Mursi giat baiki hubungan bilateral Mesir-Iran
Kod: 325148 Tanggal: 2012/06/27 - 15:44Sumber: thestarprint

Imbangi tekanan Barat;
Mursi giat baiki hubungan bilateral Mesir-Iran


 Mursi giat baiki hubungan bilateral Mesir-Iran



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden baru Mesir menyuarakan hasratnya untuk memperbaiki hubungan Kaherah-Tehran. Kata beliau Barat cuba meminggirkan Iran dengan memperalatkan isu senjata nuklear meskipun dinafikan oleh Tehran.

Sejak presiden baru ini memegang tampuk pemerintahan, kedua-dua negara tersebut telah menunjukkan minat masing-masing untuk memperbaharui hubungan kedua-dua negara yang terputus sejak 30 tahun lalu.

"Kita hendaklah memperbaiki hubungan dengan Iran berasaskan kepentingan dan meluaskan kerjasama politik dan ekonomi kerana ini akan mengimbangi tekanan serantau." kata Mursi di dalam wawancara yang disiarkan oleh agensi berita Fars Iran.

Mengenai kabar angin bahawa beliau akan melawat Riyadh, Mursi berkata, "Saya tidak pernah berkata demikian, hingga sekarang belum ada keputusan untuk mengadakan lawatan di peringkat antarabangsa."



 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini