Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Warga Syria berhimpun di beberapa kota untuk mengecam dua serangan terbaru pengganas yang menjadikan pejabat Pengarah Keselamatan dan beberapa Cawangan Keselamatan sebagai sasaran sabotaj dan operasi jenayah pengganas.
Sekumpulan orang awam berhimpun di daerah Qudssaya, March 8, al-Qteifeh, Tal Mneen, Adra dan al-Nashabiyeh di Damsyiq untuk mengecam serangan pengganas tersebut.
Penunjuk perasaan memprotes aksi keganasan sambil menyeru warga Syria untuk bersatu padu melawan rancangan ganas, konspirasi dan campurtangan asing dalam urusan dalaman Syria.
Mereka mencela pengeboman pengganas dan menekankan taat setia kepada perpaduan nasional sambil menuntut program reformasi.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera kebangsaan dan kain rentang kecaman terhadap aksi ganas yang dilakukan militan pengganas dan menegaskan kegiatan kejam tersebut adalah akibat sakit hati pihak tertentu terhadap peranan Syria di rantau tersebut.
Mereka juga menyatakan penghargaan terhadap pasukan pertahanan Syria dalam menghadapi pengganas yang sering menjadikan sasaran anggota tentera dan penduduk awam.
Sekumpulan penduduk wilayah selatan Sweida membanjiri jalan ke arah dataran Al-Shu'leh sambil memprotes serangan pengganas dan menolak campur tangan asing dalam urusan dalaman rakyat Syria.
Peserta demonstrasi menolak cubaan menghasut, menyatakan kesediaan mereka untuk berkorban demi tanah air dan meminta Syria tetap konsisten menghadapi konspirasi tersebut.
Sementara itu, penduduk kota Tal Tamr di wilayah Hasaka, Timur Laut Syria berhimpun di dataran Adnan Al-Maliki untuk mengutuk serangan pengganas dan menyatakan sokongan mereka terhadap program reformasi di bawah kepimpinan presiden Bashar Al-Assad.
Sambil menunjukkan kemarahan mereka terhadap serangan pengganas di Damsyiq, mereka juga sebulat suara menolak campur tangan asing dalam urusan dalaman Syria.
Penunjuk perasaan di wilayah tersebut berhimpun di pantai Al-Safsafeh dan turut mengumumkan kemarahan mereka terhadap serangan pengganas di ibu kota dan berikrar akan tetap bersatu melawan konspirasi yang menyerang tanah air mereka.
Demonstrasi mengumumkan komitmen mereka dalam menjaga kedaulatan dan kedaulatan pemimpin Syria serta menolak campur tangan pihak luar.
Penduduk di wilayah Lattakia pula berhimpun di luar bangunan Datuk Bandar dan melaungkan suara kecaman terhadap serangan pengganas sambil menyatakan sokongan kepada kebebasan bangsa Syria dalam membuat keputusan.
Perhimpunan juga turut dilangsungkan oleh penduduk di Selatan wilayah Daraa untuk mengecam serangan pengganas tersebut sambil menyatakan bahawa pihak Syria akan menang dalam menghadapi konspirasi itu.