Rakyat Mesir tolak sebarang kerjasama dengan Israel
Kod: 324876 Tanggal: 2012/06/26 - 13:52Sumber: ABNA.coprint

Rakyat Mesir tolak sebarang kerjasama dengan Israel


 Rakyat Mesir tolak sebarang kerjasama dengan Israel


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kebanyakan rakyat mesir menolak hubungan diplomatik antara Mesir dan regim Israel disamping menuntut pembatalan perjanjian Kem David yang ditandatangani Tel Aviv dan Kaherah pada tahun 1979.

Penganalisa politik, Kamel Wazni memberitahu agensi berita Prees TV pada hari Isnin lalu, "Kebanyakan rakyat Mesir menentang sebarang hubungan dengan Israel dan mereka juga menganggap Israel sebagai regim penjajah".

Beliau berkata demikian setelah calon Ikhwanul Muslimin diistiharkan memenangi pilihanraya presiden  pada hari Ahad lalu.

"Rakyat Mesir inginkan warga Palestin mempunyai hak yang sah di tanahair sendiri dan saya rasa jika Ikhwanul Muslimin ingin menjadi pemerintah yang sah, mereka perlu memenuhi permintaan rakyat Mesir." kata Wazni.

Tekanan dari pandangan rakyat mula memuncak apabila presiden baru Mesir menyatakan hasratnya untuk mengkaji semula perjanjian damai dengan regim Israel dan menarik kembali kesefahaman di Kem David.

"Saya tidak tahu sampai bila mereka akan mematuhi kesefahaman Kem David, mungkin hanya sekadar untuk peringkat awal sahaja, namun untuk jangka masa panjang mereka akan kehilangan kredibiliti dalam jatidiri Ikhwanul Muslimin."

Kejayaan calon Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya tersebut telah menyebabkan status hubungan Kaherah-Tel Aviv tidak jelas.

Para pegawai Israel melahirkan ketakutan sejak kemenangan Mursi yang boleh menggugat perjanjian dan hubungan bilateral yang dianggap penting oleh Tel Aviv.

Sementara itu media Israel menceritakan kemenangan Mursi sebagai berbahaya kepada kemajuan tel Aviv.

Muhammad Mursi meraih kemenangan dengan 13.2 juta undi dari 26 juta pungutan suara atau 51.7 peratus.

Sementara itu pesaing terdekatnya, Ahmad Shafiq selaku bekas perdana menteri era pemerintahan Hosni Mubarak hanya meraih 12.3 juta undi (48.3 peratus).

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini