Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua pegawai askar Iraq, Abbas Tamimi memaklumkan pihak berkuasa berjaya menemui sarang persembunyian pengganas yang bernama Abdul Sattar di wilayah Sa'diyah, kota Diyali.
Beliau terkenal dalam peristiwa membunuh 21 pengikut mazhab Syiah dan membakar mayat mereka di wilayah Nubai, Utara Iraq suatu ketika dahulu.
Berdasar maklumat, pihak berkuasa Iraq mengepung rumahnya. Akhirnya Abdul Sattar bertindak nekad membunuh diri dengan meletupkan bom bersama seluruh anggota keluarganya. Rumahnya ranap sama sekali dan antara yang ditemui mati ialah anak-anak Sattar beusia 5 dan 15 tahun.
Menurut General Ahmad Jiburi, bom meletup sebelum askar Iraq memasuki rumah. Tidak seorangpun askar yang cedera.
Negara Iraq sejak beberapa tahun ini menyaksikan pembunuhan kejam masyarakat Syiah di tangan saki baki pengikut setia parti Ba'ath dan kumpulan pengganas. Serangan ini sentiasa didukung dan dibekalkan senjata oleh negara-negara Arab seperti Saudi dan Qatar. Selain serangan, pengganas turut cuba mencetuskan perang saudara antara Sunni dan Syiah.