Seorang pemuda Bahrain ditembak mati
Kod: 310254 Tanggal: 2012/04/21 - 22:52Sumber: ABNA.coprint

Menjelang pertandingan Formula One;
Seorang pemuda Bahrain ditembak mati

Polis Bahrain menembak mati seorang pemuda Bahrain 

 Seorang pemuda Bahrain ditembak mati

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Polis regim Al Khalifah menyerang beberapa kawasan yang dilanda demonstrasi dua hari lalu dengan melepaskan gas beracun dan tembakan biji besi.

Dalam serangan ganas polis Bahrain ini seorang pemuda Bahrain, Soleh Abbas Habib dari desa Shakhure mati serta merta di tempat demonstrasi. Sumber-sumber Bahrain memaklumkan bahawa rumah mangsa dikepung polis hingga sekarang.

Kerajaan Bahrain dikatakan cuba melangsungkan pertandingan Formula One untuk menunjukkan kepada dunia seolah-olah tidak pernah terjadi sebarang pelanggaran hak asasi manusia dalam menghadapi gelombang tuntutan rakyat di negara tersebut.

Pada hari Khamis lalu, salah seorang anggota parlimen England mencadangkan pertandingan automobil itu dibatalkan.

Lima anggota parlimen England turut menyatakan rasa terkejut dengan sikap Parlimen England meluluskan pertandingan Formula One di negara yang melanggar hak asasi manusia. Tindakan ini dikatakan boleh mengundang kritikan beberapa pertubuhan di peringkat antarabangsa.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini