8 Syiah dibunuh pengganas
Kod: 308654 Tanggal: 2012/04/14 - 19:44Sumber: ABNA.coprint

Pakistan;
8 Syiah dibunuh pengganas

Lebih 100 Syiah dibunuh dalam tempoh 15 hari 

 8 Syiah dibunuh pengganas

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA,co) - Serangan terbaru ke atas Syiah Pakistan pagi kelmarin mengorbankan 8 orang di kota Quetta.

Menurut wartawan ABNA di Pakistan, 8 mangsa ini dibunuh dalam dua serangan.

Serangan pertama disasarkan ke arah sebuah teksi yang sedang menuju ke arah jalan 'Alamdar dari Hazara. Pengganas melepaskan tembakan sehingga 6 orang terkorban.

Dalam kejadian berasingan pengganas telah membunuh 2 Syiah dan mencederakan 2 yang lain di jalan Sabzal.

Pasukan polis yang tiba di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa kerana pengganas melarikan diri sejurus setelah kejadian. Kesemuan mangsa dipindahkan ke hospital berhampiran.

Dalam tempoh 15 hari ini lebih 100 pengikut mazhab Syiah dibunuh di mana 15 daripadanya dibunuh kurang dari 3 hari.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini