Korban Bahrain semakin bertambah + Gambar
Kod: 305681 Tanggal: 2012/03/31 - 23:04Sumber: Eksklusif ABNAprint

Korban Bahrain semakin bertambah + Gambar


 Korban Bahrain semakin bertambah + Gambar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Keberanian rakyat Bahrain memperjuangkan revolusi hingga ke hari ini sudah memakan korban seramai 82 orang. Terbaru regim Al Khalifah telah menembak seorang pemuda pada hari Jumaat kelmarin 30-03-2012.

Ahmad Ismail Hasan, 22 tahun terkena tembakan polis regim petang kelmarin dan akhirnya meninggal dunia pagi tadi akibat kecederaan yang dialaminya.

Selain itu media tempatan Bahrain turut menyingkap kematian seorang warga emas kira-kira sebulan lalu, namun kematiannya tidak didedahkan. Menurut sumber berita tersebut, Haji Husain Majid Hasan Al-Majid, 70 tahun, dari Dimastan, meninggal dunia akibat terhidu gas beracun.

Anak-anak beliau memaklumkan ayah mereka tidak mengidap penyakit jantung atau masalah pernafasan. Namun beliau meninggal akibat terhidu gas beracun yang dilepaskan ke kawasan perumahan awam tiga bulan sebelumnya.

Beliau ditahan selama seminggu di hospital namun kesihatannya tidak bertambah baik. Oleh kerana keadaannya bertambah parah, beliau ditukar ke hospital lain sehingga ke tarikh 8-2-2012.

Sejak hari tersebut beliau terlantar di hospital selama 35 hari dan meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

Perarakan dan pengkebumian jenazah Haji Husain Majid Hasan Al-Majid.


Solat jenazah Haji Husain.

Perarakan jenazah turut diserang polis Bahrain.

..............................

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini