Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Mohammad Emami Kashani mencadangkan hadis-hadis Syiah mengenai ayat-ayat Al-Quran diterjemahkan untuk diperkenalkan ke negara-negara Islam.
Beliau berkata demikian kepada wartawan International Quran News Agency (IQNA) sambil menegaskan memperluaskan terjemahan dan pembukuan hadis-hadis tersebut merupakan sebuah aktiviti jihad.
Mohammad Emami Kashani turut menegaskan betapa pentingnya terjemahan Al-Quran kepada beberapa bahasa seperti Urdu dan Inggeris serta dicetak dalam negara-negara Islam.
Merujuk kepada terjemahan kualiti terjemahan dan penafsiran Al-Quran, beliau berkata terjemahan yang lebih mudah dibaca sangat membantu masyarakat memahaminya terutama sekali di kalangan golongan muda.