Syiah dibunuh lagi di Lahore dan Quetta
Kod: 310261 Tanggal: 2012/04/21 - 23:27Sumber: ABNA.coprint

Syiah dibunuh lagi di Lahore dan Quetta

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Ja'fariyah, dibunuh di Lahore. 

 Syiah dibunuh lagi di Lahore dan Quetta
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas melakukan beberapa serangan di Lahore dan Quetta sebentar tadi sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

Pada pukul 11 pagi tadi, dua orang adik beradik Syiah dibunuh. Ni'man Ali dan Husain Ali ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke kota Hezare Ha.

Sementara itu pengganas membunuh seorang lagi Syiah di Lahore. Korban bernama Golzar Ali Nusrat Butho iaitu bekas presiden Persatuan Mahasiswa Ja'fariyah.

Di Karachi pula Professor Imran Zaidi yang dibunuh oleh pengganas tiga hari lalu selamat dikebumikan dengan kehadiran beribu-ribu warga Pakistan. Korban adalah timbalan pengetua Maktab Teknik Jinah.

Setiausaha Agung Majlis Wahdat Muslimin di wilayah Punjab, Hujjatul Islam Abdul Khaliq Asadi mengecam keras pembunuhan Nusrat Butho. Beliau berkata, pengganas inginkan mewujudkan situasi tidak stabil di kalangan umat Islam.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini