumber yang lain, pegawai perubatan ini digantung tugas kerana merawat sejumlah orang yang cedera dalam demonstrasi.
Pukul 6:17 waktu Tehran- Mossad melatih pasukan keselamatan Al Khalifah cara-cara menyeksa tahanan.
Seorang aktivis politik Bahrain mendedahkan persamaan cara regim Zionis dan Al Khalifah menyeksa tahanan. Beliau mendakwa periskan Zionis telah melatih regim Al Khalifah cara-cara menyiksa tahanan.
Sadiq al-Jamri daripada salah seorang ahli politik Bahrain mengatakan, “Al Khalifah meningkatkan pengangguran warga Bahrain, dengan itu warga Bahrain mengambil keputusan untuk menggulingkan regim Al Khalifah”.