| Kod: 306730 | Tanggal: 2012/04/06 - 08:18 | Sumber: ABNA.co | print |
Misi damai Bashar Assad; Amerika dan Arab tidak berpuas hati dengan pelan damai Syria |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Meskipun Bashar Assad mula melaksanakan pelan damai yang diusulkan Kofi Annan, paksi Arab-Barat kelihatan masih belum merestuinya. Hingga hari ini negara-negara anti-Syria ini secara diam-diam berusaha menggagalkan pelan damai tersebut.
Jurucakap Liga Arab dan PBB kelmarin mengumumkan seorang general akan dilantik sebagai pemerhati Antarabangsa untuk Syria. Ahmad Fauzi selaku jurucakap Kofi Annan menyatakan, kemungkinan General Robert Mood diberi tanggung jawab ini.
Sementara itu Amerika Syarikat mengeluarkan amaran keras atas sikap Syria yang didakwa kononnya masih melakukan penyerangan terhadap pengganas tajaan Arab-Barat. Meskipun begitu Kementerian Luar Russia mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Syria mengemukakan 6 fasa pengunduran askarnya dari kota-kota yang di kuasainya dalam tempoh seminggu berdasarkan usulan Kofi Annan.
Televisyen Al-'Alam pula melaporkan pertempuran sengit masih berlangsung di antara askar Syria dan kumpulan pengganas di beberapa wilayah.
Pasukan polis di wilayah Homs menemui sebuah kenderaan yang dipasang mortar. Kenderaan tersebut sebelum ini dicuri daripada pejabat komunikasi.