Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut agensi berita Al-Manar, Syeikh Abdul Hamid Al-Athrash di dalam fatwanya mengatakan bersubahat dengan musuh untuk menyerang Iran adalah bertentangan dengan ayat "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" (إنما المؤمنون إخوة). Beliau turut menggambarkan bahawa mereka yang bertindak demikian sebagai keluar dari Islam.
Surat khabar Mesir turut memetik kata-kata ulama Fiqh Ahlusunnah tersebut, "Wajib ke atas negara-negara lain menghapuskan mereka yang membantu Amerika dan Israel yang cuba menyerang negara Islam. Barangsiapa yang hanya berdiam diri, sama jenayahnya dengan negara-negara yang melakukan dosa dan kezaliman ini".
Beberapa minggu lalu pegawai negara Israel berterus terang mengugut untuk menyerang Iran sehingga mendapat kritikan keras daripada beberapa negara seperti Perancis.
Komen Pembaca- [anti syiah] hahahha..abis kenapa secara senyap2 tentera iran membantu amerika menyerang iraq dan afghanistan,x yah n berlindung denga hadis la syiah sial..aq x percaya amerika akan menyerang iran semua ni hanya lakunan untuk menkutkan negara2 sunnah yang lain..kalau ko percaye benuh ngan midea masa maknanya kolah manusia paling bodoh penah aq jumpe..