Regim Bahrain menghina ulama
Kod: 334637 Tanggal: 2012/08/05 - 21:03Sumber: ABNA.coprint

Ayatullah Isa Qasim;
Regim Bahrain menghina ulama


 Regim Bahrain menghina ulama
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Syura Ulama Bahrain di dalam khutbah Jumaatnya mengkritik tindakan keras regim terhadap penduduk awam dengan mengatakan, "Masalah ini berpunca dari perseteruan dan ketakutan regim Al Khalifah terhadap kekuatan rakyat, ini disebabkan regim tidak mempunyai harga di kalangan rakyat."

Mengenai penghinaan terhadap ulama, Ayatullah Isa Qasim mengatakan, "Pengejaran dan pemberhentian kereta dua ulama Bahrain di jalan adalah satu penghinaan kepada mereka. Merampas serban dari kepala kedua-dua orang ini adalah cukup biadab, tindakan mencaci dan mengancam kedua-dua ibu bapa mereka adalah satu penghinaan yang dilakukan oleh regim terhadap Syeikh Ibrahim Sada dan Syiekh Muhammad Shahabi."

Beliau mengecam tindakan biadap ini dan menyatakan, "Syeikh Ibrahim Safa adalah pengetua Hawzah al-Ghadir dan Syiekh Muhammad Jawad Shahabi adalah pengetua Hawzah Imam Baqir yang juga merupakan ulama besar Bahrain."


Pemimpin Syura Ulama Bahrain ini menambah, "Operasi ini menggambarkan penistaan dan pencabulan terhadap agama, mazhab dan keharmonian kaum di tangan kerajaan regim Al Khalifah yang merupakan jenayah secara terang-terangan."

Beliau menekankan, "Tindakan ini merupakan jenayah politik dan tidak ada kaitan dengan agama serta mazhab orang awam. Malah ianya adalah pencetus fitnah perkauman tersebar di kalangan saudara Syiah dan Ahlusunnah."

Khatib Solat Jumaat di masjid Imam Sodiq, Manama ini menegaskan, "Jikalau regim berkhayal bahawa tindakan dan kaedah menyakitkan ini boleh menghina mazhab Syiah dan mengejeknya sehingga dapat mencetuskan perbalahan bersama Ahlusunnah, hendaklah mereka sedar bahawa aksi seperti ini sia-sia belaka sekalipun jenayah ini dilakukan secara tersembunyi."

Tambah beliau lagi, "Kami menegaskan, peristiwa-peristiwa yang terjadi, gangguan dan perbalahan kaum dicetuskan oleh regim Bahrain dan saudara-saudara Ahlsunnah tidak bersalah dalam hal ini."

Ayatullah Syeikh Isa Qasim turut menyatakan aksi-aksi tidak berlandaskan agama ini tidak sepatutnya menjadi perbalahan mazhab.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini