Al-Qaeda lancar serangan ganas di Syria dengan bantuan Amerika dan Arab
Kod: 313216 Tanggal: 2012/05/05 - 22:49Sumber: shabestan.netprint

Al-Qaeda lancar serangan ganas di Syria dengan bantuan Amerika dan Arab


 Al-Qaeda lancar serangan ganas di Syria dengan bantuan Amerika dan Arab

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akhbar Syria melaporkan taktik serangan di seluruh Syria membuktikan keganasan dilakukan oleh gerakan al-Qaeda.

Berasaskan laporan tersebut serangan ganas dilancar oleh pengganas al-Qaeda dengan dukungan Washington dan beberapa negara Arab.

"Washington mempunyai sejarah mendukung keganasan... inilah yang berulang di Syria di mana kumpulan pengganas telah dibiaya oleh beberapa negara Arab dan didukung oleh Barat," menurut editorialnya.

Sementara itu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Barisan Al-Nusrah mendakwa bertanggung jawab dalam serangan yang menggegarkan Damsyiq, Jumaat lalu.

Serangan terbabit terjadi berhampiran masjid dan sekolah di Al-Midan, berhampiran pusat bandar apabila pengebom bunuh diri meledakkan bom sehingga membunuh 11 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Konflik sejak tahun lalu ini menyaksikan pembunuhan orang awam dan askar kerajaan. Hingga hari ini belum ada tanda-tanda berakhirnya keganasan apabila pemberontak beberapa kali melanggar gencatan senjata.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini