Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Muhammad Akhtari kelmarin (14-5-2012), dalam ucapan penutup Persidangan Risalah Dunia Islam menegaskan bahawa persidangan ini bukanlah menerangkan kedudukan rasmi Republik Islam Iran. Tambah beliau, "Ketika masalah-masalah terjadi di seluruh dunia, agama Islam akan menuruti dasar prinsip hak asasi manusia dan demokrasi selagi tidak bertentangan dengan neraca timbangan hukum syarak dan ushul Islam. Dengan berasaskan prinsip ini, dasar tidak masuk campur dalam hal ehwal negara lain dapat diterima sistem dan pemerintahan Islam.
Beliau menambah, "Republik Islam Iran menuruti prinsip. Manakala hak-hak orang ramai, kemerdekaan negara dan kebebasan mereka dihormati. Namun sebaik sahaja umat Islam diserang di berbagai rantau dunia, Islam tidak akan berdiam mengenai mereka tanpa pilih kasih. Republik Islam juga menganggap umat Islam sebagai umat yang satu. Oleh kerana itu dalam mempertahankan Islam dan umatnya, ia tidak mengenal adanya had sempadan."
Hujjatul Islam Akhtari menerangkan bahawa hari ini Amerika Syarikat membawa raganya ke dalam kebanyakan kawasan dunia demi menjaga kepentingannya. Kata beliau, "Prinsip demokrasi dan hak asasi manusia melalui kuasa angkuh dunia telah dibuat sebagai sebuah sistem dan hanya merekalah yang boleh mewujudkan keamanan serta perdamaian. Mereka masuk campur dalam urusan politik, sistem dan budaya dengan memperalatkan prinsip ini."
Beliau juga turut menyatakan bahawa ulama tidak perlukan hukum dan fatwa dalam membela Islam. Tambah beliau lagi, "Umat Islam adalah umat yang satu, setiap orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap muslim yang lain. Andainya Islam dalam bahaya di mana-mana belahan bumi, maka membelanya adalah tanggungjawab para ulama, umat Islam dan seluruh bangsa yang bebas di dunia."
Hujjatul Islam Akhtari menambah, "Memberi petunjuk, pedoman, menetapkan hukum dan menerangkan syarak bukanlah bermaksud masuk campur dalam urusan negara-negara dan masyarakat lain. Sebagaimana individu-individu boleh menyuarakan hak berasaskan prinsip kebebasan, seperti itu juga Islam dan hakim syar'i boleh memberi izin secara bebas kepada umat Islam agar dapat menerangkan hukum-hukum dan syariat."
Beliau menambah, "Ketika sebahagian negara-negara bertindak seperti menyakiti umat Islam, meruntuhkan masjid dan melukakan sensitiviti umat Islam, maka kaum muslimin juga dikatakan boleh mempunyai hak untuk bertindak menghadapi masalah ini."
Merujuk kepada sebahagian pihak pemerintah serantau yang bergantung kepada kuasa angkuh dunia dan sedang melakukan jenayah, setiap satu daripada mereka akan jatuh kelak. Beliau menambah, "Pihak pemerintah hendaklah tahu bahawa mereka tidak akan berjaya memerangi kehendak orang ramai yang berada di atas jalan agama. Ini disebabkan Islam dan janji Allah akan menjadi kenyataan. Kebangkitan Islam hanyalah sebahagian kecil daripada janji ini."
Setiausaha agung Majma' Ahlul Bait menjelaskan, "Pihak pemerintah semua negara perlu sedar betapa bernilainya memberi perhatian terhadap kehendak orang ramai. Mereka sepatutnya seiring dengan kehendak rakyat."