Wahabi upah pembunuhan ulama Sunni Iran
Kod: 316677 Tanggal: 2012/05/21 - 19:32Sumber: Presstvprint

Wahabi upah pembunuhan ulama Sunni Iran

Enam ditahan untuk membantu siasatan pembunuhan ulama Sunni Iran 

 Wahabi upah pembunuhan ulama Sunni Iran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hakim mahkamah Zahedan, General Mohammad Marzieh menyatakan beberapa orang telah mengaku terlibat dalam kes pembunuhan ulama Sunni Iran awal tahun ini.

Gerakan Wahabi Arab Saudi dilaporkan telah membayar sekitar 500,000 dolar Amerika untuk pembunuhan Molavi Jangi Zehi.

Baru-baru ini dua individu yang disyaki membuat pengakuan bahawa mereka telah menerima sejumlah bayaran daripada Wahabi Saudi.

Jangi Zehi yang memegang jawatan sebagai imam solat Jumaat telah dibunuh oleh pengganas di selatan kota Rask ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai menunaikan solat asar.

Hampir setahun yang lalu para ulama telah menyuarakan kekesalan atas penglibatan Riyadh dan Manama dalam jenayah terhadap ulama Sunni di Iran.

Sebelum pembunuhan ulama ini, Jangi Zeghi telah beberapa kali menerima ugutan daripada pihak musuh kerana mengistiharkan bahawa tanggungjawab mengundi untuk pemilihan Parlimen Iran adalah salah satu daripada kewajipan agama.

Ulama Sunni ini juga telah memainkan peranan yang penting dalam memperluaskan idea perpaduan Sunni-Syiah di kalangan masyarakat Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Badan perisikan Iran pada 11 April lalu mengistiharkan penangkapan suspek yang mendalangi pembuhan beliau. Hasil siasatan juga telah menunjukkan bahawa Pertubuhan Mujahedin-e Khalq (MKO) turut terlibat dalam serangan tersebut dengan bantuan Saudi.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini