Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas telah menyerang sebuah masjid Syiah di Muwaffaqiya, 30 kilometer Timur Mosul ketika jemaahnya sedang keluar dari masjid setelah solat Jumaat.
Beberapa agensi berita melaporkan 5 orang terbunuh, sementara itu pegawai Iraq mengesahkan 3 orang terbunuh manakala lebih 50 yang lain cedera.
Dalam kejadian berasingan empat orang anggota polis terbunuh dalam satu serangan di Utara dan Barat Baghdad. 3 anggota polis itu terbunuh dalam serangan bom ketika dalam perjalanan. Manakala seorang lagi turut maut akibat serangan bom di wilayah al-Miqdadiya sementara 2 orang yang lain cedera.
Selain itu, anggota Syura tempatan kota Hadisiya terbunuh dan dua orang yang bersamanya cedera setelah pengganas menyerang kereta beliau.
Gelombang serangan pengganas terhadap penduduk awam dan para penziarah Syiah di Iraq semakin meningkat beberapa hari lalu.