Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sekumpulan pengganas bersenjata di dalam sebuah kereta yang bergerak telah bertembung dengan pasukan keselamatan di sekitar al-Furqan, kota Aleppo, pada hari Sabtu (28-7-2012).
Berasaskan laporan tersebut, pertembungan ini menyebabkan dua orang pengganas terbunuh dan tiga yang lain berjaya ditangkap. Selain itu senjata mereka turut dirampas.
Dalam waktu yang sama, pihak berkuasa mengejar pengganas di kawasan al-Ansari al-Sharqi dan pertempuran sengit yang terjadi menyebabkan kekalahan di pihak pengganas.
Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa merampas senjata, kereta yang mereka naiki, dua alat komunikasi dan kelengkapan satelit Thuraya.
Menurut laporan, pihak berkuasa mengejar pengganas yang cuba menyerang balai polis di al-Midan, daerah Aleppo. Dalam kejadian tersebut semua pengganas berjaya dibunuh.
Kekalahan pengganas di daerah Saladin, Aleppo.
Pertempuran sengit juga berlaku di kawasan Aleppo di mana kekalahan berpihak kepada kumpulan penggganas.
Menurut sumber, bengkel yang digunakan oleh pengganas sebagai sarang mereka meledak setelah berbalas tembakan dengan pihak berkuasa sehingga menyebabkan semua yang berada di situ terbunuh.
Pihak berkuasa masih mengejar pengganas sehingga keamanan dapat dikembalikan.
Selain itu, empat pengganas berjaya ditangkap ketika sedang memindahkan 2 rakan mereka yang cedera di Sukkari. Pihak berkuasa menyita kereta dan senjata mereka termasuk 2 AK-47 dan pistol.
Kekalahan pengganas di Lattakia.
Pihak berkuasa mengepung beberapa perkampungan dan hutan disamping mengejar sejumlah pengganas yang masih berkeliaran di kota Salma.
Sumber rasmi menyebut, pihak pengganas mengalami kekalahan yang parah di tangan askar kerajaan.
Dengan kerjasama penduduk tempatan, berpuluh-puluh pengganas terbunuh dan cedera di kawasan al-Baladiyeh, kota Rastan di Homs.
Pertempuran dari dalam Lubnan
Dalam masa yang sama, pengawal sempadan dan askar Syria diserang oleh pengganas dari dalam kawasan Lubnan.
Berasaskan laporan ini, serangan disasarkan ke arah pos kawalan di al-Armouta, Shahira dan al-Reidaniyeh di kawasan Tal Khalakh. Percubaan pengganas menyusup ke dalam Syria telah menemui kegagalan walaupun menggunakan senjata berat. Pertempuran ini juga menyebabkan ramai anggota pengganas terbunuh.
Pengganas dibunuh di al-Sultaniyeh al-Hamidiyeh di Homs.
Pengganas dikalahkan lagi apabila mikrobas yang mereka naiki di serang hendap oleh askar kerajaan di al-Sultaniyeh. Kenderaan itu musnah dalam serangan tersebut.
Sementara itu sejumlah anggota pengganas terbunuh dan mendapat kecederaan apabila askar Syria melakukan operasi di al-Hamidiyeh.
Askar Syria usir pengganas yang berhasrat menyerang penguatkuasa undang-undang di al-Qseir.
Di kota al-Qseir, askar kerajaan berjaya membunuh 8 pengganas dan mencederakan 15 yang lain ketika mereka cuba menyerang anggota penguatkuasa undang-undang.
Bom meletup sendiri, pengganas terbunuh dan cedera.
Letupan besar terjadi di jalan al-Shawader, al-Khalidiye, Home sebelum waktu berbuka puasa kelmarin. Menurut sumber rasmi letupan terjadi apabila sekumpulan pengganas sedang menanam bom di jalan dan bangunan sehingga menyebabkan sejumlah besar daripada mereka terbunuh dan cedera.
Pengganas dikejar di Deir Ezzor.
Pihak berkuasa Ezzor mengejar sekumpulan pengganas dan berjaya membunuh serta mencederakan beberapa orang daripada mereka. Selain itu mortar yang mereka gunakan telah dimusnahkan.
Ketua dan anggota pengganas di Hama berjaya ditangkap.
Bebekalkan maklumat penduduk tempatan, askar Syria berjaya menangkap sejumlah pengganas bersama ketua dan beberapa anggotanya. Selain itu senjata dan bom turut dirampas manakala pacuan 4 roda mereka dimusnahkan.
Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa pengganas sedang berkeliaran di al-Asharneh, Hosh al-Asharneh, Kernaz, al-Mughir dan perkampungan al-Sheikh Hadid. Askar kerajaan memberikan reaksi dengan menyerang dan menangkap ramai anggota mereka. Manakala saki baki kumpulan ini terbunuh dan cedera.
Askar turut memusnahkan dua pacuan 4 roda yang memuatkan DShK dan merampas senjata seperti PKC, maschinguns, rifel otomatik, senapang pam, pelancar roket RPG dan peralatan bom IED, termasuk beberapa alat komunikasi dan kelengkapan satelit.
Sejumlah kereta tempatan yang dicuri pengganas berjaya ditemui.
Di Hama, pertempuran tercetus apabila askar Syria mengejar sekumpulan pengganas yang mengakibatkan sebahagian besar mereka terbunuh. Antara pengganas yang dibunuh ialah Mohammad Haj Mohammad Abu Knaj, Rashid Rahil Rashid, Wael Khaled Freja dan Ma'amound Ulesha.
Askar Syria mengejar pengganas di Daraa
Pihak berkuasa menyerang sekumpulan pengganas yang bersembunyi di Busra al-Sham. Berita Syria pula melaporkan pihak pengganas mengalami kekalahan yang parah di sana.
Rakyat Lubnan dan Syria ditangkap ketika menyeludup senjata ke Syria.
Askar Lubnan menahan dua lelaki warga Lubnan dan Syria yang cuba menyeludup senjata ke Syria.
Sumber menyatakan Perisikan Tentera Lubnan memberitahu televisyen al-manar bahawa mereka ditangkap di sempadan Tafil. Warga Syria tersebut bernama Kahloun. Antara senjata yang cuba diseludup ialah pistol, kelengkapan sniper dan peluru.