Mengapa Syiah solat dengan tangan lurus?
Kod: 291264 Tanggal: 2012/01/17Sumber: ABNA.coprint

Mengapa Syiah solat dengan tangan lurus?

Sebelum menjawab persoalan ini, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakan makna Takattuf atau tangan tertutup ketika bersolat dari perspektif bahasa dan meneliti apakah pandangan para Imam dan fuqaha Syiah.

 

 

Takfir dari segi bahasa.

Ibnu Atsir berkata tentang perkara ini:


 
التكفير ، وهو وضع اليدين على الصدر ، والانحناء ، خضوعا واستكانة .
النهاية في غريب الحديث، ج 4، ص 100.


Takfir ialah meletakkan dua tangan di atas dada, lentur kerana kepatuhan dan ketenangan. - Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadits, jilid 4 halaman 100.


Jawhari pula berkata:

والتكفير أن يخضع  الإنسان لغيره كما يكفر العلج للدهاقين، يضع يده على صدره ويتطامن له.
الصحاح، ج 2، ص 808.

Takfir ialah insan yang merendahkan diri kepada yang lainnya, seperti haiwan ternakan yang patuh kepada tuannya, iaitu manusia yang meletakkan tanggan di atas dadanya untuk dan khusyuk kepadanya. - Al-Shihah, jilid 2 halaman 808.

Zubaidi berkata:

 والتكفير : أن يخضع الإنسان لغيره وينحني ويطأطئ [أحدهم‏] رأسه قريبا من الركوع ، كما يفعل من يريد تعظيم صاحبه ، ومنه حديث أبي معشر : «أنه كان يكره التكفير في الصلاة». وهو الانحناء الكثير في حالة القيام قبل الركوع . وتكفير أهل الكتاب أن يطأطئ رأسه لصاحبه كالتسليم عندنا . وقد كفر له . وقيل : هو أن يضع يده أو يديه على صدره.
تاج العروس، ج 7، ص 455.


Al-Takfir ialah manusia merendah diri terhadap yang lain dan melenturkan pinggang, sesorang yang menundukkan kepalanya untuk tuannya sehingga hampir kepada rukuk, sebagaimana seseorang yang ingin mempermuliakan seseorang di depannya. Hadis daripada Abi Ma’syar berkata bahawa: Sesungguhnya ia menganggap makruh Al-Takfir di dalam solat. Dan juga ia banyak membongkok ketika dalam keadaan sedang bangun sebelum rukuk. Manakala Al-Takfir di sisi Ahli Kitab adalah seseorang menundukkan kepadanya untuk tuannya sebagaimana salam hormat di sisi kita. Ada juga perletakan tangan di dada dikatakan sebagai: meletakkan tangan atau kedua-dua tangan di atas dadanya. - Taj Al-‘Arus, jilid 7 halaman 455.

Pertama:

Syiah melaksanakan semua amalannya menurut sunnah Nabi (s.a.w) kerana mereka beri‘tiqad bahawa Allah (s.w.t) meletakkan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ. احزاب 21

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik - Surah Al-Ahzab, ayat 21.

Begitu juga terdapat dalil-dalil kukuh bahawa sunnah Nabi mewajibkan kita mengikuti para Imam Ahlul Bait dan mengambil sunnah Rasulullah (s.a.w) daripada baginda. Oleh itu perkara ini terdiri daripada dua asas iaitu:

1. Ketaatan kepada Ahlul Bait.

Syiah Imamiyah menganggap jalan yang sahih hanyalah mengikuti para Imam Ahlul Bait (a.s) sahaja dengan dalil-dalil berikut:

a) Hadis Al-Tsaqalain:

Salah satu dalil Hadis Tsaqalain yang disepakati dan dipegang oleh kedua-dua firqah, dan telah dinukilkan oleh majoriti ahli hadis dan ulama besar Syiah dan Ahlusunnah ialah:

حَدَّثَنِى زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَشُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنِى أَبُو حَيَّانَ حَدَّثَنِى يَزِيدُ بْنُ حَيَّانَ قَالَ انْطَلَقْتُ أَنَا وَحُصَيْنُ بْنُ سَبْرَةَ وَعُمَرُ بْنُ مُسْلِمٍ إِلَى زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ فَلَمَّا جَلَسْنَا إِلَيْهِ قَالَ لَهُ حُصَيْنٌ لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَسَمِعْتَ حَدِيثَهُ وَغَزَوْتَ مَعَهُ وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا حَدِّثْنَا يَا زَيْدُ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- - قَالَ - يَا ابْنَ أَخِى وَاللَّهِ لَقَدْ كَبِرَتْ سِنِّى وَقَدُمَ عَهْدِى وَنَسِيتُ بَعْضَ الَّذِى كُنْتُ أَعِى مِنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَمَا حَدَّثْتُكُمْ فَاقْبَلُوا وَمَا لاَ فَلاَ تُكَلِّفُونِيهِ.
ثُمَّ قَالَ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَوَعَظَ وَذَكَّرَ ثُمَّ قَالَ « أَمَّا بَعْدُ أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِىَ رَسُولُ رَبِّى فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ ». فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ « وَأَهْلُ بَيْتِى أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى
صحيح مسلم: ج4 ص1873، باب فضائل علي بن أبي طالب.

Daripada Zuhair bin Harb dan Syuja’ bin Makhlad, daripada Ibnu ‘Ulayyah, Zuhair, Isma‘il bin Ibrahim, Abu Hayyan, Yazid bin Hayyan berkata:

Aku pergi bersama-sama Hushain bin Sabrah dan ʻUmar bin Muslim kepada Zaid bin Arqam dan tatkala kami duduk di sampingnya, Hushain berkata kepadanya: Wahai Zaid, sesungguhnya engkau telah mencapai banyak kebaikan, engkau telah melihat Rasulullah (s.a.w), engkau telah mendengar hadisnya dan berperang bersama baginda dalam peperangan-peperangan, bersembahyang bersama di belakang baginda. Sesungguhnya engkau telah memperolehi banyak kebaikan. Wahai Zaid, ceritakanlah apa yang kamu dengar daripada Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: Sesungguhnya aku telah tua, dan telah lama usiaku dan aku telah lupa beberapa perkara yang aku ingat berkaitan dengan penerimaan dan hafalan hadis Rasulullah (s.a.w). Maka terimalah apa yang aku ceritakan kepada kalian dan janganlah paksa apa yang aku tidak ceritakan.

Kemudian beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah (s.a.w) bangkit berkhutbah di tengah-tengah kami, di suatu tempat air yang dinamakan Khum, terletak di antara Makkah dan Madinah. Setelah memuji Allah dan mengajak dan memberi penringatan, baginda bersabda:

“Adapun sesungguhnya, hanyasanya aku adalah manusia yang hampir datang utusan tuhanku maka akan aku jawab, dan aku tingalkan kepada kalian dua perkara yang berharga: Yang satunya kitab Allah di dalamnya hidayah dan cahaya, maka berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan patuhilah ia.”

Baginda menggesa tentang kitab Allah dan memberi semangat tentangnya. Kemudian baginda bersabda: dan Ahlul Baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baitku. - Sahih Muslim, jilid 4 halaman 1873, Bab kelebihan ‘Ali bin Abi Talib.

Al-Tarmizi juga menukilkan dengan sanad daripada Abi Saʻid Al-Khudri dan Zaid bin Arqam yang mengatakan:

«قال رسول الله [صلى الله عليه وآله]: إني تارك فيكم ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي، أحدهما أعظم من الآخر كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض، وعترتي أهل بيتي ولن يفترقا حتى يردا عليّ الحوض، فانظروا كيف تخلفوني فيهما»
سنن الترمذي: ج5 ص329. وأخرج قريباً منه أحمد في مسنده ج3 ص14وص17 وص26 وص59، ج5 ص182 ، والنسائي في السنن الكبرى ح5 ص51 ح8175، والحاكم في المستدرك، وقال عنه: «هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه بطوله» المستدرك: ج3 ص109ـ 110. وأخرجه غير هؤلاء من الحفاظ وأئمة الحديث وقد صححه الألباني في صحيح الجامع الصغير.الألباني، صحيح الجامع الصغير: ج1 ص482 ح 2457.


Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kalian, yang mana jika kalian berpegang dengannya, maka kalian tidak akan sesat selama-lamanya setelah kewafatanku, satunya lebih agung daripada yang lain iaitu kitab Allah, tali yang terentang dari langit ke bumi, dan ʻItrah Ahlul Baitku, dan kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga menemuiku di telaga Al-Haudh. Maka perhatikanlah bagaimana kalian sikap kalian terhadap kedua-duanya itu.

- Sunan Al-Tarmizi, jilid 5 halaman 329; Musnad Ahmad ibnu Hanbal, jilid 3 halaman 14, 17, 26, 59 dan jilid 5 halaman 182; Nasa’i di dalam Al-Sunan Al-Kubra, jilid 5 halaman 51, hadis 8175; Al-Hakim Al-Nisyaburi di dalam Al-Mustadrak dengan mengatakan: Hadis ini sahih menurut syarat Imam Bukhari dan Muslim dan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya; Al-Mustadrak, jilid 3 halaman 109-110; Selain mereka ini, hadis tersebut telah dikeluarkan juga oleh Huffaz dan para imam hadis, dan telah disahihkan oleh Al-Bani di dalam Sahih Al-Jamiʻ Al-Shaghir, jilid 1 halaman 482, hadis nombor 2457.

Namun siapakah Ahlul Bait yang diwajibkan ketaatan pada mereka dalam hadis ini? Sunan Al-Tarmizi telah memperincikan nama-nama Ahlul Bait sebagai berikut:

«لما نزلت هذه الآية على النبي صلى الله عليه وآله: إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً في بيت أم سلمة، فدعا فاطمة وحسناً وحسيناً، فجللهم بكساء وعلي خلف ظهره، فجلله بكساء، ثم قال: اللهم، هؤلاء أهل بيتي، فاذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيراً، قالت أم سلمة: وأنا معهم يا رسول الله؟ قال: أنت على مكانك وأنت إلى خير»
سنن الترمذي: ج5 ص328. قال عنه الألباني: «صحيح» الألباني، صحيح سنن الترمذي: ج3 ص306 ح 3205.، وأخرجه غيره من المحدثين والعلماء، كالطبري في جامع البيان الطبري، جامع البيان: ج22 ص12 ح21736. والطحاوي في مشكل الآثار مشكل الآثار: ج1 ص335.

Tatkala ayat ini turut kepada Nabi (s.a.w): (Sesungguhnya Allah hanyalah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.) di rumah Ummu Salamah, maka baginda memanggil Fatimah, Hasan dan Husain. Lantas baginda menutup mereka dengan kain dan baginda (s.a.w) bersabda: Ya Allah, mereka adalah Ahlul Baitku, hilangkanlah kenistaan dan sucikanlah mereka sebersih-bersihnya. Maka Ummu Salamah berkata: Apakah aku bersama mereka ya Rasulullah? Baginda bersabda: Engkau tetap pada tempatmu sendiri dan engkau dalam kebaikan.

Namun hendaklah kita ketahui apakah yang dimaksudkan oleh riwayat yang menyatakan ‘berpegang dengan mereka’, ulama Ahlusunnah Mulla ‘Ali Qari berkata:

«والمراد بالأخذ بهم، التمسك بمحبتهم ومحافظة حرمتهم والعمل بروايتهم والاعتماد على مقالتهم...».
مرقاة المفاتيح: ج9 ص3974، باب مناقب أهل بيت النبي [صلى الله عليه وآله].
وذكر المناوي في فيض القدير ما يشبه هذا المضمون.المناوي، فيض القدير شرح الجامع الصغير: ج3 ص20.

Maksud berpegang teguh dengan mereka ialah berpegang dengan mencintai mereka, menjaga penghormatan mereka, beramal dengan riwayat mereka dan meyakini perkataan-perkataan mereka… - Mirqat Al-Mafatih, jilid 9 halaman 3974, bab Manaqib Ahlul Bait Al-Nabi (s.a.w). Al-Munawi menyebut intisari seperti ini di dalam Faidh Al-Qadir, - Al-Munawi, Faidh Al-Qadir, Syarah Al-Jamiʻ Al-Shaghir, jilid 3 halaman 20.

B. Hadis Safinah

Salah satu daripada hadis-hadis yang kukuh dan meyakinkan atas kewajipan mengikuti doktrin Ahlul Bait ialah hadis Safinah di mana Ahmad bin Hanbal, beberapa orang ahli hadis dan para ulama Ahlusunnah nukilkan dan mensahihkan sanadnya ialah:

«سمعت أبا ذر يقول وهو آخذ بباب الكعبة: من عرفني فأنا من قد عرفني، ومن أنكرني فأنا أبو ذر سمعت النبي صلى الله عليه وآله يقول: ثم ألا إنّ مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها هلك».
أحمد بن حنبل، فضائل الصحابة: ج2 ص785؛ الحاكم النيسابوري المستدرك: ج2 ص343. الطبراني، المعجم الكبير: ج3 ص44 – 45؛ الطبراني، المعجم الأوسط: ج4 ص10 ج5 ص306 ـ 355، ج6 ص85؛ الطبراني، المعجم الصغير: ج1 ص139ـ 140 ج2 ص22.الحاكم النيسابوري، المستدرك: ج2 ص343. تاريخ بغداد: ج12 ص90. حلية الأولياء: ج4 ص306.

Aku mendengart Abu Zar berkata ketika beliau sedang memegang pintu Kaʻbah: Barangsiapa yang mengenaliku, maka ia telah mengenaliku, barangsiapa yang tidak mengenaliku, maka akulah Abu Zar. Aku telah mendengar bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ketahuilah sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa yang menaikinya ia akan selamat, dan barangsiapa yang berpaling maka ia akan binasa. - Ahmad bin Hanbal, Fadha’il Al-Shahabah, jilid 3 halaman 785; Al-Hakim Al-Nisyaburi, Al-Mustadrak, jilid 5 halaman 343; Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir, jilid 3 halaman 44-45; Al-Thabrani, Al-Mu’jam Al-Awsat, jilid 4 halaman 10, jilid 5 halaman 306-355, jilid 6 halaman 85; Al-Thabrani, Al-Muʻjam Al-Shaghir, jilid 1 halaman 139-140, jilid 2 halaman 22. Tarikh Baghdad, jilid 12 halaman 90, Hilyat Al-Awliya, jilid 4 halaman 306.

Al-Munawi membuat penafsiran Wajhu Tashbih sebagai berikut:

قال المناوي: «ووجه تشبيههم بالسفينة أنّ من أحبهم وعظّمهم شكراً لنعمة جدهم وأخذ بهدي علمائهم نجا من ظلمة المخالفات، ومن تخلف عن ذلك غرق في بحر كفر النعم وهلك في معادن الطغيان».
المناوي، فيض القدير: ج5 ص660.

Munawi berkata: Wajhu Tashbih dengan bahtera ialah: Barangsiapa yang mencintai mereka dan memberi penghormatan kepada mereka kerana berterima kasih atas nikmat datuknya (Rasulullah), yang telah memberi membimbing orang-orang alim, maka mereka ini selamat daripada kegelapan para penentang. Barangsiapa berpaling daripada itu, maka ia akan tenggelam di dalam lautan kekufuran nikmat dan binasa di dalam lombong thaghut. - Al-Munawi, Faidh Al-Qadir, jilid 5 halaman 660.

Dalil-dalil kukuh yang lain seperti hadis Nujum juga menunjukkan kewajipan menaati Ahlul Bait.

2. Larangan beramal dengan hadis-hadis dari jalan Ahlusunnah.

a) Larangan menerangkan hadis dan pengumpulannya.


Salah satu daripada masalah yang timbul dalam ilmu hadis ialah tindakan melarang penerangan dan pengumpulan hadis sebaik sahaja kewafatan Rasulullah (s.a.w).  Masalah ini berlanjutan sehingga banyak hadis-hadis telah luput atau sunnah Nabi mengalami perubahan. Antara catatan larangan tersebut ialah:

Hafiz Al-Zahabi ketika menerangkan perihal Abu Bakar, beliau mengatakan:

قال: «إن الصديق جمع الناس بعد وفاة نبيهم، فقال: إنكم تحدثون عن رسول الله صلى الله عليه وآله أحاديث تختلفون فيها، والناس بعدكم أشد اختلافاً، فلا تحدثوا عن رسول الله شيئاً، فمن سألكم فقولوا: بيننا وبينكم كتاب الله، فاستحلوا حلاله وحرموا حرامه».
الذهبي، تذكرة الحفاظ: ج1 ص2ـ3.

Setelah kewafatan Nabi, Abu Bakar mengumpulkan orang ramai dan berkata: Sesungguhnya kalian menceritakan hadis-hadis yang berselisih daripada Rasulullah (s.a.w), dan manusia setelah kalian akan lebih banyak berselisih. Maka janganlah menceritakan apa pun daripada Rasulullah (s.a.w). Barangsiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Di antara kami dan kamu semua ada kitab Allah, maka halalkanlah apa yang Dia halalkan, dan haramkanlah apa yang Dia haramkannya. - Al-Zahabi, Tazkiratul Huffaz, jilid 1 halaman 2-3.

Di halaman lain beliau mengatakan:

«جمع أبي الحديث عن رسول الله وكانت خمسمائة حديث، فبات ليلته يتقلب كثيراً، قالت: فغمني، فقلت: أتتقلب لشكوى أو لشيء بلغك؟ فلما أصبح، قال: أي بنية هلمي الأحاديث التي عندك، فجئته بها، فدعا بنار فحرقها».
الذهبي، تذكرة الحفاظ: ج1ص5.

Ayahku (Abu Bakar) mengumpulkan hadis daripada Rasulullah (s.a.w) sebanyak lima ratus hadis dan beliau pun tidur di waktu malam dan banyak beralih ke sana sini (tidak dapat tidur). Maka aku pun bertanya: Apakah engkau ada masalah atau telah sampai berita kepadamu? Tatkala menjelang subuh Abu Bakar berkata: Wahai anakku, bawakan hadis-hadis yang ada padamu. Maka Akupun membawanya. Maka beliau meminta api lalu membakarnya. - Al-Zahabi, Tazkiratul Huffaz, jilid 1 halaman 5.

Halangan-halangan begini terjadi lebih dahsyat di zaman ʻUmar sebagaimana yang tercatat di dalam Tabaqat Ibnu Saʻad, iaitu daripada ʻAbdullah bin ʻAla’ yang menukilkan:

 «سألت القاسم يملي علي أحاديث، فقال: إن الأحاديث كثرت على عهد عمر بن الخطاب، فأنشد الناس أن يأتوه بها، فلما أتوه بها أمر بتحريقها ».
محمد بن سعد، الطبقات الكبرى: ج5 ص188، الناشر: دار صادر ـ بيروت

Aku bertanya kepada Al-Qasim tentang hadis-hadis, maka beliau menjawab: Terdapat banyak hadis-hadis di zaman Umar. Beliau mengarahkan orang ramai membawa hadis-hadis tersebut. Apabila hadis dibawakan kepadanya, beliau memerintahkan pembakarannya. - Muhammad bin Saʻad, Al-Tabaqat Al-Kubra, jilid 5 halaman 188.

b) Sunnah terdedah kepada perubahan dan penggantian.

Di dalam riwayat sahih terdapat bukti yang menunjukkan terjadinya perubahan dan penggantian terhadap sunnah setelah kewafatan baginda (s.a.w). Sebagaimana yang dilaporkan oleh Al-Bukhari dengan sanadnya, daripada Abi Hazim yang berkata: Aku mendengar daripada Sahl bin Saʻd berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda:

أنا فرطكم على الحوض، فمن ورده شرب منه ومن شرب منه لم يظمأ بعده أبداً، ليرد علي أقوام أعرفهم ويعرفوني، ثم يحال بيني وبينهم،


Aku yang mendahului kalian di telaga Al-Haudh (Al-Kawthar), barangsiapa yang memasukinya akan meminum daripadanya. Barangsiapa yang meminum daripadanya tidak akan dahaga lagi selama-lamanya setelah itu. Akan datang satu kaum yang aku mengenali mereka dan mereka juga mengenaliku. Kemudian ada penghalang di antara mereka dan aku.

قال أبو حازم: فسمعني النعمان بن أبي عياش وأنا أحدثهم هذا، فقال: هكذا سمعت سهلاً؟ فقلت: نعم، قال: وأنا أشهد على أبي سعيد الخدري لسمعته يزيد فيه، قال: إنهم مني، فيقال: إنك لا تدري ما أحدثوا بعدك، فأقول: سحقاً سحقاً لمن بدل بعدي».
صحيح البخاري: ج8 ص78، كتاب الفتن، وجاء مضمون الحديث ذاته في مواضع أخرى من الصحيحين وغيرهما من كتب المسلمين.

Abu Hazim berkata: Pada suatu hari, ketika aku membaca hadis ini, Nuʻman bin Abi ʻAyyash berkata: Begitukah yang engkau dengar wahai Sahl? Maka akupun menjawab: Iya. Beliau pun berkata: Aku saksikan bahawa Abi Saʻid Al-Khudri meriwayatkan lebih daripada ini, Nabi bersabda: Sesungguhnya mereka daripada aku. Maka dikatakan kepada baginda: Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka lakukan setelah kewafatanmu. Maka aku pun berkata: Jauhkan! Jauhkan! mereka yang membuat bidʻah setelah kewafatanku!

c) Ikhtilaf sahabat menurut riwayat sunnah dan pemahamannya.
 
Sejarah menurut kami telah menerangkan terdapat banyak perselisihan yang terjadi di kalangan para sahabat, contohnya seorang sahabat dinilai telah membuat suatu pengakuan kemudian datang seorang lagi yang menafikannya. Inilah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada khalifah kedua yang menukil bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

«إن الميت ليعذب ببكاء أهله عليه »
“Sesungguhnya mayat akan diazab dengan tangisan keluarganya”

Ibnu ʻAbbas menukilkan riwayat ini kepada ‘Aisyah dan beliau menjawab:

 يرحم الله عمر والله، ما حدث رسول الله صلى الله عليه وآله إنّ الله ليعذب المؤمن ببعض بكاء أهله عليه، لكن رسول الله صلى الله عليه وآله قال: إنّ الله ليزيد الكافر عذاباً ببكاء أهله عليه، وقالت: حسبكم القرآن {وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى}».
صحيح البخاري: ج2 ص81.


Allah merahmati ‘Umar, demi Allah, Rasulullah (s.a.w) tidak mengatakan seorang mukmin akan diazab dengan tangisan sebahagian kaum keluarganya, namun Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya Allah menambah azab ke atas orang kafir kerana tangisan kaum keluarganya. Cukuplah bagi kalian Al-Quran: Tidak seorang pun yang bertanggungjawab terhadap dosa orang lain.

Namun sebelum menerangkan solat Rasulullah dari sumber-sumber Syiah dan Ahlusunnah, mari kita meneliti terlebih dahulu tentang Takfir (solat dengan meluruskan tangan).

Menurut hadis para Imam (a.s):

  والنهي في صحيح محمد بن مسلم عن أحدهما ( عليهما السلام ) قلت له : الرجل يضع يده في الصلاة وحكى اليمنى على اليسرى فقال : ذلك التكفير لا تفعله.
وسائل الشيعة (آل البيت): 265/7،ح 9295، التهذيب: 84/2 ح 310.

Muhammad bin Muslim menukilkan daripada Imam Baqir (a.s) atau Imam Sodiq (a.s), aku bertanya kepada beliau: Seorang lelaki meletakkan tangan kanannya ke atas tangan kirinya ketika solat. Maka jawabnya: Itu adalah Al-Takfir, jangan lakukannya.

Zararah meriwayatkan daripada Abi Ja’far, Imam Muhammad Al-Baqir berkata:


ولا تكفر ، فإنما يفعل ذلك المجوس .
وسائل الشيعة (آل البيت): 266/7، ح 9296، الكافي: 299/3 ح 1، التهذيب: 84/2 ح 309.

Janganlah engkau melakukan takfir, sesungguhnya ia dilakukan oleh Majusi. - Wasail Al-Shīʻah (software Maktabah Ahlul Bait): jilid 7 halaman 266, hadis 9296; Al-Kafi:jilid 3 halaman 299, hadis 1; Al-Tahzib: jilid 2 halaman 84 hadis 309

وعن حريز عن رجل عن أبي جعفر (ع)  لا تُكَفِّر إنما يصنع ذلك المجوس.
وسائل الشيعة (آل البيت): 266/7، ح 9297، الكافي: 336/3 ح 9.

Diriwayatkan daripada Hariz bahawa Abi Jaʻfar (a.s) berkata: Janganlah melakukan takfir, sesungguhnya ia dilakukan oleh Majusi. - Wasa’il Al-Shīʻah (Maktabah Ahlul Bait), jilid 7 halaman 9297; Al-Kafi, jilid 3 halaman 336 hadis 9.


Pandangan ahli Fiqh Syiah.

Pengarang kitab Jawahir Al-Kalam berkata:

فالمشهور بين الأصحاب نقلا وتحصيلا بل في الخلاف والغنية والدروس وعن الانتصار الاجماع عليه عدم جوازه في الصلاة ، بل لا أجد فيه خلافا إلا من الإسكافي فجعل تركه مستحبا ، وأبي الصلاح ففعله مكروها
جواهر الكلام، ج 11، ص 15.

Maka yang masyhur di kalangan ulama dari segi riwayat dan fatwa, bahkan dalam khilaf, ghaniyah, pelajaran-pelajaran dan kemenangan ijma’ yang tidak membenarkannya di dalam solat. Bahkan aku tidak menemukan perselisihan tentangnya melainkan daripada Al-Iskafi yang menetapkan bahawa meninggalkannya adalah mustahab. Sementara Abi Al-Shalah menganggap makruh melakukannya. - Jawahir Al-Kalam, jilid 11 halaman 15

Sayyid Yazdi berkata di dalam perkara-perkara yang membatalkan solat:

 الثالث : التكفير بمعنى وضع إحدى اليدين على الأخرى على النحو الذي يصنعه غيرنا إن كان عمدا لغير ضرورة ، فلا بأس به سهوا ، وإن كان الأحوط الإعادة معه أيضا
العروة الوثقى، ج 3، ص 6 - 7.

Ke-tiga: (termasuk dalam perkara membatalkan solat) Al-takfir, dengan makna meletakkan salah satu tangan ke atas tangan yang lain, seperti tatacara orang yang selain kami (Ahlusunnah) jika sengaja dilakukan tanpa darurat, walau bagaimana pun tidak apa-apa jikalau terlupa, namun sebagai ihtiyat, hendaklah ia mengulang solat sekali lagi.

Pandangan ulama Ahlusunnah Wal Jamaʻah


Semua empat mazhab di dalam kelompok Ahlusunnah di seluruh dunia tidak menganggap bersedekap dalam solat sebagai kewajipan solat. Namun mereka menganggap ia adalah mustahab.

‘Abdul Rahman Al-Jaziri, pengarang kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arbaʻah menulis:

يسن وضع اليد اليمنى على اليسرى تحت سرته أو فوقها وهو سنة باتفاق ثلاثة من الأئمة
الفقه علي المذاهب الاربعة ج 1 ص 251 ،‌ كتاب الصلاة با ب وضع اليد اليمني علي اليسري في الصلاة ، الفقه علي المذاهب الاربعه ج 1 ص 285 المكتبة الشاملة اصدار اول .

Disunatkan meletak tangan kanan ke atas tangan kiri di atas pusat atau di atasnya, dengan kesepakatan tiga para imam. - Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arbaʻah, jilid 1 halaman 251.

Oleh itu amalan Syiah ini tidaklah dikatakan meninggalkan perkara wajib, sebaliknya dalam pandangan Sunni ialah meninggalkan amalan mustahab semata-mata.

Ke-dua:

Imam mazhab Maliki dan para ulamanya memberikan pandangan yang berbeza dengan mazhab-mazhab Ahlusunnah yang lain, bahkan sehingga ke peringkat tidak menerima amalan ini sebagai sunat dalam solat-solat wajib:

قال مالك المتوفى 176: في وضع اليمنى على اليسرى في الصلاة، قال: لا أعرف ذلك في الفريضة ، وكان يكرهه ولكن في النوافل إذا طال القيام فلا بأس بذلك يعين به علي نفسه ... .
المدوّنة الكبرى امام مالك : ج 1 ص 74 (الاعتماد في الصلاة و الاتكاء و وضع اليد علي اليد).

