Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Haji Syeikh Husain Anshariyan selaku ketua Yayasan Irfan telah melawat beberapa markaz Islam dan pusat penyelidikan penting di Malaysia disamping mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua-ketua yayasan.
Pusat Dialog Peradaban merupakan pusat Islam dan penyelidikan antara yang terpenting di Malaysia yang diasaskan di zaman mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai frasarana untuk memenuhi visi dialog antara berbagai agama.
Pertemuan pada pukul 9:30 pagi Isnin ini disambut oleh Prof. Dr. Raihanah binti Haji Abdullah selaku pengarah pusat ini bersama beberapa kakitangan beliau seperti Dr. Stefan Bucher, seorang penyelidik dari German.
Pertemuan dimulakan dengan Dr. Raihanah memperkenalkan dirinya sebagai pengarah pusat ini, mempunyai kedoktoran dalam bidang Fiqh. Selain itu katanya pusat ini satu-satunya institusi ilmu yang aktif dalam dialog antara agama. Oleh kerana terlalu banyak penerbitan dan kegiatan, pusat ini tidak berkesempatan untuk menganjurkan pengajian.
Oleh kerana Anshariyan adalah ustaz dalam Syariah Islam, Dr. Raihanah menegaskan betapa pentingnya dialog dua hala dalam bidang tersebut.

Ustaz Anshariyan berkata, "Menurut ayat Al-Quran, kita tidak boleh mengajar diri sendiri untuk menghadkan perbahasan dengan hanya satu persidangan dan makalah. Tanggung jawab kita ini ialah menyebarkan Islam ke seluruh dunia dengan segala kemungkinan yang ada. Selain dari jalan ini tokoh-tokoh Islam boleh terpisah dan umat Islam boleh lenyap. Kebudayaan Barat ingin menghapuskan Islam. Berasaskan al-Quran tanggung jawab ini dipikul oleh para cendiakawan Islam."
Dr. Raihanah meminta pandangan Ustaz Anshariyah, bidang apakah yang penting dan sama-sama dikongsi oleh kedua-dua pihak dalam dunia Islam untuk dijadikan kerjasama?
Ustaz Anshariyan berkata, "Kewajipan di zaman ini ialah kita hendaklah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka terhutang budi dengan dunia Islam. Selain itu ilmu dan pengetahuan murni telah ditukar menjadi sesuatu yang berbahaya kepada umat Islam. Satu lagi tanggung jawab cendiakawan Islam ialah menyiapkan tamadun Islam dalam bentuk buku dan makalah untuk dunia hari ini. Kemudian mempromosikan kebenaran ini supaya mempengaruhi dunia Barat dan Timur.
Salah seorang pegawai pusat ini bertanya pendapat ustaz Anshariyan tentang perbezaan pendapat di mana persefahaman dua hala yang boleh membawa kepada wacana ilmiyah meskipun tidak mampu meyakinkan semua orang.
Ustaz Anshariyan menjawab, "Kami percaya bahawa rangka dialog merupakan sunnah Nabi (s.a.w). Ini disebabkan baginda telah berdialog walaupun dengan orang kafir dan musyrikin di zaman hayatnya. Menurut pandangan kami agama sejak Nabi Adam sehingga Muhammad adalah satu, dan sentiasa memberikan cahaya dalam perjalanan insan. Agama yang satu itu ialah Islam. Kami menganggap penerusan dan perluasan hubungan kebudayaan adalah satu kelaziman berasaskan metodologi Islam dan penegasan yang difokuskan Al-Quran."
Perbahasan berikutnya adalah 'Pendekatan Antara Mazhab' khususnya di kalangan rakyat Malaysia. Dr. Raihanah memberikan penerangan tentang Fakulti Pengajian Islam UM ada memberikan ruang yang luas kepada semua jurusan Islam dalam universiti ini. Kemudian beliau bertanya kepada ustaz Anshariyan tentang punca perselisihan antara berbagai golongan.
Ustaz Anshariyan menerangkan perkara ini juga dapat dilihat bagaimanakah Islam itu asalnya adalah satu dan mengapakah akhirnya berpecah kepada berbagai mazhab.
Penghujung dialog ini akhirnya menganalisa dan menentukan kerjasama lanjut antara dua institusi ini. Menganjurkan seminar-seminar bersama, forum dialog, penerbitan rencana-rencana Yayasan Darul Irfan di dalam majalah Pusat Dialog Peradaban merupakan agenda penting kerjasama kedua-dua institusi ini. Dr. Raihanah binti Abdullah menjelaskan bahawa kegiatan begini bakal membuka banyak peluang kerjasama dan sudah tentu dialog akan membuahkan hasilnya.
Ayatullah Anshariyan sebelum ini dibawa khusus oleh Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur untuk memenuhi program kerohanian di bulan Rejab dan ulangtahun pemergian Ayatullah Khomeini serta ulangtahun kelahiran Imam Ali (a.s).