Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang remaja dibunuh oleh polis regim Al Khalifah pada hari Jumaat lalu dalam satu perarakan Hari al-Quds Sedunia. Mangsa kekejaman regim bernama Husam al-Haddad berusia 16 tahun dan menjadi korban ke 89 orang revolusi Bahrain.
Sementara itu pihak kerajaan cuba membela kekejaman polisnya, namun keluarga korban menegaskan polis memindahkan beliau ke hospital tanpa mengizinkan mereka menziarahinya sehinggalah Husam diistiharkan terbunuh.
Saksi mengatakan remaja ini dibunuh semata-mata kerana menyertai demonstrasi Hari al-Quds Sedunia sambil melaung-laungkan slogan "Mampus Amerika" dan mengibarkan bendera Palestin.
Parti al-Wefaq dan beberapa persatuan lain segera menyiarkan berita kesyahidan Husam al-Haddad menerusi jaringan sosialnya.
Menurut al-Wefaq, pihak polis membawa jasadnya pergi setelah serangan.
Regim Al Khalifah pada hari Jumaat lalu menyuraikan demonstrasi Hari al-Quds Sedunia dengan melepaskan gas beracun dan tembakan peluru kacang-kacang.
Menurut maklumat terkini, seorang lagi wanita bernama "Maryam Nasir Abdullah" menjadi korban terbaru revolusi Bahrain akibat terhidu gas beracun yang dilepaskan oleh pihak regim.