Imam Malik (wafat tahun 176 Hijrah) berkata tentang perletakan tangan kanan ke atas tangan kiri di dalam solat, beliau menyatakan: Aku tidak tahu (aku tidak menganggap sunat) tentangnya (bersedekap) dalam solat fardhu. Perbuatan itu adalah makruh, tetapi di dalam solat nawafil, jika berdiri lama, maka tidak ada masalah bersedekap untuk membantu dirinya. - Al-Mudawwanah Al-Kubra Imam Malik, jilid 1 halaman 74.

Al-Mubarakfuri berkata:

وَقَالَ الْمَالِكِيَّةُ بِإِرْسَالِ الْيَدَيْنِ فِي الصَّلَاةِ . قَالَ الْحَافِظُ بْنُ الْقَيِّمِ فِي الْإِعْلَامِ بَعْدَ ذِكْرِ أَحَادِيثِ وَضْعِ الْيَدَيْنِ فِي الصَّلَاةِ مَا لَفْظُهُ : فَهَذِهِ الْآثَارُ قَدْ رُدَّتْ بِرِوَايَةِ الْقَاسِمِ عَنْ مَالِكٍ قَالَ : تَرْكُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ وَلَا أَعْلَمُ شَيْئًا قَدْ رُدَّتْ بِهِ سِوَاهُ اِنْتَهَى .
تحفة الأحوذي - المباركفوري - ج 2 - ص 73 - 75

Golongan mazhab Maliki menganggap solat hendaklah dengan tangan lurus. Al-Hafiz ibnu Al-Qayyim setelah menyebut beberapa hadis tentang meletakkan dua tangan di dalam solat di dalam Al-Aʻlam, beliau mengatakan sesuatu iaitu: Hadis ini ditolak dengan riwayat Qasim, daripada Malik yang berkata: Meninggalkannya adalah lebih baik di sisi aku, dan tidak aku tahu sesuatu pun melainkan pandangan yang lain telah ditolak. - Al-Mubarakfuri, Tuhfah Al-Ahwadzi, jilid 2 halaman 73-75.

Al-Samarqandi Al-Hanafi berkata:

قال مالك : السنة هي ارسال اليدين حالة القيام .
تحفة الفقهاء ج 1 ص 126 كتاب الصلاة باب افتتاح الصلاة (سننه).

Malik berkata: Sunnah ialah meluruskan tangan ke bawah ketika berdiri. - Tuhfah Al-Fuqaha, jilid 1 halaman 126.

Ibnu Rushd Al-Andalusi menulis tentang perkara ini:

اختلف العلماء في وضع اليدين إحداهما على الأُخرى في الصلاة، فكره ذلك مالك في الفرض وأجازه في النفل ورأى قوم أنّ هذا الفعل من سنن الصلاة وهم الجمهور، والسبب في اختلافهم أنّه قد جاءت آثار ثابتة نقلت فيها صفة صلاته عليه الصلاة والسلام، ولم ينقل فيها أنّه كان يضع يده اليمنى على اليسرى.
بداية المجتهد: ج 1 ص  112 كتاب الصلاة چاپ دارالفكر.

Para ulama berselisih pendapat tentang perletakan dua tangan, salah satu ke atas yang lain di dalam solat. Imam Malik memakruhkannya di dalam solat fardu dan membenarkannya dalam solat sunat. Golongan yang lain berpendapat perbuatan ini adalah sunat dalam solat, dan ini adalah pandangan jumhur ulama. Sebab perselisihan mereka adalah kerana terdapat riwayat-riwayat muktabar tentang sifat solat Nabi (s.a.w) di mana tidak ada yang menukilkan bahawa baginda meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri. - Bidayah Al-Mujtahid, jilid 1 halaman 112.

Ke-tiga:

Noktah ke-tiga ialah terdapat dalil bahawa takattuf (bersedekap) adalah amalan yang ditambah di dalam solat serta tidak ada dalil kewajipannya. Oleh kerana kita tidak mempunyai dalil yang tentang penambahan tersebut, maka tidak melakukannya adalah lebih baik dan afdhal.

قال ابن رشد القرطبي: وثبت أيضاً أنّ الناس كانوا يؤمرون بذلك ، وورد ذلك أيضاً من صفة صلاته في حديث أبي حميد فرآى قوم أنّ الآثار التي أثبتت ذلك اقتضت زيادة على الآثار التي لم تنقل فيها هذه الزيادة وأنّ الزيادة تجب أن يصار إليها ورأى قوم أنّ الأوجب المصير إلى الآثار التي ليس فيها هذه الزيادة لأنّها أكثر ولكون هذه ليست مناسبة لأفعال الصلاة وإنّما هي من باب الاستعانة ولذلك أجازها مالك في النفل ولم‏يجزها في الفرض....
بداية المجتهد: ج 1 ص 112 (المسالة السابعة اتفاق العلماء علي ان السجود علي سبعة اعضاء).

Ibnu Rushd Al-Qurtubi berkata: Telah terbukti juga bahawa orang ramai memakmurkannya (bersedekap dalam solat), perkara ini juga diambil dan dinaskan daripada sifat solat Nabi menurut hadis Abi Hamid, ada golongan yang berpendapat bahawa riwayat-riwayat yang menetapkan demikian hanyalah ditambah ke atas riwayat yang tidak menukilkannya, dan penambahan itu hendaklah diikuti. Dan ada satu golongan yang nekad mewajibkan beramal dengan riwayat-riwayat yang tidak terdapat penambahan ini, kerana lebih ramai yang melakukannya, dan juga kerana bersedekap tangan tidak sesuai dengan perbuatan solat. Sesungguhnya perkara ini hanyalah daripada  bab sokongan, kerana itu Imam Malik membenarkan perbuatan ini, namun bukan dalam solat fardhu. - Bidayah Al-Mujtahid, jilid 1 halaman 112.

Riwayat yang paling penting tentang bersedekap tangan ialah daripada penjelasan hadis Al-Bukhari, namun dengan menggunakan rangkai kata (الناس يؤمرون), iaitu orang ramai disuruh melakukannya. Hadis tersebut tidak menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) memerintahkan amalan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri. Oleh itu riwayat ini tidaklah menunjukkkan amalan tersebut sebagai sunnah Nabi (s.a.w). Andainya memang hadis itu menunjukkan bahawa Nabi mengarahkannya, sudah tentu ia bertentangan dengan riwayat-riwayat muktabar yang lain dan ianya terkeluar daripada menjadi hujjah serta tidak muktabar. Silakan anda meneliti riwayat daripada Sahih Al-Bukhari ini:

فروى عن  عَبْد اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ كَانَ النَّاسُ يُؤْمَرُونَ أَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ الْيَدَ الْيُمْنَى عَلَى ذِرَاعِهِ الْيُسْرَى فِي الصَّلاَةِ . قَالَ أَبُو حَازِمٍ لاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ يَنْمِي ذَلِكَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم. قَالَ إِسْمَاعِيلُ يُنْمَى ذَلِكَ. وَلَمْ يَقُلْ يَنْمِي.
صحيح البخاري: ج 1 ص 181، ح 174، كتاب الأذان، ب 87، باب وَضْعِ الُْيمْنَى عَلَى الْيُسْرَى.

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Maslamah, daripada Malik, daripada Abi Hazim, daripada Sahl bin Saʻd yang berkata: Sesungguhnya orang ramai disuruh meletakkan tangan kanan di atas lengan tangan kiri ketika solat. Abu Hazim berkata: Aku tidak tahu mengenainya melainkan dinisbahkan kepada Nabi (s.a.w). Ismail berkata: Perkatan ini dinisbahkan, bukan dikatakan: baginda sendiri yang menisbahkannya. - Sahih Al-Bukhari, jilid 1 halaman 181, hadis 741.

Ke-Empat

Pandangan ini bertentangan dengan para sahabat dan ulama besar Ahlusunnah:

قال النووي  المتوفى 676: قد ذكرنا أنّ مذهبنا أنّه سنَّة... وحكى ابن المنذر عن عبداللَّه بن الزبير والحسن البصري والنخعي أنّه يرسل يديه ولا يضع إحداهما على الأُخرى وحكاه القاضي أبو الطيب أيضاً عن ابن سيرين وقال الليث بن سعد: يرسلهما، فإن طال ذلك عليه وَضَعَ اليمنى على اليسرى للاستراحة.
  وقال الأوزاعي: هو مخيّر بين الوضع والإرسال، وروى ابن عبدالحكم عن مالك: الوضع، وروى عنه ابن القاسم: الإرسال وهو الأشهر وعليه جميع أهل المغرب من أصحابه أو جمهورهم واحتجّ لهم بحديث المسي‏ء صلاته بأنّ النبي‏ صلي الله عليه وسلم علَّمه الصلاة ولم يذكر وضع اليمنى على اليسرى....
المجموع: ج 3 ص  312.

An-Nawawi (wafat tahun 676) berkata: Kami telah mengatakan bahawa ia adalah sunnah dalam mazhab kita…. Ibnu Al-Munzir mengisahkan daripada Abdullah bin Al-Zubair dan Hasan Al-Bashri dan Al-Nakhaʻi, sesunggunya beliau meluruskan tangannya dan tidak meletakkan salah satu tangannya ke atas tangan yang lain. Al-Qadi Abu Al-Tayyib mengisahkan juga daripada Ibnu Sirin, bahawa Al-Laits bin Sa’d berkata: Beliau meluruskan kedua-dua tangannya, jikalau terlalu lama, beliau meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri untuk istirehat. Al-Awzaʻi berkata:

Orang yang menunaikan solat mempunyai pilihan antara meletakkan tangan dan meluruskan tangan, Ibnu 'Abdul Hakim meriwayatkan daripada Malik: takattuf (meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri), Ibnu Qasim meriwayatkan daripada beliau: Meluruskan tangan kanan, dan nukilan ini lebih masyhur, dan menjadi pegangan oleh seluruh ahli maghrib, para ashhab dan kebanyakan pengikut mereka, dan berdalil dengan hadis daripada Al-Musi' bahawa solatnya adalah solat Rasulullah (s.a.w) dan tidak pernah disebut tentang perletakan tangan kanan ke atas tangan kiri... - Al-Majmuʻ, jilid 3 halaman 312.

ke-Lima:

ما ميدانيم كه نماز امري تعبدي است كه از جانب خداي عزوجل واجب شده است كه افعال و اذكار آن نيز تعبدي است كه واجب است از جانب خداي عزوجل تعيين و از جانب پيامبر اكرم صلي الله عليه وآله و سلم تبيين گردد همانگونه كه در حديث نبوي آمده است :

Kita tahu bahawa solat adalah urusan ibadah yang diwajibkan oleh Allah (s.w.t). Amalan dan bacaannya juga dikira ibadah sebagaimana yang Allah perintahkan melalui penjelasan-penjelasan daripada Nabi (s.a.w). Ini lah yang termaktub di dalam hadis nabawi:

قال رسول الله صلي الله عليه و آله و سلم : صلوا کما رايتموني اصلي
صحيح البخاري ج 1 ص 155 , کتاب الاذان باب الاذان للمسافر اذا کان جماعة ....

Rasulullah (s.a.w) bersabda: Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat. - Sahih Al-Bukhari, jilid 1 halaman 155, Kitab Al-Adzan Lil Musafir Iza Kana Jamaʻah…

Nawawi berkata dalam syarah hadis ini:

و هذا مقتضي وجوب کل ما فعله النبي صلي الله عليه و سلم الا ما خرج وجوبه بدليل کرفع اليدين و نحوه.
المجموع ج 3 ص 290 .

Riwayat ini menyakatan kewajipan mengikuti apa yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w) kecuali perbuatan yang diwajibkan dengan dalil misalannya mengangkat kedua-dua tangan dan yang sepertinya. - Al-Majmuʻ, jilid 3 halaman 290.

Dengan mengamati perkara-perkara yang diterangkan di atas, jelas bahawa tidak berasasnya dakwaan solat dengan tangan bersedekap sebagai salah satu penghormatan dan kekhusukan yang lebih kepada Allah (s.w.t). Bahkan ia menjadi bidʻah dengan makna menafikan ilmu nabi tentang persoalan mengerjakan solat, atau meremehkan ajaran nabi. Jikalaulah ada cara untuk menjadi lebih khusyuk dalam solat, maka sudah tentu ianya diajar oleh Rasulullah (s.a.w) dengan perintah daripada Allah (s.w.t) demi kemaslahatan umatnya. Baginda sendiri juga lebih tahu perintah Allah kepada pengikutnya.

Solat dengan tangan lurus menurut kitab-kitab Ahlusunnah Wal Jamaʻah.

Jikalaulah kita mengabaikan dalil-dalil solat dengan tangan lurus melalui riwayat-riwayat  Syiah, kita akan dapati terdapat juga riwayat-riwayat Ahlusunnah yang menceritakan bahawa Nabi (s.a.w) solat dengan tangan lurus. Cukuplah satu riwayat disebutkan di sini:

 روى محمد بن عمر وابن عطاء قال : سمعت أبا حميد الساعدي في عشرة من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم منهم أبو قتادة فقال أبو حميد : أنا أعلمكم بصلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا : فأعرض قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة يرفع يديه حتى يحاذي بهما منكبيه ثم يكبر حتى يقر كل عظم في موضعه معتدلا ثم يقرأ ثم يكبر فيرفع يديه حتى يحاذي بهما منكبيه ثم يركع ويضع راحتيه على ركبتيه ثم يعتدل فلا يصوب رأسه ولا يقنعه ثم يرفع رأسه ويقول سمع الله لمن حمده ثم يرفع يديه حتى يحاذي منكبيه معتدلا ثم يقول : الله أكبر ثم يهوي إلى الأرض فيجافي يديه عن جنبيه ثم يرفع رأسه ويثني رجله اليسرى فيقعد عليها ويفتح أصابع رجليه إذا سجد ويسجد ثم يقول الله أكبر ويرفع ويثني رجله اليسرى فيقعد عليها حتى يرجع كل عظم إلى موضعه ثم يصنع في الأخرى مثل ذلك ....قالوا : صدقت هكذا كان يصلي صلى الله عليه وسلم.
سنن ابن ماجة ، ج 1، ص 280 ، سنن أبي داود، ج 1، ص 170 كتاب الصلاه باب استفتاح الصلاه ، سنن الترمذي، ج 1، ص   188 باب ما جا في وصف الصلاه ، مسند أحمد  ج 5، ص 424، سنن الدارمي ، ج 1، ص 314 كتاب الصلاة باب صفة صلاة رسول الله ، السنن الكبرى للبيهقي، ج 2، ص 72 ، عمدة القاري، ج 6، ص 104 ‘ صحيح ابن حبان ج 5 ص 196...

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Umar dan Ibnu 'Atha' yang berkata: Aku mendengar Abu Hamid Al-Sa'idi mendengar daripada sepuluh orang yang terdiri daripada kalanagn sahabat nabi berkata (salah seorangnya ialah Abu Qatadah), Abu Hamis berkata: Aku lebih tahu tentang solat Rasulullah (s.a.w) daripada kalian. Mereka berkata: Jelaskan (tentang solat itu). Beliau berkata: Apabila Rasulullah (s.a.w) menunaikan solat, baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga ke paras telinga, kemudian baginda bertakbir dan meletakkan anggota badannya di posisinya secara seimbang, kemudian baginda membaca surah Al-Fatihah.

Kemudian baginda bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya sehingga di paras telinga, kemudian baginda rukuk dan meletakkan kedua tapak tangannya atas lutut kemudian bertenang sebentar tanpa mengangkat kepadanya atau menundukkannya. Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan mengucapkan Sami'allahu Li Man Hamidah. Kemudian baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga ke paras telinga dan berkata: Allahuakbar. Setelah itu baginda turun ke bumi dan meletakkan kedua-dua tapak tangannya di sisi baginda. Selepas itu baginda bangun dan melipatkan kaki kirinya dan duduk di atasnya. Baginda membuka jari-jari kedua-dua kakinya ketika hendak sujud, kemudian baginda bersujud. Setelah itu baginda berkata Allahuakbar, dan mengangkat dan melipatkan kaki kirinya, lalu baginda duduk di atasnya sehingga anggota kembali berada di posisinya. Seterusnya baginda melakukan hal yang sama seperti itu... Maka mereka berkata: Engkau berkata benar, begitulah solat Nabi (s.a.w).

Imam Malik menukilkannya di dalam Al-Muwatta', begitu juga Abu Daud. Tarmizi pula mengatakan tentang hadis ini sebagai: Hadis Hasan Sahih.

Al-Bukhari juga turut menukilkan hadis ini secara ringkas. Sila rujuk dalam Sahih Al-Bukhari, jilis 1 halaman 201, Kitab Solat, Bab Sunnah Al-Julus Fi Tasyahhud.

 قال الشوكاني: رواه الخمسة إلا النسائي ، وصححه الترمذي ، ورواه البخاري مختصرا.
نيل الأوطار، ج 2، ص 198.

Al- Syaukani berkata: Diriwayatkan oleh lima orang (daripada pengarang kitab Sahih Sittah) kecuali Al-Nasa’i, dan disahihkan oleh Tarmizi, diriwayatkan juga oleh Al-Bukhari secara ringkas. - Nail Al-Awthar, jilid 2 halaman 198.

 قال ابن حجر: رواه أبو داود والترمذي وصحّحه.
ابن حجر مي گويد: اين روايت را ابوداوود و ترمذي نقل كرده اند و ترمذي آن را صحيح دانسته است.
تلخيص الحبير، ج 3، ص 271 - 272.


Ibnu Hajar berkata: Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Tarmizi mensahihkannya. - Talkhis Al-Khabir, jilid 3 halaman 271-272.

Riwayat ini membawa maksud bahawa sahabat nabi menceritakan bagaimana solat baginda (s.a.w) tanpa menyebut perihal meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri. Oleh itu, dengan hadis sahih daripada Rasulullah (s.a.w) ini jelaslah bahawa amalan pengikut mazhab Syiah dan pengikut mazhab Maliki daripada golongan Ahlusunnah Wal Jamaʻah mengamalkan sunnah nabi dalam perkara meluruskan tangan ketika qiyam. Dengan ini mazhab-mazhab yang lain hendaklah menjawab mengapakah mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan sunnah Nabi (s.a.w)?. Cukuplah dengan menyebut salah satu riwayat tersebut kerana masalah ini adalah jelas kesepakatannya di dalam mazhab Syiah tanpa ada pandangan yang berbeza terhadap masalah ini.

Ke-enam

Andainya benar bahawa Nabi (s.a.w) mengarahkan solat dengan tangan bersedekap. Maka persoalan yang timbul bagaimanakah tatacara takattuf nabi? Mari kita sama-sama menyemak pandangan para Imam empat mazhab tentang perkara ini:


الحنفية قالوا : كيفيته تختلف باختلاف المصلي . فإن كان رجلا فيسن في حقه أن يضع باطن كفه اليمنى على ظاهر كف اليسرى محلقا بالخنصر والإبهام على الرسغ تحت سرته . وإن كانت امرأة فيسن لها أن تضع يديها على صدرها من غير تحليق

Al-Hanafi berkata: Tatacara melakukannya berbeza di kalangan orang yang menunaikan solat. Jikalau lelaki lebih baik ia meletakkan tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri, iaitu dengan jari tengah dan ibu jari di atas pergelangan tangan, dan posisi tangan tersebut berada di pusatnya. Jikalau perempuan pula, lebih baik ia meletakkan kedua-dua tangannya di atas dada, tanpa terlalu tinggi.

الحنابلة قالوا : السنة للرجل والمرأة أن يضع باطن يده اليمنى على ظهر يده اليسرى ويجعلها تحت سرته

Pengikut mazhab Hanbali berkata: Sunat bagi lelaki dan perempuan meletakakkan tapak tangan kanannya di atas belakang tangan kiri dan kedua-duanya pada posisi bawah pusat.

الشافعية قالوا : السنة للرجل والمرأة وضع بطن كف اليد اليمنى على ظهر كف اليسرى تحت صدره وفوق سرته مما يلي جانبه الأيسر .
الفقه علي المذاهب الاربعة ج 1 ص 251 ،‌ كتاب الصلاة با ب وضع اليد اليمني علي اليسري في الصلاة ، الفقه علي المذاهب الاربعه ج 1 ص 285 المكتبة الشاملة اصدار اول .

Pengikut mazhab Syafiʻi berkata: Sunat bagi lelaki dan perempuan meletakkan telapak tangan kanan di atas belakang tapak tangan kiri di bawah dadanya, dan di atas pusatnya dengan kedudukannya ke arah kiri sedikit. - Al-Fiqh ʻAla Al-Mazahib Al-Arbaʻah, jilid 1 halaman 251, Kitab Al-Solat Bab Wadʻ Al-Yad Al-Yumnā ‘Ala Al-Yusra Fi Solat; Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arbaʻah, jilid 1 halaman 285, Software Maktabah Al-Syamilah keluaran pertama.

Persoalan yang ditimbul di minda kita kali ini ialah, yang mana satu pendapat mazhab-mazhab tersebut mengikuti solat Nabi (s.a.w)? Apakah di bawah pusat yang benar atau di atas pusat? atau juga di atas dada?

Di sini kelihatan terdapat perselisihan di mana sebahagian ulama besar Ahlusunnah Wal Jamaʻah menjadi ejekan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Antara contohnya ialah kata-kata Imam Al-Syafiʻi yang melanjutkan penerangannya bahawa meletakkan tangan di bawah pusat sebagai isyarat kepada aurat, manakala meletakkan tangan di atas dada adalah menjaga Iman dalam solat:

وعند الشافعي رضى الله تعالى عنه الأفضل أن يضع يديه على الصدر لقوله تعالى فصل لربك وانحر قيل المراد منه وضع اليمين على الشمال على النحر وهو الصدر ولأنه موضع نور الايمان فحفظه بيده في الصلاة أولى من الإشارة إلى العورة بالوضع تحت السرة وهو أقرب إلى الخشوع والخشوع زينة الصلاة
المبسوط - السرخسي - ج 1 - ص 24

Di sisi Imam Al-Syafiʻi (r.a), yang lebih baik ialah meletakkan tangannya ke atas dada dengan firman Allah (s.w.t): فصل لربك وانحر (Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban) , dikatakan bahawa maksudnya ialah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, tempat sembelihan pula ialah di atas paras dada. Ini disebabkan Nur Iman terletak pada dada dan ia dijaga dengan tangan di dalam solat yang mana ia lebih baik dari menunjukkan kepada aurat yang terletak di bawah pusat, ianya juga lebih dekat dengan khusyuk di mana khusyuk itu adalah perhiasan solat. - Al-Mabsut Al-Sarakhsi, jilid 1 halaman 24.

Walau bagaimana pun terdapat dua persoalan yang terlintas di pemikiran pembaca, iaitu apakah iman dapat disentuh sehingga ia perlu dijaga? persoalan ke-dua ialah sila terangkan bagaimanakah caranya kita ingin menjaga iman jikalau kita tidak berada dalam posisi solat?

Menjaga aurat dengan meletakkan telapak tangan di bawah pusat ketika solat

Al-Bahuti menukilkan daripada Al-Qadi, bahawa tangan hendaklah diletakkan di bawah pusat ketika solat supaya dapat menjaga aurat. Kemungkinan besar maksudnya ialah berjaga-jaga dari mara bahaya:

قيل للقاضي : هو عورة فلا يضعها عليه كالعانة والفخذ ؟ وأجاب : بأن العورة أولى وأبلغ بالوضع عليه لحفظه .
كشاف القناع - البهوتي - ج 1 - ص 400

Telah dikatakan kepada Al-Qadi: Oleh kerana pusat adalah aurat, maka tidak sepatutnya meletakkan tangan di atasnya seperti Al-ʻAnah (bahagian di atas aurat) dan paha? Dan Jawapannya: Sesungguhnya aurat itu penting sehingga diletakkan tangan di atasnya adalah kerana untuk menjaganya. - Kashaf Al-Qina, Al-Bahuti, jilid 1 halaman 400.

Al-Sarakhsi percaya bahawa tangan hendaklah diletakkan di bawah pusat dan amalan ini mempunyai dua khasiat:

Yang pertama ialah menyamakannya dengan perbuatan orang kafir, dan yang ke-dua ialah lebih dekat dengan penutupan aurat seperti mana yang dapat diamati dalam tulisan Al-Sarakhsi:

... ثم الوضع تحت السرة أبعد عن التشبه بأهل الكتاب وأقرب إلى ستر العورة فكان أولى ...
... بنابر اين قراد دادن دستها زير ناف از شبيه شدن به اهل كتاب دورتر و به پوشاندن عورت نزديكتر است  پس بهتر است...
المبسوط - السرخسي - ج 1 - ص 24

Kemudian perletakan tangan di bawah pusat bertujuan menghindari dari persamaan dengan Ahli Kitab dan lebih dekat dengan penutupan aurat, maka ia (amalan meletakkan tangan) lebih baik. - AlSarakhsi, Al-Mabsut, jilid 1 halaman 24.

Fatwa daripada Majlis Fatwa Saudi

Kadangkala kelihatan penduduk Sunni di kota-kota Syiah cuba menghindari dari menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid Syiah, dan sebabnya ialah imam jemaah tidak solat secara tangan bersedekap, dan mereka (Sunni) merasakan susah hati apabila solat dalam keadaan meluruskan tangan. Oleh kerana itu, kami berharap kawan-kawan daripada Majlis Fatwa Tertinggi Saudi menjawab persoalan ini, iaitu tentang tidak bersolat di masjid-masjid yang terhalang dari mendakapkan tangan ketika mereka bersolat:

إن اعترض عليه المصلون بالمسجد وخشي أن تحدث فتنة من وضع يده اليمنى على اليسرى في الصلاة وأن ينشأ عن ذلك ضرر، ترك القبض أرسل يديه اتقاء للفتنة والضرر ، ولا يجوز له أن يتخلف عن الجماعة ويصلي  في بيته ما دام الإمام لا يعرف عنه ما يوجب كفره ؛ لأن الصلاة مع الجماعة في المسجد فرض على الصحيح ، وبهذا يعرف أن من يصلي واضعا يده اليمنى فوق اليسرى فوق صدره خير وأحسن صلاة ممن يصلي مرسلا يديه إلى جنبيه مع كون صلاتهم جميعا صحيحة .
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم . اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء عضو نائب رئيس الجنة الرئيس عبد الله بن غديان عبد الرزاق عفيفي عبد العزيز بن عبد الله بن باز
فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء - جمع أحمد بن عبد الرزاق الدويش - ج 6 - ص 383 – 384.

Andainya orang yang menunaikan solat di dalam masjid memprotes, dan jikalau ia khuatir dengan solat secara bersedekap tangan dalam solat boleh menimbulkan fitnah dan bahaya, hendaklah ia meninggalkan sedekap dan meluruskan tangannya demi mengatasi fitnah dan bahaya, dan tidak dibenarkan bertindak bertentangan dengan jemaah iaitu solat dirumah selagi tidak diketahui apa yang menyebabkan kekafiran imam itu. Ini disebabkan solat berjemaah di masjid adalah wajib menurut pandangan yang sahih dalam keadaan ia tahu, barangsiapa yang solat dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri pada posisi atas dadanya adalah lebih baik daripada solat orang yang meluruskan kedua tangan di sisinya. Hakikatnya solat mereka semua adalah sah. - Fatawa Al-Lujnah Al-Da’imah Lilbuhuth Wa Al-Ifta’, jilid 6 halaman 383-384.

Noktah terakhir:

Tidak mungkin khusyuk dan penghormatan dapat bertambah hanya dengan tangan bersedekap dengan tangan kerana penduduk dunia ini hidup dalam berbagai latar belakang, sosio budaya, adat resam, bahasa dan geografi yang berbeza. Maka setiap tempat mempunyai cara tersendiri dalam menentukan satu jenis khusyuk dan penghormatan. Contohnya cara penghormatan terhadap raja tempatan tidak sama di semua tempat. Jikalau sedekap tangan di dalam solat dibenarkan berasaskan memberi penghormatan, maka tempat lain pasti mempunyai adat tersendiri. Mungkinkah orang yang menunaikan solat di tempat lain dapat menggunakan budaya mereka sendiri dalam menambahkan kekhusyukan atau penghormatan? Jikalau setiap orang melakukannya, apakah gunanya perintah Allah dalam mengikuti solat, adab dan hukum hakamnya seperti yang ditunjukkan Rasul-Nya?

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini