Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menjelang ulangtahun kesyahidan Imam Musa Al-Kazim, beberapa serangan bom pengganas menggegarkan bumi Iraq, hari ini.
Pagi tadi, kesan letupan bom disasarkan di jalan perarakan penziarah Imam al-Kazim dari arah Baghdad telah mengorbankan 9 orang dan mencederakan 37 yang lain.
Sumber rasmi kerajaan menyebut 16 bom jalanan dan 17 bom kereta telah diletupkan oleh militan di Hilla, Mosul, Karbala, Kirkuk, Baquba, Baghdad dan beberapa kawasan ibukota.
Serangan bom di wilayah Hilla Selatan Iraq pula telah mengorbankan 43 orang dan 150 cedera. Selain itu 3 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan di kota Karbala. Manakala di Kota Balad pula, 4 orang terbunuh dan 22 cedera.
Sehingga kini, belum ada laporan yang menyebut pembabitan korban dari warga asing.
Motif serangan dipercayai untuk menakut-nakutkan pengunjung menziarahi makam Imam Musa Al-Kazim.