Ketua polis Emirates seru bantu kekejaman di Bahrain
Kod: 311098 Tanggal: 2012/04/25 - 22:21Sumber: ابناprint

Ketua polis Emirates seru bantu kekejaman di Bahrain

Left. Gen. Dhahi Khalfan memperalatkan termakata Sunni untuk membantu kekejaman Al Khalifah 

 Ketua polis Emirates seru bantu kekejaman di Bahrain

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim dalam Twitternya mengusulkan regim Al Khalifah agar membentuk sebuah pasukan relawan daripada Ahlusunnah untuk menyuraikan tunjuk perasaan rakyat Bahrain.

Usulan berbaur sentimen mazhab ini menyebabkan kemarahan pejuang-pejuang revolusi Bahrain dan penduduk rantau tersebut yang dianggap cuba mencetuskan perang saudara antara Syiah dan Sunni yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai.

Left. Gen. Dhahi meluahkan rasa kebencian terhadap revolusi ini dengan memperalatkan termakata 'Sunni' setelah setahun lamanya kerajaan Saudi membantu regim Al Khalifah untuk melakukan kezaliman terhadap penunjuk perasaan.

Tindakan ketua polis ini menimbulkan tanda tanya, apakah permohonannya untuk memerangi Syiah di Bahrain (seperti yang dinyatakannya) bermaksud telah bermula kerjasama antara polis Emirates dan regim Al Khalifah untuk melanggar hak asasi manusia?

Khalfan di dalam Twitternya menyatakan:

Saya mengusulkan agar kerajaan Bahrain mengambil pasukan sukarela daripada Ahlusunnah Teluk untuk  melibatkan diri dalam pasukan anti-rusuhan dalam mempertahankan keamanan.

 



Komen Pembaca

- [Badrul] UAE kuda tunggangan USA sengaja mempertikaikan kepulauan stategik Abu Musa dan sekitarnya yang menjadi hak berzaman Iran sudahpun termaktub dalam piagam antarabangsa. Pemerintah Bahrain+Arab Saudi+UAE kerajaan boneka USA sudah tentunya ditolak oleh masyarakat islam tak kira Sunni atau Syiah kerana Islam tidak membenarkan tangan-tangan kotor kafir mencorakkan negara penduduk islam majoriti di Timur Tengah atas kepentingan Zionis dan tembolok pemerintah monarki dengan cara menginjaki Islam.Kebangkitan Islam TT berlaku sekarang adalah di negara majoriti Sunni dan Syiah.Inilah bukti penyatuan Islam bila hak kemanusiaan diabaikan kerana Allah SWT mencipta manusia untuk mengenalNya dan supaya mencapai kesempurnaan. Imam Khomeini ra mengatakan, kami bersama orang-orang tertindas di dunia dan mendampingi mereka semua serta mengutuk semua arogan dunia.
Sekali lagi, negara pemerintah bermazhab wahabi sekitar teluk cuba memecahbelah islam supaya berlakunya sectarian strife. Misi mereka pecahbelah melemahkan Islam, suvivability kerajaan monarki dapat dilanjutkan serta dasar Amerika dan keinginan Zionis di TT dapat dipenuhi.



E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini