بسم الله الرحمن الرحيم
Ahlusunnah mempunyai akidah bahawa barangsiapa yang hadir di dalam Baiʻatul Rhidwan dan pernah memberikan Baiʻat kepada Rasulullah, maka dia termasuklah daripada kalangan orang yang mendapat keredaan Ilahi yang kekal abadi. Perkara ini juga menyabitkan bahawa semua orang yang memberi Baiʻat di bawah pohon adalah adil.
Mereka juga mempunyai akidah bahawa: Mereka ini sudah diampunkan. Dosa-dosa silam dan akan datang tidak akan dihitung lagi. Kerana itu api neraka tidak akan membakar mereka yang berada di dalam pembaiʻatan Ridhwan.
Namun benarkah salah seorang munafik terkenal seperti Abdullah bin Ubai turut hadir di dalam peristiwa ini bersama Rasulullah dan sempat memberikan baiʻat kepada Rasulullah?
Apakah Rasulullah (s.a.w) meredainya serta mengampuni dosa silam dan akan datangnya?
Jawapan:
Sebelum kita membuktikan bahawa Abdullah bin Ubai, seorang munafik terkenal di zaman Rasulullah turut hadir di dalam Baiʻatul Ridhwan, hendaklah kita selidiki terlebih dahulu apakah Allah (s.w.t) meredai semua orang dalam peristiwa tersebut selama-lamanya atau tidak? Apakah ada ulama Ahlusunnah yang mendakwa demikian atau tidak?
Keredaan abadi ke atas pemberi baiʻat di bawah pohon.
Menurut Ahlusunnah Wal Jamaah, semua orang yang telah hadir di dalam Baiʻatul Ridhwan merupakan penghuni syurga dan tidak seorang pun daripada mereka yang akan memasuki syurga.
Muslim Nisyaburi di dalam kitab Sahihnya menulis:
حدثني هَارُونُ بن عبد اللَّهِ حدثنا حَجَّاجُ بن مُحَمَّدٍ قال قال بن جُرَيْجٍ أخبرني أبو الزُّبَيْرِ انه سمع جَابِرَ بن عبد اللَّهِ يقول أَخْبَرَتْنِي أُمُّ مُبَشِّرٍ انها سَمِعَتْ النبي صلى الله عليه وسلم يقول عِنْدَ حَفْصَةَ لَا يَدْخُلُ النَّارَ ان شَاءَ الله من أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ أَحَدٌ الَّذِينَ بَايَعُوا تَحْتَهَا ... .
النيسابوري القشيري ، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج4، ص 1942، ح2496، 37 ، كِتَاب فَضَائِلِ الصَّحَابَةِ ، بَاب من فَضَائِلِ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ أَهْلِ بَيْعَةِ الرُّضْوَانِ رضي الله عَنْهُمْ، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.
Diriwayatkan daripada Harun bin Abdullah, daripada Hajjaj bin Muhammad, daripada Ibnu Juraij, Abu Al-Zubair memberitakan kepadaku sesungguhnya beliau mendengar daripada Jabir bin Abdullah berkata, Abu Mubassyir memberitahuku bahawa beliau mendengar Nabi (s.a.w) bersabda kepada Hafsah:
InsyaAllah, tidak akan masuk neraka seorang pun daripada Ashhab Syajarah, mereka yang memberi baiʻat di bawahnya….
- Al-Nisyaburi Al-Qushayri, Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj (wafat tahun 261 hijrah), Sahih Muslim, jilid 1 halaman 1942, Hadis 2496
قوله صلى الله عليه وسلم ( لا يدخل النار إن شاء الله من أصحاب الشجرة أحد من الذين بايعوا تحتها) قال العلماء معناه لا يدخلها أحد منهم قطعا كما صرح به في الحديث الذي قبله حديث حاطب وانما قال إن شاء الله للتبرك لا للشك.
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاى676 هـ)، شرح النووي علي صحيح مسلم، ج16، ص 58، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت، الطبعة الثانية، 1392 هـ.
Sabda Nabi (s.a.w): “InsyaAllah, tidak akan masuk neraka seorang pun daripada kalangan Ashhabu As-Syajarah, mereka yang memberi baiʻat di bawahnya”. Ulama berkata maknanya ialah tetaplah bahawa seorang pun daripada mereka tidak akan masuk ke dalam neraka seperti mana yang dijelaskan di dalam hadis tersebut yang sebelumnya berkaitan dengan hadis Hatib. Kata-kata Insyallah disebut di dalam riwayat sebagai Tabarruk.
- Al-Nawawi Al-Syafiʻi, Muhiyuddin Abu Zakaria bin Syarf bin Murri bin Jumʻah bin Hizam (wafat tahun 676 Hijrah), Syarh Nawawi Ala Syarah Muslim, jilid 16 halaman 58.
Sebenarnya ada lagi riwayat yang jelas mengenai perkara ini, namun cukuplah satu sahaja dikemukakan di sini.
Kehadiran Abdullah bin Ubai di bawah pohon
Sampai di sini kita dapati bahawa semua orang yang hadir di dalam Baiʻatul Ridhwan dan memberi baiʻah kepada Rasulullah (s.a.w) adalah ahli syurga. Sekarang persoalannya apakah Abdullah bin Ubai turut serta bersama mereka?
Beberapa teks telah ditemui dari kitab-kitab Ahlusunnah yang membuktikan bahawa Abdullah bin Ubai, ketua kaum munafik Madinah turut serta di dalam perjalanan Rasulullah. Badruddin Al-Aini di dalam kitab Umdatul Qari Syarh Sahih Al-Bukhari memuatkan riwayat:
ان ابن أبي قال يوم الحديبية كلمة حسنة ، وهي : أن الكفار قالوا : لو طفت أنت بالبيت ؟ فقال : لا ، لي في رسول الله إسوة حسنة ، فلم يطف .
العيني الغيتابي الحنفي، بدر الدين ابومحمد محمود بن أحمد (متوفاى 855هـ)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري، ج8، ص 54، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.
Pada hari Hudaibiyah, Abdullah bin Ubai berkata dengan kata-kata yang baik, iaitu orang kafir berkata kepadanya: Mahukah engkau bertawaf?: Maka ibnu Ubai menjawab: Tidak, Rasulullah bagiku adalah contoh tauladan yang baik. Maka Abdullah bin Ubai pun tidak pergi tawaf. - Al-ʻAini Al-Ghitabi Al-Hanafi, Badruddin Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad (wafat tahun 855 Hijrah), ‘Umdatul Qari Syarh Sahih Al-Bukhari, jilid 8 halaman 54.
Ini membuktikan bahawa Abdullah bin Ubai telah hadir di dalam Hudaibiyah kerana tidak menerima usulan daripada kaum Quraysh di samping membuat keputusan enggan mengerjakan tawaf sebagaimana Rasulullah dan kaum muslimin yang lain.
Ibnu Hazm Al-Andalusi juga turut menjelaskan bahawa kaum Quraysh mengusulkan tawaf namun Abdullah bin Ubai tidak menerimanya:
¬¬¬¬¬¬¬¬¬وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ (ص) لم يَخْدَعْ إنْسَانًا قَطُّ غير أَنَّهُ قال يوم الْحُدَيْبِيَةِ كَلِمَةً حَسَنَةً قال الْحَكَمُ فَسَأَلْت عِكْرِمَةَ ما هذه الْكَلِمَةُ قال قالت قُرَيْشٌ يا أَبَا حَبَّابٍ إنَّا قد مَنَعْنَا مُحَمَّدًا طَوَافَ هذا الْبَيْتِ وَلَكِنَّا نَأْذَنُ لَك فقال لاَ لي في رسول اللَّهِ (ص) أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
إبن حزم الأندلسي الظاهري، ابومحمد علي بن أحمد بن سعيد (متوفاى456هـ)، المحلى، ج11، ص 209 ، تحقيق: لجنة إحياء التراث العربي، ناشر: دار الآفاق الجديدة - بيروت.
Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) tidak pernah menipu manusia sedikitpun, melainkan Abdullah bin Ubai berkata dengan kata-kata yang baik di hari Hudaibiyah. Hakam berkata: Aku bertanya kepada ʻIkrimah: Apakah kata-kata tersebut? Dia menjawab: Quraysh berkata: Wahai Aba Habbab (nama panggilan Abdullah bin Ubai), kami melarang Muhammad mengerjakan tawaf di rumah ini, namun kami izinkan kamu. Maka Abdullah bin Ubai menjawab: Tidak!, bagiku pada diri Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik. - Ibnu Hazm Al-Andalusi Al-Zahiri, Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Saʻid (wafat tahun 456 Hijrah), Al-Muhalla, jilid 11 halaman 209.
Badruddin ʻAyni dan Jalaluddin Suyuthi turut menukilkan riwayat ini:
غير أن ابن أبي قال يوم الحديبية كلمة حسنة وهي أن الكفار قالوا لو طفت أنت بالبيت فقال لا لي في رسول الله إسوة حسنة فلم يطف
العيني الغيتابي الحنفي، بدر الدين ابومحمد محمود بن أحمد (متوفاى 855هـ)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري، ج8، ص 54، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.
… melainkan Abdullah bin Ubai yang berkata di hari Hudaibiyah dengan kata-kata yang baik, iaitu sesungguhnya orang kafir berkata kepadanya: Mahukah engkau mengerjakan tawaf di rumah itu?: Maka Abdullah bin Ubai pun menjawab: Tidak, bagiku Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik. Maka dia pun tidak mengerjakan tawaf. - Al-ʻAyni Al-Ghitabi Al-Hanafi, Badruddin Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad (wafat tahun 855 Hijrah), ʻUmdatul Qari Syarh Sahih Al-Bukhari, jilid 8 halaman 54.
قالت له قريش : يا أبا حباب إنا قد منعنا محمداً طواف هذا البيت ، ولكنا نأذن لك ، فقال : لا لي في رسول الله أسوة حسنة .
السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، الدر المنثور، ج8، ص 177، ناشر: دار الفكر - بيروت – 1993.
Kaum Quraysh berkata kepada Abdullah bin Ubai: Wahabi Aba Habbab, sesungguhnya kami mencegah Muhammad dari melakukan tawaf di rumah ini, namun kami izinkan engkau, maka Abdullah bin Ubai pun menjawab: Tidak, bagiku pada diri Rasulullah adalah contoh tauladan. - Al-Suyuthi, Jalaludin Abu Al-Fadhl Abdul Rahman bin Abi Bakr (wafat tahun 911 Hijrah), Al-Dur Manthur, jilid 8 halaman 177.
Berdasarkan riwayat ini, Ali bin Burhan Al-Halabi memberikan penjelasan bawaha Abdullah bin Ubai turut hadir di dalam perjanjian Hidaibiyah, termasuklah dalam perang Badar.
وقال له المشركون يوم الحديبية انا لانأذن لمحمد ولكن نأذن لك فقال لا ان لى فى رسول الله أسوة حسنة فشكر رسول الله صلى الله عليه وسلم له ذلك واكراما لابنه وفى هذا تصريح بأن ابن أبى كان مع المسلمين فى بدر وفى الحديبية فلما بلغ وفي لفظ قال إن لي في رسول الله أسوة حسنة رسول صلى الله عليه وسلم امتناعه رضي الله عنه أثنى عليه بذلك.
الحلبي، علي بن برهان الدين (متوفاى1044هـ)، السيرة الحلبية في سيرة الأمين المأمون، ج2، ص 23، ناشر: دار المعرفة - بيروت – 1400.
Di hari perjanjian Hudaibiyyah, kaum musyrikin berkata kepadanya: sesungguhnya kami tidak izinkan Muhammad, tetapi kami izinkan untuk kamu. Maka Abdullah bin Ubai menjawab: Tidak, sesungguhnya Rasulullah bagiku adalah contoh tauladan yang baik. Maka Rasulullah (s.a.w) pun berterima kasih kepadanya kerana itu dan penghormatan anaknya. (Penulis berkata) Peristiwa ini menjelaskan sesungguhnya Abdullah bin Ubai telah bersama kaum muslimin di dalam perang Badar dan Hudaibiyah. Maka tatkala sampai lafaz Abdullah bin Ubai radhiallahuanhu: “Bagiku pada Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik” dan keengganannya menerima pelawaan Qurasyh, maka Rasulullah pun memujinya. - Al-Halabi, Ali bin Burhanuddin (wafat tahun 1044 Hijrah), Al-Sirah Al-Halabiyyah, jilid 2 halaman 23.
Pembaiʻatan Abdullah bin Ubai di bawah pohon.
Sampai di sini terbuktilah bahawa Abdullah bin Ubai turut hadir di dalam peristiwa Hudaibiyah. Namun benarkah ia turut memberi Baiʻat kepada Rasulullah (s.a.w)? Ini disebabkan jikalau ia tidak memberi Baiʻat maka ia tidak termasuk di dalam keredaan Allah. Namun jikalau terbukti ia juga terut serta memberikan Baiʻat, maka dengan sendirinya seluruh argumentasi Ahlusunnah terbatal.
Menurut riwayat yang dicatat oleh Muslim Nisyaburi di dalam kitab Sahihnya, semua orang yang hadir di dalam peristiwa Baiʻatul Ridhwan telah memberikan baiʻat mereka kepada Rasulullah (s.a.w) kecuali seorang yang bernama Jaddi bin Qais yang bersembunyi di bawah perut untanya.
وحدثنا محمد بن حَاتِمٍ حدثنا حَجَّاجٌ عن بن جُرَيْجٍ أخبرني أبو الزُّبَيْرِ سمع جَابِرًا يَسْأَلُ كَمْ كَانُوا يوم الْحُدَيْبِيَةِ قال كنا أَرْبَعَ عَشْرَةَ مِائَةً فَبَايَعْنَاهُ وَعُمَرُ آخِذٌ بيده تَحْتَ الشَّجَرَةِ وَهِيَ سَمُرَةٌ فَبَايَعْنَاهُ غير جَدِّ بن قَيْسٍ الْأَنْصَارِيِّ اخْتَبَأَ تَحْتَ بَطْنِ بَعِيرِهِ.
النيسابوري القشيري ، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج3، ص 1483 ، ح1856، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.
Jabir ditanya berapakah orang yang berada di hari Hudaibiyah: Kami seramai seribu empat ratus orang membaiʻat baginda. sedangkan Umar memegangi tangannya di bawah pohon Samurah. Maka kami pun memberikan Baiʻat kepada baginda kecuali Jaddi bin Qais Al-Anshari yang bersembunyi di bawah perut untanya. - Al-Nisyaburi Al-Qushayri, Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj (wafat tahun 261 hijrah), Sahih Muslim, jilid 1 halaman 1483, Hadis 1856.
Sebelum ini kita telah berjaya membuktikan kehadiran Abdullah bin Ubai di dalam Hudaibiyah, sementara itu riwayat dari Sahih Muslim ini secara langsung mengatakan semua yang hadir telah memberikan Baiʻat kepada Rasulullah (s.a.w) kecuali Jaddi bin Qais. Oleh itu terbuktilah Abdullah bin Ubai juga turut memberikan Baiʻat kepada Rasulullah, jikalau tidak sudah tentu ia juga akan dikecualikan seperti Jaddi bin Qais.
Persoalannya sekarang ialah, apakah keredaan abadi Allah (s.w.t) turut meliputi Abdullah bin Ubai juga?
Apakah Abdullah bin Ubai juga adalah seorang penghuni Syurga dan tidak akan masuk neraka?
Jikalau ia tidak akan masuk syurga, maka terbuktilah bahawa tidak semua yang terlibat di dalam Baiʻatul Ridhwan tergolong dalam ayat keredaan Allah. Selain itu mereka yang mendapat keredaan Allah itu hanyalah terhad kepada sahabat yang tetap konsisten beriman sehingga ke akhir hayatnya.