Perjuangan Iran asas terbaik menghadapi komplot Zionis
Kod: 316323 Tanggal: 2012/05/19 - 23:33Sumber: IRNA.irprint

Ulama Lubnan;
Perjuangan Iran asas terbaik menghadapi komplot Zionis


 Perjuangan Iran asas terbaik menghadapi komplot Zionis

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti besar Lubnan, Sheikh Mohammed Rashid Qabbani menyatakan bahawa bangsa Iran berjaya melawan komplot Barat dan mampu menghadapi konspirasi Zionis di rantau ini.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan Iran, Ali Mohammadi yang turut dihadiri oleh pengerusi Perhimpunan Tertinggi Syiah Lubnan, Abdol Amir Qablan.

Mufti besar ini menegaskan bahawa Lubnan sentiasa mengawasi sebarang stimulasi yang boleh mencetuskan konflik Sunni-Syiah. Kata beliau baru-baru ini terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mendalangi beberapa perbalahan mazhab di Tarablos sehingga merebak ke beberapa kawasan yang lain.

Tambah beliau lagi, pihak kerajaan Lubnan dan para pegawainya sentiasa berwaspada terhadap konspirasi Barat-Zionis yang mahukan rakyat negara itu sibuk dalam kancah isu dalaman yang sengaja dicetuskan mereka.

Qablan juga turut memuji keberkesanan Iran dalam menghadapi konspirasi Barat dan regim Zionis.

Beliau meminta pihak Iran terus menyokong bangsa yang tertindas.

Merujuk kepada ucapan pemimpin agung revolusi Islam Iran Sayid Ali Khamenei tentang betapa pentingnya umat Islam bersatu, beliau berkata gelombang kebangkitan Islam telah mencetuskan ketakutan di hati pihak Zionis.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini