Reaksi luar biasa terhadap lawatan Ali Kurani ke Kaherah
Kod: 313831 Tanggal: 2012/05/09 - 06:23Sumber: ابناprint

Reaksi luar biasa terhadap lawatan Ali Kurani ke Kaherah


 Reaksi luar biasa terhadap lawatan Ali Kurani ke Kaherah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Golongan Wahabi menyifatkan lawatan Dr. Ali Kurani ke Mesir sebagai penyebaran Syiah di negara tersebut.

Allamah Kurani mengunjungi Mesir seminggu lalu dalam rangka memenuhi beberapa program dan pertemuan. Kedatangan beliau disambut meriah oleh penduduk tempatan di lapangan terbang antarabangsa Kaherah sehingga mengundang rasa tidak senang beberapa kumpulan anti-Syiah apabila beberapa peribadi Wahabi menyatakan kemarahan mereka dalam media. Mereka mendakwa bahawa kumpulan Syiah cuba mencetuskan huru-hara di Mesir.

Dalam lawatan itu, Dr. Ali Kurani sempat merasmikan sebuah Husainiyah pertama di Kaherah yang turut menganjurkan beberapa seminar agama dan kebudayaan.

Ulama lubnan ini juga menghadiri beberapa pertemuan dan dialog bersama penduduk Syiah dan beberapa tokoh agama Mesir serta memberikan ucapan tentang kezuhuran Imam Mahdi (a.s).

Sementara itu saluran satelit Al-Arabiyah yang dipancar dari Arab Saudi berusaha menyiarkan beberapa program yang melaga-lagakan mazhab Sunni dan Syiah dengan cuba menarik simpati Ahlusunnah Mesir. "Perjalanan Syeikh Kurani ke Mesir dan promosi akidah Syiah di negara ini membuatkan para ulama Al-Azhar dan Menteri Agama merasa bimbang," dakwa Al-Arabiya.

Sementara itu Syeikh Al-Azhar dalam satu pesanannya telah memohon maaf secara rasmi kepada ulama Syiah ini kerana terlalu sibuk sehingga tidak dapat menyambut kedatangannya di lapangan terbang.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini