Israel dalang utama fitnah
Kod: 335463 Tanggal: 2012/08/09 - 09:52Sumber: العالمprint

Setiausaha Agung Hizbullah;
Israel dalang utama fitnah

Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan berkata, regim Zionis dan golongan takfiriyah yang dibantu oleh negara-negara Arab menjadi ancaman kestabilan rantau itu. 

 Israel dalang utama fitnah
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sayid Hasan Nasrullah di dalam majlis berbuka puasa bersama wanita penyokong Moqawama kelmarin memberikan ucapannya tentang peristiwa yang menyebabkan beberapa tentera Mesir terbunuh dengan mengatakan, "Dalang besar kejadian ini ialah Israel. Kerana itu setiap insan boleh mengatakan matlamat peristiwa ini meragukan."

Beliau mengucapkan takziah kepada rakyat dan askar Mesir sambil menegaskan, "Peristiwa ini membimbangkan, apa lagi kejadian ini sekali lagi mengaitkan Islam dan perjuangan Moqawama."

Tambah beliau lagi, "Yang dikhuatiri pihak tertentu ialah setelah perubahan politik Mesir, iaitu pembukaan kembali terowong dalam kawasan Gaza yang dikepung."

Israel dalang utama fitnah

Sayid Hasan Nasrullah memberi amaran, "Fitnah sedang berlangsung terhadap orang ramai, askar, umat Islam dan Kristian. Israel adalah dalang utama fitnah ini."

Beliau menambah, "Saya menegaskan peristiwa begini tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, agama dan al-Qur'an.

"Dua ancaman keselamatan dan kestabilan yang berbahaya bagi rantau ini ialah Israel dan kedua ialah pengkafiran daripada golongan takfiriyah di mana negara-negara Arab sedang menyebarkannya di seluruh dunia Arab.

"Di sebabkan kejadian-kejadian di rantau ini, hari demi hari semakin membahayakan kita. Syria menyaksikan pembunuhan, pertumpahan darah, pemusnahan dan penculikan penziarah Iran serta Lubnan. Di Iraq kita menyaksikan banyak pengeboman. Selain itu kita juga menyaksikan peristiwa di Qatif dan Bahrain di mana orang awam diculik.

"Moqawama difitnah dengan hebat setelah tahun 2000 kerana mendapat sokongan padu dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

"Regim Israel tahu ancaman utamanya ialah Moqawama Lubnan. Hakikatnya Israel sudah kalah dengan Lubnan dan takut pada Muqawama."

Israel tidak gentar dengan askar Arab

Sayid Nasrullah berkata, "Regim Israel sangat percayakan askar Arab. Ini disebabkan sistem pertahaman ini bergantung dengan keputusan Amerika, semua senjata yang ada pada askar Arab tidak membuatkan Israel merasa gentar."

Sementara itu Sayid Hasan Nasrullah menceritakan ketakutan Israel pada senjata Hizbullah, "Ini bermakna, Lubnan mempunyai kekuatan serangan balas bernama Moqawama, ini adalah sebuah nikmat yang menyebabkan Israel berfikir seribu kali untuk setiap serangan."

Beliau turut menegaskan, "Apakah kerakusan Israel terhadap bumi Lubnan, air, minyak dan gasnya sudah berakhir sehingga kita tidak memerlukan Moqawama?

Sayid Nasrullah mendedahkan, "Tidak ada jalan untuk membubarkan Moqawama, bahkan jalan untuk menjaga dan mengawal Moqawama ialah dialog untuk menyelidiki segala ancaman dan menyelesaikannya."


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini