Besarnya ancaman munafik kepada Islam
Kod: 335150 Tanggal: 2012/08/08 - 08:41Sumber: ABNA.coprint

Ayatullah Makarem Syirazi
Besarnya ancaman munafik kepada Islam

Marji' Taqlid Ayatullah Makarem Syirazi berkata, "Orang muafik berkata Amerika dan Israel akan menyerang, marilah kita berdamai dengan mereka." 

 Besarnya ancaman munafik kepada Islam
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi hari ini membacakan ayat -ayat suci al-Quran dari surah al-Ahzab dalam ucapannya:

[11] Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. 
[12] Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja". 
[13] Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam). 
[14] Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja. (Surah Al-Ahzab ayat 11-14).

Beliau berkata, "Peperangan Ahzab merupakan medan ujian yang sangat berat buat umat Islam, padahal kebiasaannya semua orang (beriman dan munafik) bercampur gaul, namun mereka ini akan berpisah di medan jihad."

Ayatullah Makarem mengibaratkan perpisahan golongan munafik daripada orang beriman di medan jihad seperti gandum berpisah dari kulitnya. Tegas beliau, "Di kalangan petani, sudah menjadi kebiasaan mereka menampi gandum dari tangkai di angin, ujian Tuhan bagaikan angin ini."

Ahli Tafsir ini turut menyifatkan perang Ahzab adalah pengklassifikasikan terhadap tiga golongan, 'Kumpulan pertama ialah munafik yang menunjukkan isi hati mereka dengan mengatakan: 'مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا' (orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya), 'مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا' (Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja), ayat 13 juga menunjukkan golongan ini: 'وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يا أَهْلَ يثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُم' (Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu, oleh itu baliklah), yang cuba mempengaruhi penduduk madinah dengan kemunafikan."

Beliau menambah, "Di dalam ayat ke-4 surah al-Falaq, Allah (s.w.t) berfirman: 'وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ' (Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan), mereka ini juga adalah orang munafik yang mengosongkan hati manusia, sekarang pun seperti itu juga, "Amerika dan Israel akan menyerang, marilah kita berdamai dengan mereka."

Marji' Taqlid Syiah ini menerangkan kelompok kedua dengan mengatakan, 'Kumpulan kedua juga 'pencari alasan yang berdusta', di mana mereka mengatakan 'Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu, oleh itu baliklah'."

Mengenai sebab umat Islam digelar sebagai Ahli Yathrib, beliau menerangkan, "Jawapannya ialah, ketika Nabi datang, kota ini bertukar nama. Ini disebabkan Yathrib bermakna 'kota tercela' di mana setelah kehadiran Nabi (s.a.w), ia dipanggil sebagai Madinatul Rasul, iaitu kota Nabi. Kemudian setelah 5 tahun hijrah Nabi, orang ramai juga sudah memanggil Madinah. Namun satu golongan berkata 'Wahai Ahli Yathrib', iaitu mencari alasan dengan berkata 'Kembalilah ke zaman Jahiliyah dan janganlah iktiraf kerja-kerja Rasul. Oleh itu mereka ini berada di bawah tabligh kaum munafik."

Ayatullah Makarem Syirazi memperkenalkan golongan ketiga, "Kumpulan ketiga ialah, "Kumpulan ke-tiga ialah beberapa orang yang datang kepada Rasulullah dan berkata, "Rumah-rumah kami dalam bahaya, izinkanlah kami pergi untuk melihat isteri dan anak kami: "وَيسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِنْهُمُ النَّبِي يقُولُونَ إِنَّ بُيوتَنَا عَوْرَةٌ" (Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi hendak balik sambil berkata: 'Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan'). Al-Quran mengatakan rumah-rumah mereka masih utuh, mereka berdusta, was-was orang munafik mempengaruhi hati dan mereka ingin lari dari medan."

Beliau mengatakan, "Orang yang lemah imannya adalah seperti ini, al-Quran berkata betapa lemahnya sebahagian daripada mereka ini, andainya kelompok musuh memasuki Madinah dan mengatakan kepada mereka sembahlah berhala, maka pasti mereka ini menyimpang dari menyembah Tuhan sambil patuh kepada musuh. Jikalau musuh menyerang, mereka menyerah dengan mudah sekali."

Di samping itu beliau mengingatkan tentang kegelapan di zaman pemerintahan monarki syah, "Ada yang menceritakan ketika ejen taghut musuh menyerang pejuang revolusi, terdapat beberapa orang yang lemah di medan. Apabila melihat musuh, mereka mula berpaling dari revolusi sehingga turut berpaling dari keimanan kepada Allah."

Ayatullah Makarem menambah, "Orang munafik tidak punya apa-apa melainkan terdapat tanda-tandanya di zaman Nabi (s.a.w) dan para Imam. Tanda-tanda itu ialah al-Quran mengatakan 'hati-hati mereka ada penyakit'.

Baliau menambah, insan yang sihat mempunyai satu wajah, namun munafik seperti mempunyai dua kepala, dua jantina, iaitu samada insan sihat atau umat Islam atau juga orang kafir."

Beliau menjawab syubhat tentang mereka daripada golongan Ahlusunnah yang mengatakan bahawa para sahabat adalah sentiasa adil, "Saudara-saudara Ahlusunnah berkata, seluruh sahabat Nabi adalah adil, dan para sahabat dikatakan orang yang mengenali baginda di zamannya. Kami mengatakan bagaimana pula dengan orang munafik? Mereka juga kenal Nabi (s.a.w), iaitu apakah orang munafik juga adil menurut akidah kamu? Saya belum pernah lihat mereka memberikan jawapan."

Ustaz hawzah ilmiyiah Qom ini berkata, "Penerangan tanda-tanda munafik diterangkan juga dalam riwayat, "Tiga perkara yang ada di pada orang munafik:

ثَلاثٌ مَن كُنَّ فيهِ فَهُوَ مُنافِقٌ وَ اِن صامَ وَ صَلّى وَحَجَّ وَاعتَمَرَ وَقالَ «اِنّى مُسلِمٌ» مَن اِذا حَدَّثَ كَذِبَ وَ اِذا وَعَدَ اَخلَفَ وَ اِذَا ائتُمِنَ خانَ

Jika dia sembahyang, haji dan umrah maka dia akan berkata: Aku seorang muslim, jika dia berbicara maka dia akan berbohong, jika dia berjanji maka dia tidak menunaikannya, jika dia beramanah maka dia akan berkhianat."

Beliau menambah, "Imam Sodiq berkata tentang tanda munafik, iaitu:

للمنافق ثلاث علامات: يخالف لسانه قلبه وقوله فعله وسريرته علانيته

Orang munafik ada tiga tanda: Hati mereka bertentangan dengan lidahnya, perbuatan bertentangan dengan perbuatannya, kenyataannya bertenangan dengan rahsianya. (Tarikh Ya'qubi, jilid 2 halaman 208), Imam Ali berkata, "Orang yang paling munafik ialah mereka yang mengajak kepada ketaatan di samping dia sendiri melakukan maksiat."

Akhir sekalu Ayatullah Makarem Syirazi berkata, "Marilah kita bersama-sama berusaha di bulan Ramadhan ini, Insyallah semoga kita menjadi seorang mukmin yang suci dari sebarang kemunafikan dan talam dua muka."



 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini