| Kod: 314482 | Tanggal: 2012/05/11 - 21:12 | Sumber: IRNA | print |
Ayatullah Kashani; Barat harus jujur dan rasional tentang nuklear |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Barat sepatutnya jujur dan rasional dalam perundingan nuklear kata khatib solat Jumaat, Ayatullah Muhammad Emami Kashani.
Merujuk kepada keputusan ketua negara Iran Ayatullah Sayed Ali Khamenei yang melarang pengeluaran senjata nuklear, Ayatullah Kashani meminta Barat bersikap rasional dalam perundingan antara Iran dan G5 kelak.
"Barat termasuk Amerika hendaklah menunjukkan kejujuran dan menyingkirkan kedua-dua unilateral dan sekatan perdagangan terhadap Tehran. Bangsa Iran menurutnya masih bersatu padu dan sekatan itu tidak akan memberi kesan terhadap komitmen mereka dalam menuntut hak," ujar ulama tersebut.
Mengenai layanan buruk beberapa negara terhadap penunjuk perasaan di Timur Tengah dan Utara Afrika, khatib solat Jumaat ini menegaskan Iran sentiasa menyokong orang yang ditindas di peringkat global demi menjayakan gerakan kesedaran Islam di dunia Islam.
Iran dan enam kuasa besar dunia menyambung rundingan di Istanbul pada 14 April lalu setelah perbincangan mengenai kes nuklear terhenti.
Sa'eid Jalili telah mewakili pihak Tehran manakala Catherine Ashton selaku Ketua Dasar Hal Ehwal Kesatuan Eropah memimpin sejumlah deligasi kuasa besar dunia dalam rundingan tersebut.
Jalili berkata setelah dua pusingan, rundingan menghasilkan kata sepakat bahawa pertemuan akan datang mengenai kerjasama Iran-kuasa besar dunia hendaklah memberikan tumpuan tentang penarikan balik sekatan dagang terhadap Iran oleh enam negara Eropah.
"Adalah sangat penting kerjasama (akan datang) memerlukan langkah timbal balik, iaitu kepercayaan bangsa kita hendaklah membina jalan perundingan dan kerjasama," kata Jalili kepada wartawan dalam sebuah sidang media setekah mesyuarat ke-dua bersama wakil G5+1 di Istanbul.
"Kami sangat percaya bahawa penyingkiran sekatan dagang yang dituntut oleh bangsa Iran merupakan salah satu isu yang perlu di terima sebagai fokus dalam dialog dan kerjasama," tambah beliau lagi.
Tehran telah menyingkirkan desakan Barat sebagai tidak logik.
Satu hal yang perlu diambil perhatian ialah sejak awal 2011, dunia Islam telah menyaksikan kebangkitan dan revolusi yang pernah terjadi di Iran pada tahun 1979. Tunisia menyaksikan penggulingan Zine El Abidine Bin Ali dalam revolusi Januari yang diikuti penggulingan regim Hosni Mubarak di Mesir pada bulan Februari.
Protes dan demonstrasi menentang regim juga terjadi di Bahrain, Jordan, Kuwait, Libya, Arab Saudi dan Yaman yang mengiringi penyuraian tunjuk perasaan secara ganas demi menutup kritikan dari dalam negara.
Walau bagaimana pun Bahrain mempunyai rekod membunuh penunjuk perasaan yang bangkit sejak pertengahan Februari lalu.
Syria pula menyaksikan huru hara sejak pertengahan Mac yang didalangi oleh kumpulan lengkap bersenjata menentang pasukan keselamatannya di seluruh negara tersebut.
Ratusan orang termasuk anggota keselamatan telah terbunuh apabila beberapa demonstrasi bertukar menjadi pertempuran bersenjata.
Pihak kerajaan menyalahkan pelanggaran undang-undang, pembekalan senjata kepada kumpulan pengganas sambil menegaskan bahawa huru hara telah dicetuskan dari luar.
Dalam bulan oktober, keamanan akhirnya dipulihkan apabila presiden Bashar al-Assad mula melaksanakan inisiatif reformasi di dalam negara. Namun rancangan Amerika dan regim Zionis telah mencetuskan beberapa ketegangan baru di beberapa kawasan negara tersebut.
Dalam akidah Islam, Imam Mahdi diramalkan akan muncul membela Islam dan golongan ditindas dengan menguatkuasakan keadilan dan menghukum golongan yang zalim.