I’tiqad Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan Ahlusunnah
Kod: 273280 Tanggal: 2011/10/21Sumber: ABNA.coprint

I’tiqad Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan Ahlusunnah

Dalil-dalil Raj’ah, menjawab ejekan Wahabi,Contoh-contoh khurafat di dalam kitab Ahlusunnah, kecaman terhadap saluran satelit Ahlul Bait (saluran dalam bahasa Parsi ini telah ditutup kerana menghina Ahlusunnah).
 

 I’tiqad Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan Ahlusunnah
I’tiqad Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan Ahlusunnah

Dalil-dalil Raj’ah, menjawab ejekan Wahabi, kecaman terhadap saluran satelit Ahlul Bait (saluran dalam bahasa Parsi ini telah ditutup kerana menghina Ahlusunnah).


بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk perbahasan: I’tiqad tentang Raj’ah menurut Al-Quran, Syiah dan Ahlusunnah.
Saluran Satelit Velayat: 22/12/1389.
Perhatian: Kebanyakan sumber-sumber yang disebut berasal dari peranti lunak Maktabah Ahlul Bait.

Muhsini: Atas permintaan penonton yang dihormati, klip video dari beberapa saluran satelit yang mengandungi syubhat (keraguan) akan kita tayangkan kepada penonton dan jawapan-jawapannya akan kita dengar daripada ustaz Husaini Al-Qazwini.

[Tayangan klip 01].

Sajudi: Sudah tentu ada beberapa akidah aneh dan terpencil lain yang mereka katakan setelah kita mati - (sebenarnya kita tidak mempercayainya) - kita akan dibangkitkan dan diruj’ahkan, dan selama 50 ribu tahun akan hidup dan meraja lela. Kata-kata yang kurang waras di mana nabi Muhammad akan berdiri dan 50 ribu tahun menjadi raja di dunia dan memerintah. Beberapa orang telah mencipta hadis-hadis ini secara luar biasa, iaitu secara tidak waras. Sudah tentu dibawah pengaruh dadah. Jikalau tidak bagaimana mungkin mereka mengatakan hadrat Ali akan datang dan 40 ribu tahun memerintah. Bagaimana pula tajuk kiamat sehingga sekali lagi kembali ke dunia? Ruj’ah salah satu akidah yang dipegang dengannya oleh saudara kita Syiah. [Tayangan klip berakhir]

Muhsini: Salah satu akidah-akidah Syiah ialah Raj’ah. Tolong jelaskan tentang Raj’ah untuk penonton menurut ulama Syiah.

Ustaz Husaini Al-Qazwini:
 
هر دم از اين باغ، بري مي‌رسد            تازه‌تر از تازه‌تري مي‌رسد

Sebuah saluran satelit yang kita harapkan melaung sumber pegangan Ahlusunnah, namun malangnya ia sudah menjadi alat kelui Wahabi, dan ruang untuk menuturkan beberapa penghinaan mengarut terhadap kesucian Syiah. Orang ini sampai sekarang tidak tahu, samada Raj’ah yang betul atau Ruj’ah. Ia tampil selaku pakar menghina dan berkata biadap terhadap akidah Syiah. Ini bukanlah metodologi memberi ucapan. Jikalau ia tulus berbicara, bawakan riwayat-riwayat dan ayat-ayat yang berkaitan dengan Raj’ah dan telitilah, kritiklah secara ilmiyah dan katakanlah riwayat ini contohnya bertentangan dengan ayat dan riwayat tertentu. Kata-kata sebegini seperti “menggunakan perkataan dadah” adalah ucapan yang buruk dan penyamun. Jika tidak buruk dan penyamun, ia tidak juga dikatakan orang ini berbicara dengan kesusasteraan.

Raj’ah jelas merupakan salah satu akidah Syiah dan Syiah beri’tiqad bahawa setelah kemunculan Hadrat Waliyul Asr (Imam Mahdi), akan kembali beberapa orang individu yang mempunyai keimanan ikhlas, dan menurut amalan mereka berada di peringkat yang tinggi, dan sesiapa yang mempunyai kemunafikan yang tertinggi juga akan kembali.

1. Syaikh Mufid

Al-Marhum Syaikh Mufid (meninggal pada tahun 413 Hijrah) merupakan salah seorang ulama besar Syiah berkata:

و الرجعة إنما هي لممحضي الإيمان من أهل الملة و ممحضي النفاق منهم، دون من سلف من الأمم الخالية.
المسائل السروية للشيخ المفيد، ص 35
Raj’ah hanyalah untuk mereka yang mempunyai iman keseluruhan dan juga buat mereka yang munafik. Raj’ah tidak termasuk umat sebelumnya. - Al-Masail Al-Sarawiyah Li Syaikh Mufid, halaman 35.

2. Sayid Murtadha

Al-Marhum Sayid Murtadha (meninggal pada tahun 436 Hijrah), murid Syaikh Mufid berkata:
 
إعلم أن الذي تذهب الشيعة الإمامية إليه أن الله تعالي يعيد عند ظهور إمام الزمان المهدي عليه السلام قوما ممن كان قد تقدم موته من شيعته، ليفوزوا بثواب نصرته و معونته و مشاهدة دولته و يعيد أيضا قوما من أعدائه لينتقم منهم.
رسائل المرتضي للسيد المرتضي، ج 1، ص 125 ـ تفسير مجمع البيان للشيخ الطبرسي، ج 7، ص 405
Ketahuilah sesungguhnya pandangan Syiah Al-Imamiyah ialah ketika kemunculan Imam Al-Zaman Al-Mahdi (a.s), Allah Ta’ala akan mengembalikan kelompok Syiah daripada mereka yang sudah meninggal, untuk memenangkan dengan bantuan dan pertolongan mereka, mereka menyaksikan kerajaannya. Allah Ta’ala mengembalikan kelompok daripada musuh-musuhnya (Ahlul Bait) supaya Imam Mahdi dapat membalas dendam ke atas mereka. - Rasail Al-Murtadha Li Sayid Al-Murtadha, jilid 1 halaman 125, tafsir Majma’ Al-Bayan Li Syaikh Al-Tabrisi, jilid 7 halaman 405.

Sudah tentu kita juga mempunyai riwayat bahawa barangsiapa yang membaca Doa ‘Ahdi selama 40 kali sesudah solat subuh, Allah akan membangkitkanya ketika kemunculan Al-Mahdi (a.s) dan ia diberi taufiq untuk membantu beliau.

Sebahagian Ahlusunnah dan sahabat seperti Abu Tufail Kinani, iaitu ‘Amirah bin Washilah dan beberapa orang sahabat yang meninggal dunia dalam tahun 101 Hijrah merupakan sebahagian daripada mereka yang berakidah dengan Raj’ah iaitu beberapa individu akan kembali ke dunia. - Al-Mu’arif Li ibnu Qutaibah (المعارف لإبن قتيبة الدينوري), jilid 1 halaman 341.

Begitu juga dikatakan Abdul Razzaq, guru kepada Bukhari dan tuan punya kitab Al-Mushannaf adalah sebahagian daripada mereka yang mempunyai akidah Raj’ah. - Al-Imam Ja’far Al-Sodiq, Li Abdul Halim Al-Jundi, cetakan Majlis A’la Islami (الإمام جعفر الصادق لعبد الحليم الجندي), Mesir, halaman 225.

Zahabi menukilkan tentang Abdul Razzaq, daripada Ibnu Ma’in yang juga salah seorang tokoh besar Ahlusunnah telah berkata:

لو إرتد عبد الرزاق عن دينه ما تركنا حديثه.
سير أعلام النبلاء للذهبي، ج 9، ص 573 ـ ميزان الإعتدال للذهبي، ج 2، ص 612
Jikalau sekali pun Abdul Razzaq murtad dari agamanya, kami tidak akan meninggalkan hadisnya. - Siyar A’lam Al-Nubala, jilid 9 halaman 573, Mizan Al-i’tidal Li Zahabi, jilid 2 halaman 612.

Oleh itu bukan hanya Syiah sahaja yang beri’tiqad dengan Raj’ah, namun para sahabat dan beberapa tokoh terkenal Ahlusunnah seperti Abdul Razzaq dan Abu Tufail Kanani juga mempunyai akidah Raj’ah.

Muhsini:
Apakah wujud ayat-ayat Al-Quran tentang Raj’ah atau tidak?

Ustaz Husaini Al-Qazwini:
Dalam kaitan dengan Al-Quran, ianya sangat jelas dan terang. Jikalau sesiapapun yang terbiasa dengan Al-Quran, ia akan melihat bahawa terdapat ayat-ayat yang menerangkan tentang Raj’ah.

Ayat pertama:
Allah (s.a.w) berfirman di dalam surah Al-Naml ayat 83:

وَ يَوْمَ نَحْشُرُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا مِمَّنْ يُكَذِّبُ بِآَيَاتِنَا فَهُمْ يُوزَعُونَ
Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

Jelas sekali perhimpunan ini bukanlah perhimpunan di hari kiamat. Ini disebabkan dalam perhimpunan kiamat, semua akan dikumpulkan:


وَ حَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا
سوره كهف / آيه 47

dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar)  sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun daripada mereka. - Surah Al-Kahfi, ayat 47.

Oleh itu ayat 83, surah Al-Naml bukanlah untuk kiamat dan ia adalah untuk sebelumnya.

Di dalam ayat 87 surah Al-Naml juga Allah berfirman:


وَ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَ مَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَ كُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ

Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.

Tidak syak lagi, bahawa di hari kiamat semua orang hadir.

Di dalam tafsir Ali bin Ibrahim Al-Qumi terdapat bahawa seorang perawi bertanya kepada Imam Sodiq (a.s) tentang ayat yang mulia ini 83 surah Al-Naml, yang Ahlusunnah mengatakan ayat ini berkaitan dengan hari kiamat. Beliau mengatakan:

يحشر الله تعالي في القيامة من كل أمة فوجا و يذر الباقين؟ إنما ذلك في الرجعة، فأما آية القيامة فهذه «وَ حَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً ... ».
تفسير القمي لعلي بن إبراهيم القمي، ج 2، ص 37 ـ بحار الأنوار للعلامة المجلسي، ج 53، ص 51، ح 27

Apakah Allah Ta’ala memilih dan menghimpunkan sekumpulan daripada tiap-tiap umat di hari kiamat, dan baki yang lain tidak dihimpunkan? Ayat ini hanya berkaitan dengan Raj’ah. Maka ini ayat tentang kiamat: dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar)  sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun daripada mereka. - Tafsir Al-Qumi Li Ali bin Ibrahim Al-Qumi, jilid 2 halaman 37; Biharul Anwar Li Allamah Al-Majlisi, jilid 53 halmaan 51, hadis 27.

Ayat ke-dua:

Di dalam surah Al-Ghafir ayat ke-11, Allah (s.w.t) berfirman:

رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَ أَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَي خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ

Wahai Tuhan kami! Engkau telah mematikan kami dua kali, dan telah menghidupkan kami dua kali, maka kami mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk keluar (dari neraka)?"

Kami bertanya kepada orang-orang ini tentang dua kali mati dan dua kali hidup untuk apa? Manusia satu kali hidup di dunia dan satu kali meninggal dunia. Oleh itu tidak ada maknanya dua kali mati dan dua kali hidup. Melainkan daripada yang kami percaya, ayat ini berkaitan dengan Raj’ah dan beberapa orang yang sudah mati akan hidup, dan dua kali mati, keesokan hari kiamat juga dua kali dihidupkan.

Ayat ke-tiga:

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 259, tentang Nabi Uzair (a.s):

أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَي قَرْيَةٍ وَ هِيَ خَاوِيَةٌ عَلَي عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّي يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِئَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِئَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَي طَعَامِكَ وَ شَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَ انْظُرْ إِلَي حِمَارِكَ وَ لِنَجْعَلَكَ آَيَةً لِلنَّاسِ وَ انْظُرْ إِلَي الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَي كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Ayat ke-empat:

Di dalam ayat 55 dan 56 surah Al-Baqarah, Allah berfirman:

وَ إِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَي لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّي نَرَي اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَ أَنْتُمْ تَنْظُرُونَ / ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.

Oleh itu perbahasan Raj’ah bukanlah semata-mata khusus kepada Syiah. Al-Quran juga menerangkan masalah ini dan Raj’ah mempunyai asas di sisi al-Quran. Tidak ada sesuatu yang kami lihat di dalamnya.

Muhsini:
Apakah wujud di dalam kitab Ahlusunnah perkara yang berkaitan dengan Raj’ah seseorang setelah kematian?

Ustaz Husaini Al-Qazwini:

Di antara kitab-kitab Ahlusunnah, Baihaqi mempunyai kitab yang bernama “Hayat Al-Anbiya ba’da wafatihim” (حياة الأنبياء بعد وفاتهم) di mana ia adalah kitab terperinci dan mengaitkan beberapa orang nabi yang hidup setelah mati dan tinggal di dunia. Begitu juga Ibnu Abi Al-Dunya iaitu salah seorang ulama besar Ahlusunnah yang masyhur dengan Al-Hafiz, beliau mempunyai kitab yang dinamakan (من عاش بعد الموت), dan di dalamya ada nama seseorang yang hidup setelah kematian dan tinggal di dunia. Oleh itu jelaslah bahawa orang-orang ini tidak membaca tentang perkara ini.

Begitu juga Ibnu Kathir Dimasyqi Al-Salafi di dalam kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, beliau mengatakan tentang saudara lelaki Rabi’ bin Khirash bahawa ia telah meninggal dunia dan hidup setelah mati. Khabar ini disampaikan kepada seseorang dan ia berkata, ketika saya mati, saya bertemu dengan tuhan:

و لكن لقيت بعدكم ربي و لقيني بروح و ريحان و رب غير غضبان.
البداية و النهاية لإبن كثير الدمشقي، ج 6، ص 175

Begitu juga Baihaqi di dalam kitab Dalail Al-Nubuwwah (دلائل النبوة) menukilkan, seseorang yang bernama Abdullah bin Ubaid Anshari yang telah mati di dalam peperangan Shiffin atau jamal. Setelah mati beliau hidup kembali dan mula memberikan ucapan dan menyampaikan berita:

محمد رسول الله و أبو بكر الصديق و عمر الشهيد و عثمان الرحيم.
دلائل النبوة للبيهقي، ج 5، ص 55 ـ البداية و النهاية لإبن كثير الدمشقي، ج 6، ص 175 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج 39، ص 222

Saudara-saudara yang mencipta orang-orang ini tidak menggunakan dadah kerana ia ada memberi manfaat mereka. Pengikut Ahlusunnah dan Wahabi hendaklah melihat baik-baik kitab Ibnu Kasir Al-Dimasyqi. Contoh-contoh perkara ini di dalam riwayat saudara kita terlalu banyak, kitab-kitab mereka sendiri menceritakannya, dan tidak ada masalah yang timbul jika dapat memberi manfaat kepada mereka. Namun jika mendatangkan faedah kepada Syiah, mereka menuduh sebagai mencipta hadis dengan menggunakan dadah.

Muhsini: Apakah pandangan anda tentang kata-kata saudara ini di dalam klip tersebut?

Ustaz Husaini Al-Qazwini: Matlamat mereka ini ialah mengejek seluruh akidah Syiah. Jika mereka tidak demikian, kita tidak akan membalas dengan mengungkit khurafat mereka. Antaranya ialah:

Contoh-contoh khurafat di dalam kitab Ahlusunnah

Contoh pertama:

Abu Muhammad Dhiauddin di dalam kitab Raudhatul Nazir, halaman 55 menukilkan daripada  Sayid Ahmad Rafa’i dan berkata:

Beliau datang ke Madinah untuk menziarahi makam nabi (s.a.w):

فظهرت له يد جده عليه الصلاة و السلام فقبلها و الناس ينظرون.

Kelihatan padanya tangan Rasulullah (s.a.w) dan beliau mencium tangan baginda. Orang ramai menyaksikan peristiwa ini.


و هذه القصة تواتر خبرها و علا ذكرها و صحت أسانيدها و كتبها الحفاظ و المحدثون و كثير من أهل الطبقات و المؤرخين.

Kisah ini mutawatir dan mempunyai reputasi yang luas, sanadnya sahih, ianya ditulis para huffaz, muhaddisun serta ramai ahli sejarah.

Mereka yang mencipta perkara ini tidak menggunakan dadah dan ia bukanlah dalam situasi luar biasa.

Contoh ke-dua:
Mengenai Zaid bin Kharijah daripada kalangan Anshar yang meninggal di zaman Usman. Al-Bukhari di dalam Tarikh Al-Kabir, jilid 3 halaman 383 menukilkan bahawa beliau hidup kembali setelah mati dan berkata:

 
أبو بكر القوي في أمر الله ... و عمر الأمير و عثمان علي منهاجهم انقطع العدل، أكل الشديد الضعيف.
تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج 30، ص 406

Abu Bakar kuat dalam urusan Allah… Umar adalah amir dan setelah Usman, keadilan terputus… - Tarikh Madinah Dimasyqi Li ibnu Asakir, jilid 30 halaman 406.

Iaitu setelah Usman, terputuskah keadilan selepas kedatangan Ali bin Abi Talib.

Mizzi salah seorang tokoh ilmu rijal Ahlusunnah di dalam Tahzibul Kamal Fi Asma Rijal, jilid 10 halaman 62 mengatakan:

Zaid bin Kharijah tidak mengatakan demikian, namun ia mengatakan:

صدق صدق صدق أبو بكر الصديق، ضعيف في جسده، قوي في أمر الله، كان ذلك في الكتاب الأول، صدق صدق صدق عمر بن الخطاب، قوي في جسده، قوي في أمر الله، كان ذلك في الكتاب الأول، صدق صدق صدق عثمان بن عفان، مضت إثنتان و بقي أربع.

Abu Bakat berkata benar, berkata benar, berkata benar, lemah badannya, kuat dalam urusan Allah. Perkara ini ada di dalam kitab terawal. Umar Ibnu Al-Khattab berkata benar, berkata benar, berkata benar. Beliau mempunyai kekuatan fizikal dan kuat di dalam urusan Allah. Itulah yang ada di dalam kitab-kitab terawal. Usman berkata benar, berkata benar, berkata benar, dua khalifah sudah berlalu, dan tertinggal empat orang.

Saudara-saudara perhatikanlah! dua orang khulafa yang sudah pergi dikatakan Abu bakar dan Umar dan masih ada empat orang lagi. Iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Muawiyah dan Yazid! Lihatlah! Mereka tidak menyampaikan kabar-kabar tersebut tanpa menggunakan dadah dan mereka adalah manusia biasa. Mata Sajudi tidak pernah melihat mereka ini. Namun ketika sampai kepada perbahasan Raj’ah yang juga perbahasan Al-Quran, yang mempunyai berbagai riwayat tentang perkara ini, beliau mengatakan: Ramai yang mencipta hadis-hadis ini bukan dalam keadaan biasa, iaitu secara tidak waras, sudah tentu di bawah pengaruh dadah.

Contoh ke-tiga:
Ibnu Al-Qayyim Jawziyah, murid Ibnu Taimiyah dan seorang penyebar pemikiran Ibnu Taimiyah, mempunyai sebuah kitab yang bernama Al-Ruh. Saudara sekelian perhatikan baik-baik, harap diberi perhatian penuh kata-kata saya supaya asas kata-kata Ibnu Qayyim dapat didengar dengan baik. Beliau menukilkan daripada Abi Hatim Al-Razi yang berkata:

Pernah ketika kami di Makkah seorang yang sebelah mukanya hitam dan sebelah lagi putih bangun dan memberi ucapan kepada orang ramai di tepi Baitullah Al-Haram. Katanya:

يا أيها الناس! اعتبروا بي! فإني كنت أتناول الشيخين و أشتمهما، ... أذ أتاني آت فرفع يده فلطم وجهي و قال: يا عدو الله! يا فاسق! ألست تسبّ أبا بكر و عمر (رضي الله عنهما)؟! و فأصبحت و أنا علي هذه الحالة.
الروح لإبن قيّم الجوزية، ص 190، چاپ دار الكتب العلمية و ص 207، چاپ مكتبة الصفا

Wahai manusia! ambillah pengajaran daripadaku! Sesungguhnya aku berkata lancang terhadap kedua-dua Syaikh… Pada suatu malam seseorang datang ke dalam mimpiku seraya mengangkat tangannya dan menampar wajahku. Beliau berkata: Wahai musuh Allah! Wahai orang yang fasiq! Tidakkah engkau menghina Abu Bakar dan Umar? Apabila bangun tidur dan aku menjadi seperti ini. - Al-Ruh Li Ibnu Qayyim Al-Jawziyah, halaman 190, cetakan Darul Kutub Al-Ilmiyah, halaman 207.

Ada seorang yang mengatakan barangsiapa yang setiap hari menghina di dalam saluran satelit, hendaklah seluruh badannya menjadi hitam.

Contoh ke-empat:

Ibnu Qayyim Al-Jawziyah juga di dalam kitab yang sama, Al-Ruh, halaman 191, beliau menukilkan kisah yang lain dan berkata:

Muhammad bin Abdullah Al-Muhallabi berkata: Saya bermimpi seperti berada di suatu tempat Bani Fulan.

و إذن النبي (صلي الله عليه و سلم) جالس و معه أبو بكر و عمر واقف قدامة، فقال له عمر: يا رسول الله! إن هذا يشتمني و يشتم أبا بكر، فقال: جئ به يا أبا حفص! فأتي برجل فأذن هو العماني و كان مشهورا بسبهما، فقال له النبي (صلي الله عليه و سلم): .... .

Nabi (s.a.w) juga duduk di sana dan bersama baginda ialah Abu Bakar dan Umat yang duduk di depannya. Maka Umar berkata kepada baginda: Orang ini mengutuk aku dan Abu Bakar. Maka baginda bersabda: Bawakan dia kepadaku wahai Aba Hafsh! Lelaki yang berwarga Oman itu dibawa dan beliau terkenal dengan menghina kedua-dua Abu Bakar dan Umar.

Rasulullah bersabda: Seksalah ia. Aku  pun menyeksa ia. Kemudian Rasulullah bersabda: Sembelihlah ia…. aku bangun dari tidur dan pergi kepada orang yang berada di dalam mimpiku.  Aku mendengar dari rumahnya suara tangisan dan aku bertanya: Apa yang terjadi? Mereka mengatakan: Kepala beliau disembelih malam tadi di atas katilnya. Saya pergi dan melihat lehernya, mirip sepertimana beliau disembelih dalam mimpiku.

Ini semua dicipta tanpa menggunakan dadah kerana ia memberikan manfaat kepada Abu Bakar dan Umar.

Contoh ke-lima:

Dalam riwayat yang lain, iaitu halaman yang sama beliau nukilkan daripada perawi tersebut, yang mengatakan: Saya melihat sesuatu perkara yang ajaib di Madinah:

كان رجل يسب أبا بكر و عمر فبينا نحن يوما من الأيام بعد صلاة الصبح إذ أقبل رجل و قد خرجت عيناه و سالتا علي خديه.

Lelaki yang mencerca Abu Bakar dan Umar, matanya keluar dari kelopak dan tergantung di pipi.

Aku bertanya: Apa yang terjadi. Jawabnya: Malam tadi aku bermimpi bahawa Rasulullah (s.a.w) ada bersama Ali di mana Abu Bakar dan Umar turut bergabung dengan mereka. Mereka berdua (Abu Bakar dan Umar) berkata kepada Rasulullah: 

هذا الذي يؤذينا و يسبنا.

Inilah orang yang menyakiti dan mencerca kami. Rasulullah (s.a.w) bersabda:


من أمرك بهذا يا أبا قيس؟ فقلت له: علي!!!

Siapakah yang menyuruh kamu begini wahai Aba Qais? Maka aku pun menjawab: Ali!!!

Sungguh aneh sekali! Mereka yang mencipta perkara ini sama sekali dalam keadaan waras!


فأقبل علي بوجهه و يده و قد ضم أصابعه و بسط السبابة و الوسطي و قصد به إلي عيني ... .

Maka Ali menjadi marah dan mengeluarkan mataku dari kelopaknya. Ketika aku bangun dari tidur, aku melihat mataku terkeluar dari kelopaknya dan tergantung di pipi. Oleh kerana itu aku ke masjid untuk memberitahu ini adalah akibat menghina Abu Bakar dan Umar.

Ibnu Qayyim merupakan salah seorang tokoh penting di kalangan Wahabi yang mempunyai keinginan luar biasa seperti Encik Sajudi. Ia berkata seperti ini tanpa sebarang masalah, tanpa pengambilan dadah, atau arak atau nabiz. Namun jikalau ada satu riwayat bahawa Imam Sodiq berkata:

Beberapa orang mukmin akan Raj’ah di zaman kemunculan Imam Mahdi.

Mereka mengatakan ianya bermasalah dan orang yang mencipta hadis ini telah menggunakan dadah.

Contoh ke-enam:
Saya ingin bertanya kepada Encik Sajudi, saya berharap dia tahu tentang orang mati ini agar dapat memberikan jawapan:

Dalam kemajuan sains teknologi ini, telah terbukti bahawa bayi tidak akan tinggal di dalam rahim ibunya lebih dari 9 bulan. Saudara kita Ahlusunnah ini mengatakan tempoh paling lama kehamilan ialah 4 tahun. Apakah ini? Ada sebahagian yang lain seperti Maliki mengatakan bahawa bayi boleh berada di dalam rahim ibunya selama 5 tahun. - ruj. Al-Fiqh ‘alal Mazahib Arba’ah Li Ibnu Jawzi, jilid 4 halaman 246 (الفقه علي المذاهب الأربعة لإبن الجزري).

Nawawi salah seorang ilmuan terkenal Ahlusunnah juga mengatakan:


أقصي مدة الحمل أربع سنين و به قال أحمد و هو المشهور عن مالك.
المجموع لمحيي الدين النووي، ج 18، ص 194

Tempoh paling lama kehamilan ialah empat tahun menurut Ahmad bin Hanbal. Imam Malik juga mempunyai pandangan seperti ini. - Al-Majmu’ Li Muhiyuddin Al-Nawawi, jilid 18 halaman 194.

Ibnu Hazm Al-Andalusi di dalam kitab Al-Mahalla, jilid 10 halaman 317 mengatakan:


و ذهب الإمام مالك إلي أن أقصي مدة الحمل سبع سنين.

Imam Malik berpandangan bahawa tempoh paling lama kehamilan ialah tujuh tahun.

Kemudian ia mengatakan:

فلو طلق الرجل إمرأته أو مات عنها، فلم تنكح زوجا آخر، ثم جاءت بولد بعد سبع سنين من الوفاة أو الطلاق، لحقه الولد.

Jikalau seorang lelaki menceraikan isterinya atau mati, maka isterinya tidak menikah dengan lelaki yang lain. Setelah tujuh tahun kematian suami atau ditalak ia melahirkan anak, maka bapa anak itu adalah lelaki tersebut.

Menurut pandangan saudara-saudara kita ini, ianya tidak mempunyai masalah dan mereka tidak menggunakan dadah untuk mencipta perkara ini, situasinya adalah tidak luar biasa, mereka mengerjakan solat dan membaca al-Quran setelahnya, beristikharah, dan mengeluarkan fatwa seperti ini.

Contoh ke-tujuh:

Jikalau Encik Sajudi merujuk kepada kitab paling sahih di kalangan kitab-kitabnya sendiri seperti Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, beliau akan melihat tuhan yang mereka sembah adalah tuhan yang akan meletakkan kakinya ke dalam api neraka, kemudian api neraka akan mengatakan cukuplah:

يقال لجهنم: هل امتلأت؟ و تقول: هل من مزيد؟ فيضع الرب تبارك و تعالي قدمه عليها، فتقول: قط قط.
صحيح البخاري لمحمد بن اسماعيل البخاري، ج 6، ص 48

Contoh ke-lapan:
Musa (a.s) datang dan menampar wajah malaikat maut sampai terkeluar biji mata dari kelopaknya. Malaikat maut pergi kepada Allah dan mengadu tentang Musa (a.s):

أرسل ملك الموت إلي موسي عليهما السلام، فلما جاءه صكه، فرجع إلي ربه، فقال: أرسلتني إلي عبد لا يريد الموت، فرد الله عز وجل عليه عينه ... .
 صحيح البخاري لمحمد بن اسماعيل البخاري، ج 2، ص 92، ح 1339

Semua ini tidak ada masalah dan mereka tidak menggunakan dadah untuk membuat hadis ini.

Contoh ke-sembilan:
Dengan megahnya mereka ini tidak segan silu berkata lancang terhadap Rasulullah dengan mengatakan:

Rasulullah (s.a.w) menggiliri 11 isteri-isterinya di dalam satu jam di malam dan siang hari. Mereka bertanya kepada Anas: Mampukah insan menggiliri 11 orang dalam satu jam? Beliau menjawab: Iya, kami menceritakan bahawa baginda dikurniakan kekuatan 30 lelaki. - Sahih Al-Bukhari, jilid 1 halaman 71 hadis nombor 278.

أنس بن مالك قال: كان النبي صلي الله عليه و سلم يدور علي نسائه في الساعة الواحدة من الليل و النهار و هن إحدي عشرة، قال: قلت لأنس: أو كان يطيقه؟ قال: كنا نتحدث أنه أعطي قوة ثلاثين.
صحيح البخاري لمحمد بن اسماعيل البخاري، ج 1، ص 71، ح 278

Lihatlah! mereka mencipta pembohongan demi pembohongan! semua ini tidak bermasalah.
dan… Nabi (s.a.w) meletakkan Aisyah di atas bahunya agar ia dapat melihat menonton acara tarian , Nabi berhasrat ingin membunuh diri…

Semua ini tidak ada masalah dan Encik Sajudi tidak membicarakan perkara ini bahawa mereka telah menggunakan dadah.

Saya mohon maaf kepada saudara-saudara Ahlusunnah. Ketika mereka ini bersikap biadap terhadap kesucian Syiah, kami tidak ada pilihan memberikan reaksi. Andainya seseorang bertanya kepada Encik Sajudi: Mereka ini mereka cipta khurafat dan ia ada juga di dalam kitab Sahih kamu, iaitu mereka telah minum dan mabuk dengan jag arak yang sudah khalifah ke-dua minum, dalam keadaan mabuk mereka mencipta hadis ini. Apakah jawapan anda? Kerana Ibnu Abi Syaibah Al-Kufi guru kepada Al-Bukhari sendiri di dalam kitab Al-Mushannaf, jilid 6 halaman 502 berkata:


أن عمر بن الخطاب سائر رجلا في سفر و كان صائما، فلما أفطر أهوي إلي قربة لعمر معلقة فيها نبيذ قد خضخضها البعير، فشرب منها فسكر، فضربه عمر الحد، فقال له: إنما شربت من قربتك، فقال له عمر: إنما جلدناك لسكرك.

Seorang lelaki meminum arak daripada wadah khalifah ke-dua dan mabuk. Umar pun menjatuhkan hukuman had peminum arak dan lelaki itu berkata: Saya minum dari wadah yang engkau minum. Umar berkata: Aku tidak menghukum engkau kerana minum, tapi kerana engkau mabuk.

Encik Sajudi! Jikalau ada orang bertanya kepada kamu: mereka yang mencipta hadis-hadis seperti Nabi (s.a.w) menggiliri 11 orang isterinya dalam satu jam, Bani Israel menonton Nabi Musa (a.s) terlanjang, atau Nabi (s.a.w) kelihatan di Baitullah haram secara terlanjang, mungkinkah mereka ini meminum dari wadah kepunyaan khalifah kedua. Apakah jawapan kamu?

Kami tidak berniat menghina, semua ini kami bawa daripada kitab-kitab kamu beserta dengan sanadnya. Perkara ini diceritakan di dalam kitab Al-Mushannaf  Ibnu Abi Syaibah, iaitu guru kepada Al-Bukhari, yang merupakan kitab muktabar di kalangan Ahlusunnah.

Mungkin Ahlusunnah mengatakan bahawa tidak ada masalah dengan nabiz. Nawawi di dalam kitab Al-Majmu’, jilid 2 halaman 563 mengatakan:


و أما النبيذ فهو نجس، لأنه شراب، فيه شدة مطربة، فكان نجسا كالخمر.

“Sesungguhnya Nabiz adalah najis, kerana ia adalah arak, dalamnya sungguh kacau, ia adalah najis seperti khamar”.

Sehinggakan Ibnu Hajar Al-Asqalani, di dalam Fathul Bari Fi Syarh Sahih Al-Bukhari, jilid 7 halaman 52; Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Mushannaf jilid 5 halaman 488; Ibnu Abdil Bar di dalam Al-Isti’ab Fi Ma’rifatil Sahabah jilid 3 halaman 1154 telah menukilkan:

Khalifah Umar sendiri ketika luka parah di akhir hayatnya telah berkata:

أسقوني نبيذا. فكان من أحب الشراب إليه. فخرج النبيذ من جرحه مع صديد الدم.

الطبقات الكبري لمحمد بن سعد، ج 3، ص 354 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج 44، ص 430 ـ تاريخ المدينة لإبن شبة النميري، ج 3، ص 910 ـ الامامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الزيني، ج 1، ص 26 ـ تاريخ الطبري، ج 3، ص 265 ـ كتاب الفتوح لأحمد بن أعثم الكوفي، ج 2، ص 327 ـ النهاية في غريب الحديث لإبن الأثير، ج 2، ص 496 ـ لسان العرب لإبن منظور، ج 11، ص 358

Berikan aku minum nabiz. Nabiz adalah arak yang paling dia suka. Maka nabiz pun keluar dari lukanya bersama darah.

- Al-Tabaqat Al-Kubra Li Muhamad Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 354; Tarikh Madinah Al-Dimasyq Li Ibnu Asakir, jilid 44 halaman 430; Tarikh Al-Madinah Li Ibnu Syabah Al-Numairi, jilid 3halaman 910; Al-Imamah Wa Siyasah Li Ibnu Qutaibah Al-Dainuri, tahqiq Al-Zaini, jilid 1 halaman 26; Tarikh Al-Tabari, jilid 3 halmaan 265; Kitab Al-Futuh Li Ahmad bin A’tham Al-Kufi, jilid 2 halaman 327; Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadis Li Ibnu Athir, jilid 2 halaman 496; Lisanul Arab Li Ibnu Manzur, jilid 11 halaman 358.

Mereka yang membawa perbahasan ini dan perkara-perkara ini tidak dipermasalahkan. Pada pandangan orang yang membawa perkara ini, mereka tidak perlu memberi penghormatan kepada khalifah kedua. Apa yang mereka nukilkan, khalifah ke-dua minum nabiz di penghujung riwayat hidupnya sehingga mengalir keluar bersama darah dari badannya, mereka ini tidak dipermasalahkan. Namun jikalau perkara ini terdapat di dalam kitab Syiah atau misalannya Allamah Al-Majlisi menulis:

“Seorang lelaki meminum arak daripada wadah khalifah ke-dua dan mabuk. Umar pun menjatuhkan hukuman had peminum arak dan lelaki itu berkata: Saya minum dari wadah yang engkau minum. Umar berkata: Aku tidak menghukum engkau kerana minum, tapi kerana engkau mabuk”.

Jikalau di dalam kitab Syiah tertulis seperti ini yang mengaitkannya kepada Umar, apa yang Sajudi lakukan?  Tidakkah ia akan datang ke saluran satelit melemparkan seribu satu penghinaan kepada Syiah, Allamah Majlisi dan Syaikh Al-Tusi? Beginikah beliau tampil sebagai anak lelaki menukilkan perkara ini daripada Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Hajar Asqalani, Ibnu Abdul Bar dan Muhammad Ibnu Sa’ad kemudian mengatakan mereka ini menggunakan dadah, meminum arak dan mabuk?

Kami tidak tahu apakah yang akan mereka katakan! Namun mereka hendaklah mengatakan:

فأنا تصرفون؟!

Ketahuilah bahawa kiamat itu wujud, mahsyar juga wujud.  Wahai encik Sajudi! encik Haidari! Fulan bin Fulan! Begini anda datang ke saluran satelit dan berbicara, bukannya di belakang pintu, semua orang menontonnya. Anda akan ditanya oleh Allah tentang apa yang anda lakukan nanti. Jika kamu benar-benar mempunyai masalah ilmu, kami akan terima permasalah ilmiyah. Kamu datanglah dan katakan riwayat ini ada di dalam kitab-kitab Syiah sedangkan ia bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Kami akan melihat anda selaku anak lelaki iaitu tampil melakukan perbahasan ilmiyah, kami juga akan tampil dan memberikan jawapan kepada persoalan ilmiyah anda. Bukan seperti yang anda tampil menghina, mempermainkan dan menuturkan kata-kata kesat mengatakan riwayat-riwayat ini dicipta oleh orang yang menggunakan dadah dan dalam keadaan tidak waras! Kita ada membaca syair Turki bahawa salah satu syair daripada lantunan kata-kata Zainab Al-Kubra terhadap Yazid:

گورخ او گونن بيزه جبريل امين ياور اولا            گورولا محكمه الله آرادا داور اولا
سن ايلن حرمله منلنده علي اصغر اولا

Takutlah hari di mana Jibrail Al-Amin yang kita percaya dan tertegaknya mahkamah. Allah akan menjadi hakimnya. Harmalah mengiringi engkau dan Ali Asghar mengiringi kami.

Encik Sajudi! takutlah kepada hari yang pengadilan daripada Allah Yang Maha Mengetahui, hakim dan Qadi adalah Nabi (s.a.w). Kamu hendaklah menjawab kebiadapan-kebiadapan kamu terhadap Ahlul Bait yang suci dan maksum.

Muhsini:

Beliau dalam tambahan kata-katanya menyatakan:

Kata-kata yang kurang waras di mana nabi Muhammad akan berdiri dan 50 ribu tahun menjadi raja di dunia dan memerintah. Beberapa orang telah mencipta hadis-hadis ini secara luar biasa, iaitu secara tidak waras… Jikalau tidak bagaimana mungkin mereka mengatakan hadrat Ali akan datang dan 40 ribu tahun memerintah.

Apakah wujud riwayat seperti ini?

Ustaz Husaini Al-Qazwini:

Kita tidak mempunyai kitab seperti Ahlusunnah seperti Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim sehingga kita mengatakan ianya dari awal hingga akhir adalah sahih. Kita mempunyai kitab-kitab riwayat dan kita teliti menurut kaedah rijal kita sendiri. Setiap riwayat yang sahih mengikut kriteria, timbangan dan perbandingan rijal, kita akan terima. Jika tidak sahih maka kita tidak akan terima.

Noktah pertama:

Al-Marhum Allamah Majlisi di dalam Biharul Anwar, jilid 53, halaman 104, Hasan bin Sulaiman Al-Hilli di halaman 183 menukilkan daripada Mukhtasar Al-Bashair dan mengatakan:
 
طريقه عن اسد بن اسماعيل عن أبي عبد الله أنه قال حين سئل عن اليوم الذي ذكر الله مقداره في القرآن «فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ (معارج / 5) » و هي كرة رسول الله صلي الله عليه و آله، فيكون ملكه في كرته خمسين ألف سنة و يملك أمير المؤمنين في كرته أربعة و أربعين ألف سنة.

Daripada Imam Sodiq yang ditanya tentang tempoh yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran:
“pada suatu masa yang banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa (Surah Al-Sajdah, ayat 5)” Zaman Rasulullah Raj’ah ialah 50 ribu tahun manakala Ali bin Abi Talib ialah 44 ribu tahun.

Noktah ke-dua:
Riwayat ini sama sekali mursal. Kerana orang yang menukilkan riwayat ini Hasan bin Sulaiman Al-Hilli (meninggal pada tahun 830 Hijrah), yang menukilkan daripada Baha’uddin Ali bin Abdul Hamid Husain (meninggal pada tahun 768 Hijrah) adalah tuan punya kitab Al-Anwar Al-Mudhi’ah yang menjadi murid kepada Syahid Awwal. Beliau adalah orang yang menukilkan riwayat daripada mereka yang meninggal pada kurun ke-lapan Hijrah, iaitu daripada Asad bin Ismail. Hampir 650 tahun jurang di antara kedua-dua riwayat ini, dan jikalau diandaikan jurang antara sanad-sanad perawi adalah 35 tahun, terdapat hampir 18 tahun jurang yang tidak ia sebutkan nama perawinya. Asad bin Ismail juga adalah seorang yang majhul di mana beliau tidak pernah dipuji di dalam kitab rijal Syiah mahupun Ahlusunnah. Ayatullah Al-Khu’i di dalam kitab Mu’jam Al-Rijal Al-Hadis, jilid 3 halaman 241, nombor 1218 menjelaskan:

أسد بن إسماعيل: من أصحاب الصادق عليه السلام، رجال الشيخ و ذكره البرقي.

Tidak sedikitpun menerangkan pujian atau kecaman terhadap beliau dan beliau sama sekali seorang yang majhul dan tidak muktabar dari sisi pandangan Syiah, tidak juga dari pandangan Ahlusunnah.

Dengan ini, Sajudi telah menukilkan satu riwayat daripada seorang perawi yang majhul menurut perspektif Syiah untuk dijadikan hujjah sambil mengatakan orang yang mencipta hadis ini tidaklah dalam keadaan waras dan beliau mula menyerang akidah Syiah.

Muhsini: Klip yang kedua siap untuk ditayang, mari kita tonton:

[Tayangan klip ke-dua]

Sajudi:
Sekarang kami bertanya kepada anda, di manakah Imam? Apakah anda mengatakan ada di mana-mana atau tidak? Kamu melihat Imam di semua tempat; ada di setiap bilik. Mengapakah kamu mengatakan ‘Ya Imam Ridha’ beliau akan segera mendengarnya samada di bawah laut, di atas tujuh langit, di mana-mana tempat. Kami tidak lihat beza di antara Allah dan imam, kedua-duanya sudah menjadi satu. Sekelip mata mereka menyedari dan memahami. Mereka punyai kuasa yang di luar semulajadi. Mereka mengerti berbagai bahasa. Mereka tidak perlu mengulang. Ini kami katakan sifat untuk Tuhan di mana setiap tempat kita pergi, samada di dalam laut, di atas, kita menadah tangan dan berdoa ‘Ya Allah’. Kita tahu bahawa di mana-mana kita berada, Dia mendengar suara kita. وَ هُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ . Ini adalah sifat Allah. Kamu mengatakan ia (Imam) bersama kamu di mana pun kamu berada. Kamu meletakkan sifat Allah kepada hambanya. Kamu letakkan kepada 11 dan yang lain. Kami menganggap sifat ini hanya pada Allah. Namun kamu mengatakan sesuatu yang lain, lagi pun saya mengatakan dalam ucapan-ucapan saya bahawa… sampai kita tidak pernah mendengar tentang Allah walau pun kita tahu sifat ini ada pada mereka…. Namun seperti ini adalah khayalan…. Iaitu kamu mengatakan bahawa ia mempunyai sifat khayalan…. Iaitu manusia juga melihat dalam khayalan, maknanya saya duduk dalam satu majlis yang zalim, saya tidak mampu katakan Ya Ali Madad…. Dalam hati saya katakan “Wahai Ali bantulah”, saya mengatakannya dalam hati… suara hati saya didengarinya. Bukan setakat hati saya, malah hati semua orang. Bagi kami ini hanyalah sifat untuk Allah sahaja, kamu meletakkannya kepada hamba… masalahnya di sini… kalau saya hitung memang terlalu banyak…
Adalah menghairankan, bukan hanya di dunia ini sahaja… saya mengatakan mereka ini bukan dalam keadaan biasa ketika mencipta hadis ini, saya yakin mereka bukan dalam situasi normal, namun mereka sedang di bawah pengaruh dadah.

[Penghujung tayangan klip]

Ustaz Husaini Al-Qazwini:
الحمد الله الذي جعل اعدائنا من الحمقاء
Noktah pertama: Saudara ini mengatakan:

وَ هُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ 

Kami anggap sifat ini hanya untuk Allah.

Siapalah engkau ingin mengatakan begini wahai Sajudi?! Tidakkah mufti besar Arab Saudi dan Lujnah ‘Ali Ifta (لجنه عالي إفتاء) mengingkari ayat ini secara rasmi dan mengatakan ayat ini tidak benar?!


من إعتقد أن الله في كل مكان فهو من الحلولية ... .
فتاوي اللجنة الدائمة للبحوث و الإفتاء، ج 3، ص 216 - 218

Barangsiapa yang beriktikad bahawa Allah berada di mana sahaja, maka ia daripada kalangan Al-Haluliyyah, maka pertamanya ia perlu bertaubat, jika tidak ia adalah kafir dan murtad dari Islam. - Fatawa Al-Lujnah Al-Daimah Lil Buhus Al-Ifta’, jilid 3 halaman 216 hingga 218.

Maksudnya, barangsiapa yang mengatakan Allah berada di mana-mana, maka ia kafir dan murtad.

Mula-mula anda hendaklah pergi membetulkan tauhid kamu. Kamu mengatakan begini: “Tuhan berada di mana-mana sahaja dan anda meletakkannya kepada para imam” Kamu yang tidak menerima sifat ini pada tuhan. Bila pula kami harapkan menerima perletakan sifat ini pada para Imam? Ketuhanan yang menjadi pegangan kamu boleh menunggang nyamuk dan bersiar-siar di atas langit! - Al-Ta’sis fi Rad Asas Al-Taqdis Li Ibnu Taimiyah (التأسيس في ردّ اساس التقديس لإبن تيمية), jilid 1 halaman 568.

Nabi (s.a.w) bersabda: Saya melihat Allah dalam keadaan:

شاب أمرد جعد قطط، عليه حلية حمراء ... .
الطبقات الحنابلة، ج 3، ص 81

Seorang pemuda yang berambut kerinting, berkain merah- Al-Tabaqat Al-Hanabilah, jilid 3 halaman 81.

Beginilah Allah menurut kamu! Tentang tuhan manakah yang sedang kamu bicarakan?!

Pembesar dan pemimpin kamu Abu Bakar bin Arabi berkata:

Tuhan yang kami (Wahabi) kenal ialah mempunyai semua; iaitu mata, telinga, tangan dan kaki. Hanya dua yang tidak ada iaitu janggut dan aurat.

Kamu mengatakan:

ألزموني ما شئتم، فإني إلتزمه إلا اللحية و العورة.
العواصم من القواصم، ج 2، ص 283

Wahai encik Sajudi! Andainya anda datang ke sini dan menerangkan perkara ini daripada ulama besar kamu kepada penonton. Apakah masalahnya jika tuhan mempunyai janggut?! Tuhan ynag mempunyai telinga, tangan, kaki, mata dan mulut, kenapakah tuhan tidak perlu ada janggut?! Apa sebab tuhan tidak perlu ada aurat?! Kamu yang berkata: Ketika tuhan bersemanyam di atas arasy, ia lebih besar empat jari dari setiap bahagian. Pegilah betulkan tauhid kamu terlebih dahulu dan kenalilah tuhan kamu sebaik-baiknya. Kemudian barulah datang dan berkata bahawa Syiah meletakkan sifat Allah kepada para Imam (a.s)!.

كلم الله موسي ... و عليه جبة صوف و سراويل صدف و نعلان من جلد حمار غير ذكي.
ذيل تاريخ بغداد للذهبي، ج 17، ص 200 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج 27، ص 148 ـ ميزان الإعتدال للذهبي، ج 1، ص 615 ـ الكامل لعبد الله بن عدي، ج 2، ص 273 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج 61، ص 48 و 49 ـ ذيل تاريخ بغداد لإبن النجار البغدادي، ج 2، ص 147 ـ تهذيب الكمال في أسماء الرجال للمزي، ج 7، ص 412 ـ سير أعلام النبلاء للذهبي، ج 16، ص 532 ـ لسان الميزان لإبن حجر العسقلاني، ج 4، ص 114 ـ المستدرك علي الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج 2، ص 379 ـ مسند أبي يعلي، ج 8، ص 399 ـ التمهيد لدبن عبد البر، ج 17، ص 435 ـ جامع البيان لإبن جرير الطبري، ج 16، ص 181 ـ أحكام القرآن لإبن العربي، ج 3، ص 253 ـ تفسير القرآن العظيم لإبن كثير الدمشقي، ج 1، ص 601 ـ الدر المنثور لجلال الدين السيوطي، ج 3، ص 116

Allah berbicara dengan Nabi Musa (a.s)… beliau mempunyai jubah diperbuat dari bulu, seluar daripada kulit cengkerang dan 2 sepatu dari kulit keledai yang tidak pintar.

Saudara Sajudi yang dihormati! Pergilah anda betulkan ini semua!

Noktah ke-dua:

Saya ingin bertanya kepada anda:

Seluruh umat Islam di serata dunia, di Arab Saudi, Iran Amerika, Eropah, Afrika dan Australia sembahyang, mereka menuturkan di dalam solat: Assalamu Alaika Ya Ayyuhannabiyyu Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh (السلام عليك أيها النبي و رحمة الله و بركاته).

Apakah Nabi (s.a.w) tidak mendengar salam ini? Jikalau Bani (s.a.w) tidak mendengarnya, mengapakah Allah berkuasa memberikan kudrat pengertian ini kepada Nabi-Nya di mana baginda mendengar dari jauh suara salam berjuta-juta insan dan perkara ini tidak bermasalah sama sekali? Kamu bertanya bagaimanakah ia menjadi begitu? Sehinggakan kamu hendaklah bertanya kepada Lujnah Ali Ifta Saudi sendiri: Bolehkah di tempat السلام عليك أيها النبي و رحمة الله و بركاته  kita mengucapkan السلام علي النبي و رحمة الله و بركاته?
Mereka akan katakan tidak boleh. - Fatawa Al-Lujnah Al-Daimiyyah Lil Buhuth Wal Ifta’, jilid 7 halaman 7, fatwa nombor 6035.

Apa yang Muhammad bin Ismail Al-Bukhari di dalam Sahih Al-Bukhari serta Muslim bin Hajjaj Nisyaburi dalam Sahih Muslim nukilkan daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa hendaklah insan mengatakan:
السلام عليك أيها النبي و رحمة الله و بركاته.
صحيح البخاري لمحمد بن اسماعيل البخاري، ج 2، ص 59 ـ صحيح مسلم لمسلم بن حجاج النيشابوري، ج 2، ص 13

Salam hendaklah kepada orang yang dibicarakan. Tokoh anda juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang boleh dikerjakan dalam bahasa bukan Arab dan Abu Hanifah mengatakan tidak ada masalah:

تجوز قراءة القرآن بالفارسية و غيرها من الألسنة، فيجعل كأنه قرأ القرآن بالسريانية و العبرانية، فتجوز الصلاة عنده لهذا.
المبسوط للسرخسي، ج 1، ص 234 ـ بدائع الصنائع لأبي بكر الكاشاني، ج 1، ص 131

Dibolehkan bacaan Al-Quran dengan bahasa Parsi dan selain daripadanya sepertimana pembacaan Al-Quran dibolehkan dengan bahasa Siryani dan Ibrani, maka solat pun dibolehkan dengannya.

Maknanya, tidak ada masalah solat dalam bahasa Parsi, Turki, Inggeris, Perancis, Jerman, Kurdis dan Lori!

Sehinggakan beliau berkata:

و لو إفتتح الصلاة بالفارسية بأن قال: «خداي بزركتر أو خداي بزرك» يصير شارعا عند أبي حنيفة.
بدائع الصنائع لأبي بكر الكاشاني، ج 1، ص 131

Jikalau perbukaan solat diucapkan dengan bahasa Parsi: Khudaya Buzurktar atau Khudaya Buzurk, ianya tidak bermasalah menurut Abu Hanifah. - Bidai’ Al-Shanai’ Li Abi Bakr Al-Kasyani, jilid 1 halaman 131.

Ibnu Nujaim Al-Misr di dalam kitabnya Bahrul Raiq (بحر الرائق), jilid 1, halaman 536 dan Hashiyah Rad Al-Muhtar (حاشيه ردّ المحتار) Ibnu Abidin, jilid 1 halaman 522 telah mengeluarkan fatwa:

و لو كبر بالفارسية أو سمي بالفارسية عند الذبح أو لبي عند الاحرام بالفارسية أو بأي لسان سواء كان يحسن العربية أو لا، جاز بالإتفاق.
المبسوط للسرخسي، ج 1، ص 36

Jikalau bertakbir atau menyebut Bismillah dalam ketika menyembelih, atau Labbaik ketika ihram dengan bahasa Parsi atau dengan mana-mana bahasa alah dibenarkan menurut kesepakatan ulama. - Al-Mabsut Lil Sarakhsi, jilid 1 halaman 36.

Wahai Sajudi! Sebelum anda menjadi Wahabi, anda adalah pengikut Hanafi. Hasyiah Rad Al-Muhtar Ibnu Abidin dan Dar Al-Mukhtar adalah kitab Fikah Hanafi. Oleh itu barangsiapa yang membaca “Ya Rasulallah! Durud bar to (يا رسول الله! درود بر تو)” sebagai ganti السلام عليك أيها النبي و رحمة الله و بركاته, atau dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, ianya tidak bermasalah dalam pandangan anda.

Baiklah, bagaimana Nabi (s.a.w) menjawab semua salam ini dengan berbagai bahasa? Ini menunjukkan bahawa mereka ini tidak mempunyai bakat dengan al-Quran dan syariat.

Noktah ke-tiga:

Mereka mengatakan kepada kita:

“Di mana pun kamu berada, di di bawah laut, di dalam pesawat, di Amerika, di Soviet dan Australia, jika menyeru Imam Ridha (a.s), beliau mendengar nama kamu, ini sifat khusus untuk Allah yang telah kamu letakkan kepada Imam Rhida. Bolehkah manusia mendengar suara orang ramai dari tempat lain?

Apa yang kamu katakan tentang malaikat maut? Sayuthi salah seorang tokoh besar ilmuan kamu menukilkan daripada Ibnu Abbas dan mengatakan:

أنه سئل عن نفسين إتفق موتهما في طرفة عين واحد في المشرق و واحد في المغرب، كيف قدرة ملك الموت عليهما؟ قال: ما قدرة ملك الموت علي أهل المشارق و المغارب و الظلمات و الهواء و البحور إلا كرجل بين يديه مائدة يتناول من أيها شاء.
الدر المنثور لجلال الدين السيوطي، ج 5، ص 172

Sesungguhnya beliau ditanya tentang dua jiwa yang mati serentak satu di sebelah timur dan satu lagi di sebelah barat, bagaimakah malaikat maut mempunyai kuasa atas kedua-duanya? Beliau menjawab: Tidaklah berkuasa malaikat Maut terhadap orang Timur, Barat, dalam kegelapan, di udara dan samudera melainkan seperti seorang lelaki yang ada hidangan di hadapannya, beliau mengambil yang mana ia suka. - Al-Dur Al-Mansur Li Jalaluddin Al-Sayuthi, jilid 5 halaman 172.

Sayuthi di dalam kitab yang sama di halaman 172 mengatakan:

إن الله حوي الدنيا لملك الموت حتي جعلها كالطست بين يدي أحدكم، فهل يفوته منها شئ؟

Sesungguhnya Allah meletakkan dunia untuk malaikat maut seperti sebuat wadah yang dia dapat melihat semuanya…

Encik Sajudi! Tuhan yang Maha Berkuasa menganugerahkan kudrat ini kepada malaikat maut, dapat melihat sekalian seluruh dunia dan orang ramai dalam satu tempat itu, ia mencabut nyawa ribuan nyawa tanpa sebarang masalah dalam kerjanya, Tuhan yang Maha Berkuasa itu sudah tentu tidak bermasalah mengurniakan kudrat tersebut kepada seorang Imam yang maksum yang mana ayat Tathir telah menyebut tentangnya. Ibnu Kasir Dimasyqi sendiri di dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim (تفسير القرآن العظيم), jilid 3 halaman 466 ada menjelaskan bahawa malaikat maut berkata kepada Nabi (s.a.w):

و أنا أتصفحهم في كل يوم خمس مرات، حتي أني أعرف بصغيرهم و كبيرهم منهم بأنفسهم و الله! يا محمد! لو أني أردت أن أقبض روح بعوضة ما قدرت علي ذلك حتي يكون الله هو الآمر بقبضها.
Setiap hari saya bersua 5 kali dengan mereka, sehingga saya tahu diri mereka samada kanak-kanak dan dewasa. Demi Allah! Wahai Muhammad! sekiranya aku ingin mencabut nyawa seekor nyamuk, aku tidak berkuasa melainkan Allah mengarahkannya.

Allah telah memberikan kuasa kepada malaikat maut, apa masalahnya jikalau kuasa ini diberikan kepada Imam maksum?

Noktah ke-empat:

Pergilah kamu mengenal Tuhan kemudian barulah tampil menyatakan pandangan yang berkaitan kuasa yang ada pada para imam. Paling kurang kamu sekadar mengenal Al-Quran. Allah berfirman dalam ayat 42 surah Al-Zummar:

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا
Allah mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya.

Encik Sajudi! Anda mengatakan bahawa Malaikat Maut mencabut nyawa semua orang, apakah anda meletakkan sifat ketuhanan kepada Malaikat Maut? Tidakkah ini kufur menurut pandangan anda? Allah iaitu:


اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا
itulah yang difirmankan dalam ayat 11 surah Sajdah:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلى‏ رَبِّكُمْ تُرْجَعُون‏
Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu".

Di dalam surah Al-Nahl ayat 32:

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci.

Ini semua tidak ada masalah. Mengapakah kamu tidak tentu arah? Kejahilan diri sendiri  kamu jadikan timbangan dan mula bersikap biadap terhadap para Imam (a.s) dan menuduh Syiah menggunakan dadah untuk mencipta riwayat ini. Tanggapan ini bukan sahaja dimuatkan di dalam satu saluran satelit dan bukan juga daripada sorang alim sahaja. Bahkan keburukan orang ini di sini yang mengatakan: “Kami sendiri dahulunya Syiah, kemudian menjadi Sunni”! Kalau benar kata-katanya, kamu hendaklah mengatakan seperti Tijani: “Saya dahulu seorang Sunni, guru saya dahulu ialah si fulan dan di tempat itu saya belajar”. Syarif Zahi juga mengatakan: “Saya dahulu seorang Sunni dan Imam solat Jumaat di masjid kota itu, belajar di madrasah itu, si fulan itu adalah guru saya dan sekarang saya sudah masuk Syiah”. Jikalau anda berkata jujur, ceritakan jurai keturunan anda iaitu dari keluarga mana, belajar dari madrasah mana, di belakang ulama Syiah mana anda solat dan marji’ mana anda bertaqlid? Tampillah dan maklumkan anda dari jurai keturunan mana supaya orang ramai dapat tahu siapakah anda sebelum ini. Pernah ada seorang yang pernah menulis kitab, beliau berkata: “Saya dahulu pelajar di Qom dan seorang Syiah, sekarang sudah menjadi Sunni”. Setelah beliau menulis penerangan tentang dirinya, ia mengatakan: “Saya dahulu berada di Qom dan pernah mendaftar dengan Ayatullah Wahid Khurasani untuk pelajaran Bahtsil Kharij”. Seluruh dunia tahu bahawa pengajian Kharij marji’ besar Taqlid tidak perlu berdaftar. Iaitu Tuhan menghina orang ini dengan lidahnya sendiri. Sayid Husain Musawi tampil dengan sebuah pembohongan yang dicipta bahawa “Saya dahulu seorang Syiah dan telah melakukan itu dan ini, dan dengan Ayatullah Sayid Lutfullah Sofi…”, sedangkan Ayatullah Al-Uzma Sofi Gulpaygani adalah seorang Syaikh, bukannya Sayid. Sehinggakan beliau diperingkat tidak tahu beza antara Sayid dan Syaikh menurut pandangan Syiah dan tampil mendakwa: “Saya dahulu seorang Syiah dan menjadi Sunni kerana beberapa perkara”. Tidak ada masalah jikalau benar-benar anda menyelidik dan melihat mazhab Ahlusunnah itu benar, semoga anda diberkati. Kami bukannya tidak senang, namun kami akan mengucapkan keberkatan untuk kamu. Namun janganlah berbohong seperti ini dan bersikap biadab begini.

Pertanyaan penonton.

Pertanyaan 1:

Saya ada pertanyaan tentang saluran satelit Ahlul Bait. Kami yakin ini adalah saluran Syiah, ia mendapat bantuan dana yang banyak dan banyak menyampaikan tabligh. Malangnya beberapa hari lalu kami menyedari pengurus telah menukar warna saluran dan mula menghina sistem kerajaan Islam Iran dan kedudukan rahbar menggantikan perbahasan-perbahasan akidah dan pemikiran agama. Bagi kami terbuktilah ianya sebuah saluran anti revolusid dan bekerja untuk kuasa angkuh dunia, matlamatnya juga menghancurkan Iran dan Syiah.

Pertanyaan saya ialah saya dan penyikut saya memberi banyak bantuan dana sehingga hari ini, apakah hukumnya? Kami benar-benar rasa bersalah. Dengan mengamati bahawa kami sama sekali tidak reda dan Allah juga tidak meredainya. Kami ingin mengambil kembali bantuan-bantuan yang telah kami beri. Di manakah tempat yang harus kami rujuk?

Jawapan 1:

Saluran satelit ini mempunyai laman webnya, anda boleh berkomunikasi dengan mereka dan katakan bahawa kami pernah memberi wang, kami tidak reda secara syar’i, jikalau mereka ini orang syar’i maka hendaklah mereka pulangkan wang-wang ini. Ini disebabkan hibbah dan hibbah tidak boleh ditukar, mereka boleh kembalikan. Contohnya anda telah sumbangkan Saluran Satelit Wilayat dan setelah 50 tahuun kemudian anda mengatakan saya tidak ridha, maka kami bertanggungjawab memulangkan hibbah. Adalah lebih baik jikalau anda bertanya perkara ini kepada rumah-rumah Marji’ taqlid. Saya secara peribadi menganggap perlu dipulangkan mengikut hukum syarak.

Pertanyaan 2:

Saya mempunyai masalah seperti mana penonton sebelum ini di mana saya pernah membantu saluran satelit ini dan sekarang beberapa bulan sangat sukakan saluran satelit anda dan saluran Ahlul Bait. Namun saya yakin bahawa saluran Ahlul Bait, malangnua ia telah melukakan hati saya dan ketika saya menonton saluran sateli ini, kadang-kadang saya tidak dapat tidur dari malam sampai siang. Saya sudah beberapa kali menelefon kepada saluran ini kerana saya pernah membantu saluran ini. Ketika saya menelefon, mereka akan putuskan panggilan dan berkata jangan berbicara tentang politik. Namun mereka sendiri memburukkan kedudukan besar rahbar, menghina Imam Khomeini dan melemparkan cercaan-cercaan yang sangat memalukan, mereka benar-benar melukakan hati insan. Kami pernah menyumbangkan dana kepada saluran ini dan kami tidak tahu bahawa ia akan menjadi begini. Setelah beberapa ketika pejabat saluran ini di Qom telah mereka tutup, sebelum perkara ini terjadi, mereka tidak pernah membicarakan perkara politik, tidak pernah menghina sesiapa pun, kemudian mula mempersoalkan revolusi Imam Khomeini dan mengatakan revolusi ini bukan syar’i. Mereka membawa dalil sendiri dan mula mengarut sendiran. Malangnya, saya yakin bahawa saluran ini bukan hanya diasaskan untuk memfitnah sunni dan Syiah, namun ia juga untuk memfitnah sesama Syiah di mana mereka membawa beberapa orang Syiah Iran, Tajikistan dan Afghanistan dalam beberapa bahagian dan memecah belahkan antara mereka. Kami benar-benar mengadu tentang saluran satelit ini.

Jawapan 2:

Beberapa bulan yang lalu ketika mereka bertanya kepada saya, bahawa kami pernah mengutarakan dan saya memberikan beberapa pandangan. Mereka ini rasa tidak senang hati mengapakan si fulan mengkritik kami dan mengapakah ia mengkritik sebuah saluran Syiah,  rancangan tv Wilayat? kami telah membicarakan perkara ini beberapa bulan lalu.

Ayatullah Al-Uzma Muhaqqiq Kabali sendiri bukanlah orang Iran dan ia adalah marji’ taqlid Afghanistan. hampir lima bulan lalu dia mengatakan:

هرگونه كمك به اين شبكه، خلاف شرع است و از باب إعانه بر إثم و عدوان است.

Sebarang sumbangan terhadap saluran ini bertentangan dengan Syara’ dan bantuan terhadapnya adalah dosa.

Pernah pada suatu hari kamu menyaksikan salah seorang warga Afghanistan ini menelefon dan berkata:

من مقلد حضرت آيت الله العظمي محقق كابلي بودم، ولي حرف ايشان را قبول ندارم و محكوم مي‌كنم.

Saya dahulu bertaqlid kepada Ayatullah Al-Uzma Muhaqqiq Kabali, namun kata-katanya tidak saya terima dan saya mengecamnya.

Mereka ini hakikatnya sedang menuju ke arah jalan Khawarij. Jika kamu benar-benar seorang muqallid, kamu perlu berpegang dengan fatwa-fatwa marji’ taqlid sendiri dan tidak boleh membantah. Kamu hendaklah menjadi samada muqallid atau mujtahid.

Perkara ini telah pun berlalu dan hendaklah memohon kepada Allah supaya nasib kita tidak terjebak. Ayatullah Syahid Madani pernah membaca sebuah riwayat dan air matanya mengalir, dia berkata:

Pada suatu hari salah seorang daripada isteri-isteri Nabi (s.a.w) (Samada Aisyah atau Ummu Salamah) bangun dari tidur dan melihat Nabi (s.a.w) tiada di katilnya. Pada mulanya beliau menyangka bahawa Nabi (s.a.w) pergi kepada salah seorang isterinya. Setelah itu beliau tidak melihat baginda di bilik lain dan mendengar suara tangisan dari atas bumbung rumah. Beliau pergi ke sana dan melihat Nabi (s.a.w) dalam keadaan sujud. Titisan air matanya membasahi lantai. Badannya menggigil seperti orang digigit ular, dan menangis seperti ibu muda yang kehilangan sesuatu. Baginda menyebut dua ayat:

رب لا تكلني إلي نفسي طرفة عين ابداً ... .

Wahai Tuhanku, selama-lamanya janganlah biarkan aku memutuskan sendiri walau sekedip mata! Janganlah Kau ambil nikmat-nikmat yang baik telah Kau berikan padaku.

Ketika doa baginda selesai, isteri baginda berkata, aku pergi ke hadapan baginda dan berkata: Wahai Rasullah! ketika engkau mengatakan “janganlah biarkan aku memutuskan sendiri walau sekedip mata selama-lamanya!” Maka apakah yang perlu kita lakukan?

Baginda bersabda: Saudaraku Yunus (a.s) membuat keputusan sendiri sekelip mata, baginda terkurung dalam perut ikan.

Kesimpulannya adalah, kita semua ketika melakukan kesilapan, tidak kira saya atau sesiapun, maka kita berada dalam serangan Syaitan. Oleh itu hendaklah kita berdoa supaya Allah menjadikan akibat baik untuk kita, dan berserahlah kepada Allah. Hari ini di zaman keghaiban Imam Zaman (a.s), para marji’ taqlid adalah timbalan umum Imam Zaman. Maka hendaklah kita lihat apakah pandangan marji’ taqlid agar amalan-amalan kita mematuhi pandangan para marji’.

Pertanyaan ke-3:

1. Dalam ayat ke 18 surah Fath:
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ
Ayat ini mengenai 1400 orang di mana ia termasuk Abu Bakar, Umar, Talhah, Zubair dan Ali. Manakala ayat:

وَ السَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَ الْأَنْصَارِ وَ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَ رَضُوا عَنْهُ وَ أَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
سوره توبه / آيه 100

Ini juga tentang mereka. Lelaki yang pertama adalah Abu Bakar (r.a), remaja pertama ialah Ali (a.s), perempuan pertama ialah Khadijah dan hamba yang pertama ialah Bilal. Jikalau Allahiyari mengatakan mereka ini murtad, maka terdapat di dalam surah Al-Maidah ayat 54:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَ يُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَ لَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Kaum tersebut murtad setelah kewafatan Nabi (s.a.w) dan siapakah kaum ini (فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَ يُحِبُّونَهُ) yang mengasihi Allah dan Allah mengasihi mereka?

2. Kami tidak menganggap encik Allahiyari sebagai seorang Syiah untuk kita bicarakan tentagnya. Barangsiapa yang ingin mencari Rafidhah janganlah meneliti saluran Ahlul Bait. Saya adalah seorang Sunni, ketika Rahbar berkata begini, saya kesal ramai Syiah Iran benar-benar membuat panggilan kepada saluran tersebut.  Kalau beliau anak jantan, pastilah beliau membela negaranya Afghanistan.

Jawapan 3:

Saya berjanji, insyallah samada saya sendiri atau kawan-kawan kita Yazdani, atau Abul Qosimi akan berbicara khusus tentang sahabat.

Ikhtilaf asas kita dengan saudara-saudara Ahlusunnah yang dikasihi adalah perbahasan Ilmu. Sebarang penghinaan adalah bertentangan dengan pandangan semua orang. Hari ini saya melihat beberapa kali laman web Ayatullah Sistani, beliau menyatakan pada tarikh 28/11/2007 begini:

لأن السنة هم أنفسنا و ليس إخواننا فقط.

Kerana Ahlusunnah, mereka itu adalah diri kita, bukan sekadar saudara kita.

Inilah sikap beliau. Tapi ini bukanlah dalil bahawa kita tidak ada perbahasan ilmiyah.

Fatwa Ayatullah Al-Uzma Wahid Khurasani tentang hubungan dengan Ahlusunnah.

Ayatullah Al-Uzma Al-Khurasani, yang mereka serang, pada 25 Aban 1387, dalam kebanyakan laman web seperti Tabnak, ShiaNews dan Valiasr telah menyebarkan berita dari laman webnya:


تعدادي از افراد نوشته‌اند: ما جمعي هستيم كه در ميان أهل سنت زندگي مي‌كنيم و آنها ما را كافر مي‌دانند و مي‌گويند شيعه كافر است. در اين صورت، آيا ما هم مي‌توانيم با آنها معامله به مثل كنيم؟ همان‌طوري كه آنها ما را كافر مي‌دانند، ما هم با آنها معامله كفار كنيم. مستدعي است وظيفه شرعي ما را در مقابل اين حملات بيان كنيد.

Beberapa individu menulis: Kami adalah masyarakat yang tinggal di kalangan Ahlusunnah. Mereka menganggap kami sebagai kafir dan mengatakan Syiah itu kafir. Dalam perkara ini, apakah kami boleh bermuamalah dengan mereka? Sebagaimana mereka menganggap kami kafir, kami juga bermuamalah kuffar dengan mereka. Mohon diperjelaskan kewajipan kami dalam menghadapi serangan-serangan ini.

Masyarakan mukminin ini menandatangani kertas ini dan mengirimnya kepada Ayatullah Al-Uzma Wahid Al-Khurasani. Beliau pun menjawab:

بسم الله الرحمن الرحيم
هر كس شهادت به وحدانيت خداوند متعال و رسالت خاتم أنبياء (صلي الله عليه و آله و سلم) بدهد، مسلمان است. جان و عِرض و مال او مانند جان و عِرض و مال كسي كه پيرو مذهب جعفري است، محترم است. وظيفه شرعي شما آن است با گوينده شهادتين، هر چند شما را كافر بداند، به حسن معاشرت رفتار كنيد و اگر آنها به ناحق با شما رفتار كردند، شما از صراط مستقيم حق و عدل منحرف نشويد. اگر كسي از آنها مريض شد، به عيادت آنها برويد و اگر از دنيا رفت، بر تشييع جنازه او حاضر شويد و اگر حاجتي به شما داشت، حاجت او را برآوريد. به حكم خدا تسليم باشيد كه فرمود:
وَ لَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
سوره مائده / آيه 8
و به فرمان خداوند متعال عمل كنيد كه فرمود:
وَ لَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا
سوره نساء / آيه 94
و السلام عليكم و رحمة الله و بركاته.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Barangsiapa yang menyaksikan keesaan Allah Ta'ala dan kerasulan penutup para Nabi (s.a.w) adalah orang Islam. Nyawa, maruah dan hartanya dihormati seperti nyawa, maruah dan harta pengikut mazhab Ja'fari. Tanggungjawab syar'i anda terhadap orang yang mengucap dua kalimah syahadah ialah berlaku baik dalam sosial walau sebanyak mana pun mereka mengkafirkan anda. Jika mereka bersikap tanpa hak terhadap anda, janganlah menyimpang dari jalan yang lurus dan keadilan. Kalau ada di antara mereka yang sakit, pergilah menziarahi mereka. Jika meninggal dunia, hadirlah dalam pengiringan jenazah mereka. Jikalau ia berhajat sesuatu daripada anda, penuhilah. Patuhilah hukum Allah yang mana Dia berfirman:

Beramallah dengan firman Allah:
وَ لَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
سوره مائده / آيه 8

Surah Al-Nisa, ayat 94.
وَ لَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا
سوره نساء / آيه 94

Wassalamualaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh.


Inilah fatwa Ayatullah Al-Uzma Wahid Khurasanni tentang Ahlusunnah.

Jikalau kita khilaf cara ini, kita mula mencerca dan menghina, sudah tentu saudara-saudara ini tidak akan mengenal para Imam. Kita mencanang tentang imam Zaman, namun dalam beramal dan sikap, amalan dan sikap kita bukan dari sirah dan sikap Waliyul Asr.

Oleh itu menurut sebahagian fatwa, salah satu doa yang wajib dibaca ialah di akhir Mafatih Al-Jinan iaitu memohon daripada Allah:

أللهم اجعلني من الراضيين بفعله.

Ya Allah, jadikanlah diriku daripada orang yang kerjanya diredai oleh Imam Zaman.

Pertamanya saya menasihatkan dan mau’izah pada diri saya sendiri, kemudian kepada ulama-ulama yang lain, seterusnya kepada penonton-penonton yang menerima kata-kata kami sebagai kebenaran dan harapan kebaikan. Kita mohon daripada Allah agar tidak biarkan diri kita. Janganlah kita diseret ke hadapan (pengadilan) Imam Zaman.

Pertanyaan ke-4:
1. Orang ini (saluran satelit) selalu menjaja nama Ayatullah Zanjani, Ayatullah Wahid Khurasani dan Ayatullah Sistani. Beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Ayatullah tersebut. Pertanyaan saya ialah, oleh kerana kamu mempunyai hubungan marji’, mengapakah kamu tidak menerangkan tajuk-tajuk tersebut dengan marji’ tersebut supaya mereka ini turut melaksanakannya dan menyatakan maklumat? Orang ini mewujudkan kemunafikan di dalam masyarakat. Saya mohon para marji’ kita menyatakan sikap mereka, seperti pernyataan Ayatullah Kabali yang terdapat di dalam internet, dan saya sendiri melihatnya. Beliau memberikan penjelasan supaya para pemuda tidak sesat.

2. Rancangan anda lebih baik pada waktu malam, kerana ramai pemuda-pemuda  yang menemui beraneka akidah dapat mendengar rancangan-rancangan agama dan sukakan rancangan anda. Jikalau anda tidak ada, mereka terpaksa menonton siaran yang lain. Namun jikalau kamu ada, yakinlah mereka akan mengadap siaran anda dan meraih lebih banyak maklumat.

Jawapan:

1. Mungkin tak ada orang yang mempunyai hubungan dengan Ayatullah Al-Uzma Zanjani seperti saya, dan saya 14 tahun bergabung dalam pelajaran Bahsil Kharij tokoh besar ini, saya bangga menjadi muridnya dan beliau sudah beberapa kali saya menerima kedatangan beliau ke rumah saya. Pada suatu hari saya bertanya kepada beliau:

Sebahagian orang membuat forum dengan nama Fathimah Az-Zahra (a.s) atau naik ke atas minbar dan mencerca serta menghina para khalifah. Apakah pandangan anda tentang ini?

Beliau berkata:

Para Imam tidak reda dengan kerja ini.

Inilah dia yang dikatakan sebagai “أشهد الله و ملائكته”, saya sendiri mendengar dengan kedua telinga saya daripada kedua bibir Ayatullah Zanjani. Sudah tentu beliau mengatakan:

Janganlah mencampur aduk perbahasan Tabarra dan Tawalla. Tanpa Tabarra, Tawalla tidak mempunyai makna.

2. Sekarang golongan elit hawzah bekerjasama dengan saluran satelit Wilayat. Dari perspektif intisari dan penilaian, kita membuat dakwaan, belum ada rancangan seperti saluran satelit ini di Republik Islam Iran, begitu juga belum ada orang (cendiakawan hebat) setanding dengan yang bekerjasama dengan kita. Hujjatul Islam Wal Muslimin Pishvayi yang selalu bersama kita dalam program merupakan salah seorang tokoh hawzah terknal dan salah seorang sejarawan hebat. Mungkin kita belum temui orang sehebat Hujjatul Islam Wal Muslimin Pishvayi selama 200, 3000 tahun sebelum ini. Hakikatnya, ketika beliau bercakap, saya duduk mendengar dan memanfaatkan ucapannya. Ini disebabkan beliau mempunyai kepakaran yang hebat di dalam bidangnya.  Hujjatul Islam Wal Muslimin Ridhayi Esfahani juga mempunyai kepakaran dalam bidang ulum Al-Quran. Saya ingin mengatakan kepada penonton yang dikasihi, semoga tuhan tidak menjadikan kami bekerja kerana hasad. Tuhan tidak mengampunkan merek ayang melaksanakan tugas kerana beberapa matlamat. Sekarag saluran satelit yang lain seperti saluran Imam Husain (a.s), terdapat pejabat di mana-mana sahaja terutamanya di Isfahan.Saluran satelit thamin mempunyai pejabat di Qom dan Masyhad, dan saluran Salam yang mempunyai pejabat di Qom, Tehran dan Masyhad hampir 6 ke 7 tahun dan tidak ada orang yang memprotes mereka ini.
Jikalau diinginkan sebuah saluran satelit di Iran aktif dan mempunyai pejabat, yang menerima kerajaan Iran atau tidak, maka ia perlulah menghormati undang-undang Iran. Barangsiapa yang ingin tinggal di Iran, hendaklah mematuhi undang-undang. Kami telah menyatakannya berkali-kali dan teman-teman pernah bertanya seperti:

Kami berada di Perancis dan kami ingin turun di jalan untuk bermaktam, namun kerajaan ini melarang.

Saya katakan:

Turun ke jalan walau pun untuk maktam Imam Husain (a.s), adalah haram syar’i (dalam situasi tersebut).

Kamu datang melaksanakan satu kerja yang tidak betul, mencipta huru hara, dan beramal dengan sesuatu yang melanggar undang-undang. Apakah Imam Husain (a.s) reda? Imam Husaini (a.s) juga tidak reda. Jikalau anda mahukan majlis kedukaan, langsungkanlah azadari di Husainiyah dan di masjid.

Motifnya ini ialah setiap insan yang berada di setiap negara, jikalau ia ingin tinggal di sana, maka beliau hendaklah mematuhi, menjaga, menghormati undang-undang dan peraturan di negara itu. Apabila seseorang itu tidak mematuhi, hendaklah dia tanggung sendiri. Kami juga mempunyai pejabat di Qom. Demi Allah jikalau kami inginkan dua hari siang malam bersikap seperti itu, pada hari ke-tiga mereka akan membubarkan seluruh studio kami. Ketika kami ingin melaksanakan kerja, tidak ada pilihan lain, kecuali menjaga keharmonian.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini