Ulama Syiah Nigeria syahid dibunuh
Kod: 314993 Tanggal: 2012/05/14 - 01:58Sumber: اختصاصی ابناprint

Jenayah pengganas Wahabi;
Ulama Syiah Nigeria syahid dibunuh

Ulama Syiah Nigeria dibunuh pengganas Wahabi dengan beberapa das tembakan 

 Ulama Syiah Nigeria syahid dibunuh

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang ulama Syiah terkenal di Nigeria terkorban dalam satu serangan pengganas Wahabi yang bergelar kumpulan Boko Haram. Mangsa dikenali sebagai Haji Muhammad Ali, dibunuh pada hari Jumaat lepas di Utara Nigeria.

Berasaskan laporan ini, saksi berkata, "Pengganas Boko Haram menyerang rumah Haji Muhammad Ali. Setelah bertengkar dengan beliau, mereka membunuhnya dengan beberapa das tembakan. Mayat beliau dipindahkan ke hospital oleh penduduk Islam."

Sementara itu agensi penguatkuasa undang-undang Nigeria memaklumkan pada hari Sabtu lalu bahawa salah seorang pemimpin Boko Haram bernama Sulaiman Muhammad telah berjaya diberkas.

Jurucakap polis berkata, "Pemimpin kumpulan ini dipindahkan ke Ibukota Abuja setelah ditangkap. Pihak polis sedang menyiasat kes ini"

Tambah beliau, "Salah seorang keluarga yang dipercayai anggota pengganas turut ditangkap dan sejumlah kelengkapan militan, bom tangan dan senjata api berjaya ditemui di rumahnya."

Pengganas Boko Haram yang berkait rapat dengan fahaman Wahabi hingga hari ini aktif melakukan jenayah di sekitar Utara Nigeria. Kumpulan ini dikatakan bertanggung jawab dengan jenayah serangan dan pengeboman beberapa gereja.

Hingga hari ini jumlah mangsa bunuh kumpulan Wahabi ini meningkat seramai 180 orang.



 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini