Kumpulan hak asasi manusia kecam keputusan mahkamah
Kod: 329650 Tanggal: 2012/07/17 - 13:25Sumber: tempoprint

Pemimpin Syiah Madura dihukum penjara;
Kumpulan hak asasi manusia kecam keputusan mahkamah


 Kumpulan hak asasi manusia kecam keputusan mahkamah
Keputusan hakim hanya berdasarkan tuduhan saksi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan hak asasi manusia KONTRAS (Komisi Orang Hilang dan Tindak Kekerasan) Jawa Timur mengutuk keputusan hakim mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Syeikh Tajul Muluk atas tuduhan menghina Islam.

Meskipun hukuman ini lebih ringan dari tuntutan pendakwaraya umum iaitu empat tahun penjara, Kordinator KontraS Jawa Timur, Andy Irfan Junaidi mengatakan seharusnya Ustaz Tajul dibebaskan kerana tidak terbukti melakukan penghinaan agama.

"Ustaz Tajul hanya berdakwah syiah yang kebetulan ajarannya adalah minoriti yang hidup di kalangan masyarakat yang mempunyai keyakinan mayoriti. Dan seharusnya negara melindungi kebebasan berkeyakinan meskipun itu minoriti," ujarnya. 

Ia mengatakan keputusan majlis hakim hanya berdasarkan bukti beberapa keterangan saksi yang menuduh kononnya Tajul Muluk telah menyampaikan dakwah di depan umum bahwa Kitab Suci al-Quran tidak asli.

Tambahan lagi, menurut Andy Majlis Hakim dikira telah memutuskan perkara dengan terburu-buru, tidak seimbang, dan mengabaikan fakta-fakta yang jelas. "Selama ini di Madura terdapat kelompok-kelompok yang giat melakukan syiar kebencian terhadap komuniti syi'ah di Sampang," ujarnya.

Kerana itu KontraS kata Andy, meminta agar Komisi Yudisial memeriksa Majlis Hakim dalam perkara ini dan meminta Pengadilan Tinggi membatalkan hukuman membebaskan Tajul Muluk.

"Selain itu kami juga meminta pemerintah mengembalikan hak-hak sosial ekonomi dan harta benda Tajul Muluk dan keluarganya yang hancur akibat peristiwa pembakaran pondok pesantren pada akhir tahun lalu," ujarnya.

Adapun kes ini bermula dari konflik yang sengaja ditimbulkan di antara komuniti bermazhab Syiah dan Ahlusunnah di Nangkernang, Sampang, Madura. Kemuncak konflik ini berakhir dengan tragedi pembakaran empat rumah, surau dan madrasah di kompleks pondok  Ustaz Tajul, yang dilakukan kelompok anti Syiah pada 30 Desember tahun lalu.

Polis kemudian menangkap Tajul Muluk sebagai suspek pada 16 Mac 2012 lalu atas dasar laporan daripada kerabatnya sendiri Rois Al Hukuma. Polisi menjerat Tajul dengan dua pasal iaitu penistaan agama di Indonesia dengan pasal 156 a KUHP dan atau pasal 335 ayat (1) KUHP dengan ancaman penjara lima tahun.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini