Mufti Ahlusunnah Perancis masuk Syiah
Kod: 330488 Tanggal: 2012/07/21 - 03:14Sumber: اختصاصی ابناprint

Mufti Ahlusunnah Perancis masuk Syiah

Malangnya sehingga berusia 68 tahun saya masih tidak kenal Syiah , sekarang saya rasa gembira. Sebelum ini saya bermusafir ke Madinah tetapi masih belum kenal Syiah dan Ahlul Bait (a.s) sehinggalah melawat Karbala. Mereka menyembunyikan Ahlul Bait di Madinah namun hari ini saya telah menemukannya.
 

 Mufti Ahlusunnah Perancis masuk Syiah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh Sankoh Muhammadi, mufti serta imam masjid Ahlusunnah Perancis telah menerima Syiah sebagai mazhabnya setelah bermusafir ke Iraq. Beliau yang terkenal dengan terkenal dengan pengasasan beberapa masjid, berasal dari negara Cameroon telah menjadi rakyat Perancis setelah 43 tahun menetap di sana.

Syeikh Sankoh baru-baru ini telah melawat kota Karbala. Beliau sering berdialog dengan Syeikh Walid Al-Baaj (ulama Syiah) dengan kehadiran penyelidik Tunisia, Muhamad Saleh al-Hinshir yang menjadi penterjemah bahasa Arab ke bahasa Perancis.

Mufti Ahlusunnah ini menyatakan rasa senang hati atas lawatannya ke Karbala. Ketika ditanya tentang perasaannya terhadap Syiah, beliau menyatakan rasa ajaib ketika menyelidik tentang mazhab tersebut. Kata beliau, meneliti Syiah membuatkan pemikirannya semakin bebas dan berlogika sebagaimana seorang manusia yang merdeka. Menurutnya lagi sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyebarkan realiti kebenaran ke seluruh dunia.

Turut beliau luahkan ialah perasaan kesal kerana setelah berusia 68 tahun barulah berkenalan dengan Syiah. Sekarang tanggung jawab yang disandangnya ialah menjadi seorang pendakwah Syiah.

Menceritakan pengalaman ketika berada di permakaman Ahlul Bait di Baqi’, katanya air mata beliau menitis setelah mengetahui kebenaran Islam. Kebenaran tersebut terungkap hanya ketika menyelidik di kota Karbala sedangkan beliau tidak pernah menemuinya ketika berada di Madinah.

Beliau turut meninggalkan pesanan kepada masyarakat awam supaya membanyakkan pembacaan dan penyelidikan untuk menyebarkan pesanan Islam yang sebenar ke seluruh dunia. Hingga saat ini beliau tekun belajar bahasa Perancis untuk menyebarkan mesejnya.



 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini