| Kod: 312863 | Tanggal: 2012/05/03 - 22:29 | Sumber: Shiite News | print |
Pakistan; Pengganas bunuh 4 Syiah dalam masa 24 jam |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Empat pengikut mazhab Syiah dibunuh dalam tiga insiden pada hari Isnin dan Selasa lalu.
Nasir Ali @ Kallu telah dibunuh di Nayabad Lyari. Solat jenazahnya diadakan di Masjid Khoja Isna Ashri.
Sementara itu Ahsan Abbas Naqvi dan Syed Zia Mehdi ditembak ketika sedang menunggang motorsikal berhampiran Karimabad. Ahsan Abbas mati serta merta di tempat kejadian manakala Zia Mehdi mendapat kecederaan dan dikejarkan ke hospital.
Seorang lagi pengikut mazhab Syiah ditembak di Utara Karachi pada hari Selasa. Korban bernama Hassan Akhtar Naqvi, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan merupakan salah seorang anggota relawan Skuad Al-Haider. Jenazah beliau dibedah siasat di hospital Abbasi Shaheed.
Beberapa pertubuhan Syiah mengutuk serangan tersebut sambil mendesak kerajaan Pakistan segera bertindak menghukum pengganas yang semakin giat membunuh umat Islam.