Hujah hentam kami tak masuk akal
Kod: 323679 Tanggal: 2012/06/20 - 23:20Sumber: Malaysiakiniprint

Kamil Zuhairi;
Hujah hentam kami tak masuk akal


 Hujah hentam kami tak masuk akal
Kumpulan Syiah Malaysia menyelar tindakan pelbagai pihak terus
menghentam fahaman itu menggunakan hujah yang tersasar dan tidak masuk
akal, kata jurucakapnya Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz.

Hujah itu, kata Kamilzuhairi (bawah),
antaranya mendakwa Syiah membenarkan semua solat dijamak dan menanggap
tuhan bersifat jahil, seperti ditimbulkan Ketua Unit Kajian Gerakan
Syiah, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Mohamad Ismail.

NONE"Mohamad
Ismail mendakwa Syiah menganggap tuhan itu jahil. Ini benda yang bukan
Islam sendiri takkan buat kenyataan sebegitu, satu benda yang tak masuk
akal.

"(Jika benar) itu sudah jatuh kufur," katanya sambil
mendakwa mendengar perkara itu daripada mulut Mohamad sendiri dalam
ceramah di Gombak pada Jumaat lalu.

Beliau mengulas liputan khas lima halaman dalam harian berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini berhubung mazhab Syiah yang didakwa berkembang secara senyap-senyap walaupun tidak dibenar disebarkan.

Akhbar
itu antaranya turut memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat
Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai menyifatkan Syiah
sebagai "agama politik" dan mendakwa "demonstrasi pertama dalam Islam
berasaskan ideologi Syiah".

Selain itu, Profesor Datuk Dr
Mahmood Zuhdi turut dipetik sebagai berkata "konflik Syiah dan Ahli
Sunnah Wal Jamaah lebih rumit daripada konflik Umno dengan PAS".

Liputan meluas sejak minggu lalu

Ditanya tentang motif laporan intensif itu (bawah),
Kamilzuhairi berkata beliau kurang pasti namun menyedari liputan meluas
anti mazhab itu bermula sejak hujung minggu lepas lagi.


Sementara itu Kamilzuhairi terus mempertikaikan kewibawaan Mohamad yang
digambarkan berlebih-lebih memburukkan ajaran Syiah, antaranya dengan
mendakwa mereka menggunakan al-Quran yang berbeza.

NONE"Saya
sendiri duduk di Iran selama lapan tahun, satu Quran lain pun saya
tidak pernah tengok," katanya merujuk kepada kenyataan Mohamad yang
didakwa dibuat sebelum ini.

Menurutnya, kekeliruan berkenaan mungkin timbul kerana Syiah mempunyai banyak kitab-kitab doa yang turut dijadikan rujukan.


Mengulas dakwaan berkaitan 'agama politik', beliau berkata sebagai
salah satu mazhab dalam Islam, Syiah pastinya turut mencakupi elemen
politik, akidah, fikah, sastera dan juga seni yang menjadikan Islam itu
agama yang lengkap.

Katanya lagi, tanggapan itu mungkin juga
timbul kerana amalan pengikut mazhab Syiah yang berkabung secara terbuka
pada bulan Muharram bagi mengingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW,
Sayidina Hussin bin Ali.

"Apa yang berlaku adalah melahirkan kesedihan terhadap perkara yang berlaku kepada cucu Nabi," katanya.


Isu konflik di Syiah-Sunni juga tidak timbul kerana pengikut Syiah di
negara ini menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai
'adik-beradik', katanya.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini