Mesir batal eksport gas ke Israel
Kod: 310691 Tanggal: 2012/04/23 - 23:52Sumber: ABNA.coprint

Mesir batal eksport gas ke Israel


 Mesir batal eksport gas ke Israel
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kerajaan Mesir mengistiharkan pembatalan perjanjian eksport gas ke negara regim Israel dengan syarikat Mesir. Presiden syarikat gas, Muhammad Syu'aib juga memaklumkan pemberhentian membekalkan gas tersebut pada hari Khamis ini.

Mesir mula mengeksport gas ke Israel ketika negara tersebut berada di bawah pemerintahan regim Hosni Mubarak dengan harga yang sangat murah. Tindakan terbaru Mesir ini dikatakan boleh menggugat penghasilan 40 peratus penjanaan tenaga elektrik di negara berfahaman Zionis itu.

Pembatalan eksport ini selaras dengan janji kerajaan Mesir untuk mengkaji semula perjanjian itu setelah regim Hosni Mubarak digulingkan.

Sementara itu Tel Aviv menyatakan kebimbangan bahawa mereka akan menghadapi krisis tenaga elektrik sehingga musim panas nanti. Beberapa media Israel menjangkakan beberapa kota di negara haram itu terpaksa bermalam dalam keadaan gelap gelita.

Selain itu, media Israel menyiarkan perasaan marah beberapa pemimpin Israel terhadap keputusan Mesir tersebut.
 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini