| Kod: 311104 | Tanggal: 2012/04/25 - 23:12 | Sumber: ABNA.co | print |
Protes penangkapan aktivis Mesir; Rakyat Mesir anjur Demontrasi anti-Saudi |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ratusan rakyat Mesir menyertai demonstrasi anti-Saudi di hadapan kedutaan negara tersebut di Kaherah untuk menuntut pembebasan seorang aktivis Mesir yang bernama Ahmad Aljizawi atas tuduhan menghina Raja Saudi.
Penduduk Mesir di kota Suez juga turut berhimpun di hadapan konsulat Saudi sambil mengutuk penangkapan tersebut.
Jizawi dikatakan ditangkap olah polis Saudi ketika berada di negara tersebut dalam rangka mengerjakan manasik haji dan umrah.
Salah seorang aktivis Mesir berkata, "Saudi menangkap Jizawi atas alasan kononnya beliau telah menghina Raja Arab Saudi yang boleh dihukum penjara setahun dan 20 kali sebatan."
Sementara itu duta Saudi di Kaherah, Ahmad Abdul Aziz Qattan mendakwa Al-Jizawi ditangkap kerana membawa dadah.