Teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini sesuai dengan fundamental Islam
Kod: 246345 Tanggal: 2011/06/10Sumber: IRNAprint

Pemimpin SHURA;
Teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini sesuai dengan fundamental Islam


 Teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini sesuai dengan fundamental Islam
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, “Gagasan  teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini meskipun menurut aturan Syiah, namun dari sudut pengambilannya daripada fundamental agama Islam, maka kebanyakan Ahlusunnah turut menerima dan menghormatinya”.

Beliau mengatakan demikian kepada wartawan IRNA pada hari Sabtu lalu dan menambah, “Sebenarnya mengatur urusan manusia dengan menggunakan Fikah adalah mempunyai asas di mana setiap orang Islam menerimanya”. Beliau menegaskan bahawa Imam Khomeini adalah seorang pendiri sebuah pergerakan pemikiran baru dalam politik suatu ketika dahulu. Abdul Ghani menerangkan, “Pemikiran dan amalan Khomeini telah memasukkan fenomenon moden di dunia politik dalam kurun ke-dua puluh”.

Ulama Malaysia ini menjelaskan, “Pemikiran secara agama dan revolusi Imam Khomeini memimpin umat dari mengikuti agama dengan keterpaksaan dan lahiriahnya  secara individu ke arah agama sebenar dan aspek kemasyarakatan dan politik”.

Abdul Ghani Shamsudin menceritakan usaha kuasa angkuh dunia dan penjajah selama bertahun-tahun memisahkan agama dan politik, beliau mengatakan, “Khomeini dengan gerakannya menunjukkan Islam mampu mempengaruhi urusan politik”.

Pemimpin SHURA ini menegaskan, “Sebenarnya usaha Khomeini ialah dalam titik tolak berhadapan gerakan penjajah yang mahukan bangsa, kaum, suku dan tanahair menggantikan Islam dalam bentuk kerajaan dan kekuatan politik. Dengan ini tindakan Khomeini termasuk dalam usaha tajdid kehidupan untuk Islam”.

Beliau mengatakan, “Pandangan Imam Khomeini tentang berbagai urusan umat Islam merupakan suatu pandangan yang serba menyeluruh dan meliputi sehingga pada masa yang sama pandangan politik beliau semuanya daripada Islam, beliau tidak menganggap pemerintahan itu entiti berasingan dengan akhlak dan agama Islam”.

Abdul Ghani Shamdudin menambah, “Sebenarnya tindakan Imam Khomeini yang berkesan ialah menunjukkan kepada umat Islam dengan meletakkan jalan baru di mana Islam mempunyai kegiatan dan peraturan dalam seluruh kehidupan”.

Pemimpin SHURA ini menambah dan berterus terang, “Imam Khomeini selain menghidupkan agama, Pendekatan Antara Mazhab yang berbeza merupakan ciri-ciri pemikiran lain hamba Allah ini, yang mana beliau mampu mewujudkan suasana pendekatan walau sebesar mana pun umat Islam dan juga bertambahnya pembelaan terhadap Palestin di kalangan umat Islam merupakan bukti jelas pengaruh ini”.


 



Komen Pembaca

- [pendiat] kenapa susunan ayat yang di gunakan dalam petikan di atas tidak seperti menggunakan bahasa melayu yang sebenar. jangan kerana mencari duit lebih boleh menjadikan pembaca salah memahami berita yang hendak disampaikan.


- [Gantang Brutal] Aku baca ok je... takkan bahasa Iban kot?


- [tokngah] Sejak bila khomeini ni jadi Imam? Ghani kena banyak mengaji lagi. Akidah Syiah yang sesat macam ni pun tak nampak.



E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini