| Kod: 327535 | Tanggal: 2012/07/08 - 05:13 | Sumber: ABNA.co | print |
Apakah hadis al-Thaqalayn menunjukkan kewujudan imam Mahdi (a.s)? |
Apakah hadis al-Thaqalayn menunjukkan kewujudan imam Mahdi (a.s)?
Kewujudan Imam Mahdi (a.s) telah dibuktikan dengan jelas di dalam ayat-ayat al-Quran, hadis nabi dan para imam maksum (a.s). Insyallah di dalam artikel lain perkara ini akan dibahaskan dari perspektif akal secara terperinci. Di dalam rencana ini kami akan berusaha meneliti kewujudan beliau dari hadis thaqalayn yang diterima kesahihannya oleh Syiah dan Ahlusunnah sehingga ke tahap yang mutawatir.
Untuk penerangan yang lebih jelas, lebih baik kami perjelaskan masalah kewujudan Imam Mahdi (a.s) ini secara ringkas tentang teks hadis Thaqalayn yang terkandung di dalam kitab paling muktabar Ahlusunnah, seterusnya pandangan ulama mereka dan bagaimanakah cara berdalil dengan riwayat ini.
Teks hadis Thaqalayn:
Teks hadis Thaqalayn telah dinukilkan dalam berbagai cara di mana kami akan membawanya dari kitab yang paling muktabar sahaja.
Ahmad bin Hanbal di dalam kitab Musnad dan Faḍa’il al-Ṣaḥābah telah membawa riwayat ini dengan berbagai lafaz:
1. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berharga, kedua-duanya tidak akan terpisah selama-lamanya:
Daripada Abū Saʻid Al-Khudrī dan Zayd bin Arqam:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي حدثنا أَسْوَدُ بن عَامِرٍ أخبرنا أبو إِسْرَائِيلَ يعني إِسْمَاعِيلَ بن أبي إِسْحَاقَ الملائي عن عَطِيةَ عن أبي سَعِيدٍ قال: قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: اني تَارِكٌ فِيكُمُ الثَّقَلَينِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إلى الأَرْضِ وعترتي أَهْلُ بيتي وانهما لَنْ يفْتَرِقَا حتى يرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ.
الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص14، ح11119، و ص371، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر؛
الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، فضائل الصحابة، ج2، ص779، تحقيق د. وصي الله محمد عباس، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1403هـ – 1983م.
Abū Saʻid Al-Khudrī berkata: RasuluLlah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga, salah satu daripada kedua nya lebih besar dari yang lain, iaitu kitab Allah, tali yang terbentang langit ke bumi, dan ʻitrahku Ahlul Bait, dan kedua-duanya tidak akan terpisah selama-lamanya sehingga bertemu denganku di telaga Al-Ḥauḍ.
Al-Shaybanī, Abū ʻAbduLlah Aḥmad bin Ḥanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 3 halaman 14, hadis 371 cetakan Mesir.
Al-Shaybanī, Abū ʻAbduLlah Aḥmad bin Ḥanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Faḍā’il Al-Ṣaḥābah, jilid 2 halaman 779, tahqīq Dr. WaliyuLlah Muḥammad ʻAbbās.
2. Aku tinggalkan kepada kalian dua khalifah, kedua-duanya tidak akan berpisah selama-lamanya:
Riwayat tersebut telah dinukilkan seperti berikut, dengan berbagai lafaz di dalam Musnad dan Faḍā’l Al-Ṣaḥābah, daripada Zayd bin Thabit:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا الأَسْوَدُ بن عَامِرٍ ثنا شَرِيكٌ عَنِ الرُّكَينِ عَنِ الْقَاسِم بن حَسَّانَ عن زَيدِ بن ثَابِتٍ قال: قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: انى تَارِكٌ فِيكُمْ خَلِيفَتَينِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ ما بين السَّمَاءِ وَالأَرْضِ أو ما بين السَّمَاءِ إلى الأَرْضِ وعترتي أَهْلُ بيتي وَإِنَّهُمَا لَنْ يتَفَرَّقَا حتى يرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ.
الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج5، ص181، ح21618، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر؛
الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، فضائل الصحابة، ج2، ص603، تحقيق د. وصي الله محمد عباس، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1403هـ – 1983م.
Zayd bin Thabit berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku tinggalkan kepada kalian dua khalifah, iaitu Kitab Allah, tali yang terbantang di antara langit dan bumi, dan ʻItrahku Ahlul Bait, dan kedua-duanya tidak akan berpisah selama-lamanya sehingga bertemu dengan ku kembali di telaga Al-Ḥauḍ. -Al-Shaybanī, Abū ʻAbduLlah Aḥmad bin Ḥanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 5 halaman 181, hadis 21618 cetakan Mesir; Al-Shaybanī, Abū ʻAbduLlah Aḥmad bin Ḥanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Faḍā’il Al-Ṣaḥābah, jilid 2 halaman 603, tahqīq Dr. WaliyuLlah Muḥammad ʻAbbās.
3. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian yang jika kalian berpegang dengannya… dua perkara berharga:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا بن نُمَيرٍ ثنا عبد الْمَلِكِ بن أبي سُلَيمَانَ عن عَطِيةَ العوفي عن أبي سَعِيدٍ الخدري قال قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اني قد تَرَكْتُ فِيكُمْ ما ان أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بعدي الثَّقَلَينِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إلى الأَرْضِ وعترتي أَهْلُ بيتي الا وانهما لَنْ يفْتَرِقَا حتى يرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ.
الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص59، ح11578، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر.
Diriwayatkan daripada Abū Saʻīd Al-Khudrī bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian, yang jikalau kamu berpegang padanya maka kalian tidak akan tersesat sepeninggalanku, iaitu dua perkara berharga, yang mana salah satunya adalah lebih besar dari yang lain iaitu kitab Allah Al-Quran sebagai tali yang terbentang daripada langit ke bumi, dan ʻItrah Ahlul Baitku, melainkan kedua-duanya tidak akan terpisah selama-lamanya sehingga bertemu denganku di telaga Al-Ḥauḍ. - Al-Shaybanī, Abū ʻAbduLlah Aḥmad bin Ḥanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 3 halaman 59, hadis 11578 cetakan Mesir.
Hadis ini juga dapat ditemui di dalam kitab sunan Al-Tarmidhī dan Al-Muʻjam Al-Kabīr.
Sebahagian riwayat yang lain menggunakan ayat “ما ان تمسكتم به” sebagai ganti “ما ان اخذتم به”
4. Tidak akan selesai sehingga bertemu denganku di telaga Al-Ḥauḍ:
Ṭabrānī di dalam membawa hadis ini melalui dua jalur:
حدثنا محمد بن الْفَضْلِ السَّقَطِي ثنا سَعِيدُ بن سُلَيمَانَ ح وَحَدَّثَنَا محمد بن عبد اللَّهِ الْحَضْرَمِي وَزَكَرِيا بن يحيى السَّاجِي قَالا ثنا نَصْرُ بن عبد الرحمن الْوَشَّاءُ ثنا زَيدُ بن الْحَسَنِ الأَنْمَاطِي ثنا مَعْرُوفُ بن خَرَّبُوذَ عن أبي الطُّفَيلِ عن حُذَيفَةَ بن أُسَيدٍ الْغِفَارِي أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم قال أَيهَا الناس إني فَرَطٌ لَكُمْ وَارِدُونَ عَلَي الْحَوْضَ حَوْضٌ أَعْرَضُ ما بين صَنْعَاءَ وَبُصْرَى فيه عَدَدُ النُّجُومِ قِدْحانٌ من فِضَّةٍ وَإِنِّي سَائِلُكُمْ حين تَرِدُونَ عَلَي عَنِ الثَّقَلَينِ فَانْظُرُوا كَيفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا السَّبَبُ الأَكْبَرُ كِتَابُ اللَّهِ عز وجل سَبَبٌ طَرَفُهُ بِيدِ اللَّهِ وَطَرَفُهُ بِأَيدِيكُمْ فاسْتَمْسِكُوا بِهِ وَلا تَضِلُّوا وَلا تُبَدِّلُوا وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيتِي فإنه قد نَبَّأَنِي اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ أَنَّهُمَا لَنْ ينْقَضِيا حتى يرِدَا عَلَي الْحَوْضَ.
الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الكبير، ج3، ص67، ح2683، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م.
Ḥuzaifah bin Asīd berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wahai sekalian manusia, aku akan mendahului kalian, dan kalian akan datang menjumpaiku di hauḍ, sebuah hauḍ yang lebih lebar dari kota Bushrā hingga kota Shanʻā’. Di dalamnya terdapat cawan-cawan perak sejumlah bintang di langit; Aku akan menanyai kalian ketika kalian menjumpaiku tentang dua pusaka, bagaimana perlakuakn kalian terhadapnya? Pusaka terbesar adalah Al-Qur’an: Kitabullah –Azza wa Jalla-, sebuah sebab yang satu hujungnya di tangan Allah –Taʻalā- dan satu hujungnya lainnya di tangan-tangan kalian. Maka berpegang teguhlah kepadanya, jangan menyimpang dan jangan merubah-rubah! Dan (pusaka kedua) itrah-ku yaitu Ahlulbaitku. Sesungguhnya Allah telah mengabarkan kepadaku bahwa keduanya tidak akan berakhir hingga menjumpaiku di hauḍ kelak. - Al-Ṭabrānī, Abul Qāsim Sulaymān bin Aḥmad bin Ayyāb (wafat tahun 360), Al-Muʻjam Al-Kabīr, jilid 3 halaman 67, hadis 2683
Ṭabrānī juga menukilkan hadis ini dengan sanad yang lain:
حدثنا محمد بن عبد الله الحضرمي وَزَكَرِيا بن يحيى السَّاجي قَالا ثنا نَصْرُ بن عبد الرحمن الْوَشَّاءُ؛ وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بن الْقَاسِمِ بن مُسَاوِرٍ الْجَوْهَرِي ثنا سَعِيدُ بن سُلَيمَانَ الْوَاسِطِي قَالا ثنا زَيدُ بن الْحَسَنِ الأَنْمَاطِي ثنا مَعْرُوفُ بن خَرَّبُوذَ عن أبي الطُّفَيلِ عن حُذَيفَةَ بن أُسَيدٍ الْغِفَارِي قال:...
الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الكبير، ج3، ص180، ح3052، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م.
Kemuktabaran hadis thaqalayn menurut ulama Ahlusunnah
Ramai ulama Ahlusunnah yang mengakui kemuktabaran hadis ini seperti:
1. Muḥammad bin ʻĪsa Tarmidhi
Tarmidhi menukilkan hadis ini daripada Zayd bin Thabit sambil mengatakan:
هذا حديث حسن غريب.
الترمذي السلمي، ابوعيسي محمد بن عيسي (متوفاى 279هـ)، سنن الترمذي، ج5، ص663، تحقيق: أحمد محمد شاكر وآخرون، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.
Hadis ini ḥasan gharīb, - Al-Tarmizi Al-Sulami, Abū ʻĪsā Muḥammad bin ʼĪsā (wafat tahun 279 hijrah), Sunan Al-Tarmizi, jilid 5 halaman 663.
2. Hakim Nishāburī
Hakīm di dalam kitab Mustadraknya menukilkan riwayat ini daripada Zayd bin Arqam yang berkata:
هذا حديث صحيح على شرط الشيخين و لم يخرجاه.
الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص160، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.
Hadis ini sahih menurut syarat Al-Bukharī dan Muslim, dan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Ḥākim Al-Nishābūrī, Abū ʻAbdiLlah Muḥammad bin ʻAbduLlah, (wafat tahun 405 Hijrah), Mustadrak ʻAla Al-Ṣaḥiḥayn, jilid 3 halaman 160.
3. Ibnu Kathir Dimashq
Ibnu Kathir Dimashq di dalam tafsirnya mengatakan:
وقد ثبت في الصحيح م 2408 أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في خطبة بغدير خم إن تارك فيكم الثقلين كتاب الله وعترتي وإنهما لم يفترقا حتى يردا علي الحوض.
ابن كثير الدمشقي، ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاى774هـ)، تفسير القرآن العظيم، ج4، ص114، ناشر: دار الفكر - بيروت – 1401هـ.
Telah disabitkan kesahihan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda di dalam khutbah Ghadir Khum: Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua perkara beharga, iaitu kitab Allah dan ʻItrahku, dan kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga bertemu denganku di Ḥauḍ - Ibnu Kathīr Al-Dimasyqī, Abū Al-Fida’ Ismāʻil bin ʻUmar al-Qurashi (wafat tahun 774 Hijrah), Tafsiīr Al-Qur’an Al-ʻAẓīm, jilid 4 halaman 114.
4. Abū Al-Ḥasan Haythamī:
Haythamī di dalam Majmaʻ Al-Zawā’id berdasarkan kemuktabaran sanad riwayat yang mengandungi lafaz Khalifatayn (خليفتين), beliau berterus terang mengatakan:
رواه أحمد وسنده جيد.
الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج9، ص163، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.
Diriwayatkan oleh Aḥmad bin Ḥanbal dan persanadannya adalah baik. - Al-Haythamī, Abul Ḥasan ʻAlī bin Abī Bakr (wafat tahun 807 Hijrah), Majmaʻ Al-Zawā’id Wa Al-Fawā’id, jilid 9 halaman 163.
Di tempat lain beliau mengatakan:
ورجاله ثقات.
الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج1، ص170، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.
Dan rijalnya adalah thīqah. - Al-Haythamī, Abu Al-Ḥasan ʻAlī bin Abī Bakr (wafat tahun 807 Hijrah), Majma’ Al-Zawā’id Wa Al-Fawā’id, jilid 1 halaman 170.
5. Sayuthi dan Muḥammad bin Yūsuf Ṣāliḥī Shamī
Kedua-dua ulama Ahlusunnah ini turut menukilkan kata-kata Tirmidhi dan Hakim bahawa hadis tersebut adalah Ḥasan dan Ṣaḥīḥ tanpa menolaknya.
وأخرج الترمذي وحسنه والحاكم وصححه عن زيد بن أرقم أن النبي صلى الله عليه وسلم قال (إني تارك فيكم الثقلين كتاب الله وأهل بيتي)
السيوطي، أبو الفضل جلال الدين عبد الرحمن أبي بكر (متوفاي 911هـ)، الخصائص الكبرى، ج2، ص466، دار النشر: دار الكتب العلمية - بيروت - 1405هـ - 1985م.
الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاى942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج11، ص6، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ.
Telah dikeluarkan oleh Tarmidhi dan menghasankannya, begitu juga Al-Ḥakim dan mensahihkannya daripada Zayd bin Arqam sesungguhnya Nabi (s.a.w) berkata: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkata yang berharga iaitu kitab Allah dan Ahlul Baitku. - Al-Suyūthi, Abul Al-Faḍl Jalāl Al-Dīn ʻAbd Al-Raḥman Abī Bakr (wafat tahun 911 Hijrah), Al-Khaṣā’iṣ Al-Kubrā, jilid 2 halaman 466; Al-Ṣaliḥī Al-Shāmī, Muḥammad bin Yūsuf (wafat tahun 942 Hijrah), Subulul Hudā Wal Rashād fi Sīrah Khayrul ʻIbād, jilid 11 halaman 6.
6. Ḥasan bin ʻAlī Al-Saqqaf
Sayyid Al-Saqqaf Al-Qurāshi di dalam kitab Sharah ʻAqīdah Ṭaḥāwiyyah berkata:
ورواه الترمذي (5 / 663 برقم 3788) بسند صحيح بلفظ: «إني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي، أحدهما أعظم من الآخر: كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض، وعترتي أهل بيتي، ولن يتفرقا حتى يردا على الحوض، فانظروا كيف تخلفوني فيهما».
السقاف القرشي الهاشمي، حسن بن علي (معاصر) صحيح شرح العقيدة الطحاوية أو المنهج الصحيح في فهم عقيدة أهل السنة والجماعة مع التنقيح، 654، ناشر: دار الإمام النووي - عمان – الأردن، الطبعة الأولى، 1416 - 1995 م.
Diriwayatkan oleh Tarmidhi jilid ke-5 halaman 663, hadis nombor 3788 dengan sanad yang sahih, dengan lafaz: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian, apa yang kalian berpegang dengannya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya sepeninggalanku kelak, salah satunya lebih agung dari yang lain, iaitu kitab Allah, tali yang terbentang dari langit hingga ke bumi, dan ʻItrahku Ahlul Bait. Lihatlah bagaimana keadaan kalian sepeninggalanku tentang kedua-duanya. - Al-Saqqāf Al-Qurashī Al-Haithami, Ḥasan bin ʻAlī, Sharah ʻAqīdah Ṭaḥāwiyyah Aw Manhāj Al-Ṣaḥīḥ Fī Fahm ʻAqīdah Ahlu Al-Sunnah Wal Jamāʻah Maʻa Al-Tanqīh, halaman 654.
6. Mufti Ahlusunnah, Al-Bānī
Albanī (wafat tahun 1420) yang digelar sebagai Amirul Mukminin Fil Ḥadīth dan Al-Bukhārī di zamannya turut menukilkan riwayat tersebut dan mensahihkannya di dalam kitab “Ṣaḥīḥ Al-Jāmiʻ Al-Ṣaghīr”, ḥadīth bernombor 2457.
Cukuplah sampai di sini pengakuan para ulama besar Ahlusunnah tentang riwayat tersebut.
Bagaimanakah cara berdalil atas kewujudan Imam Mahdi dengan riwayat ini.
Riwayat ini mempunyai berbagai noktah penting dan makna yang mendalam. Contohnya menyabitkan kehidupan Imam Zaman dan kesinambungan para Imam sehingga hari kiamat.
Pendalilan daripada ulama Syiah.
Salah seorang marjiʻ taqlid Syiah, AyātuLlah Al-ʻUzmā Waḥīd Al-Khurāsānī berkata tentang riwayat ini:
ومن الأدلة النقلية على ضرورة وجوده حديث الثقلين، فإن هذا الحديث المتفق على صحته عند الفريقين يدل على وجود إمام في كل زمان من أهل بيت النبوة (عليهم السلام) إلى يوم القيامة، لا يفترق عن القرآن، ولا يفترق القرآن عنه (لن يفترقا حتى يردا علي الحوض).
الخراساني، الشيخ وحيد (معاصر)، منهاج الصالحين، ج1، ص472.
Dan daripada dalil-dalil naqlī tentang kemestian wujudnya Imam Mahdi ialah hadis Al-Thaqalayn, sesungguhnya kesahihan hadis ini disepakati di sisi aliran Sunni dan Syiah tentang kewujudan Imam daripada Ahlul Bait Al-Nubuwwah (a.s) pada setiap zaman sehingga hari kiamat, ianya tidak berpisah dengan al-Qur’an, dan al-Qur’an tidak berpisah daripadanya (لن يفترقا حتى يردا علي الحوض) - Al-Khurāsānī, Al-Shaykh Waḥīd, Minhaj Al-Ṣāliḥīn, jilid 1 halaman 472.
Marjiʻ Taqlid, AyatuLlah Al-ʻUẓmā Ṣāfī Gulpayganī berkata:
Hadis Thaqalayn mempunyai enam noktah penting:
1. Kewajipan berpegang dengan al-Qur’an dan ʻItrah
2. Jalan keselamatan dari kesesatan dibataskan dengan pegangan al-Qur’an dan ʻItrah
3. Syarat keselamatan dari kesesatan ialah berpegang dengan al-Qur’an dan ʻItrah, bukan berpegang dengan salah satu daripadanya.
4. Kemaksuman Ahlul Bait dari sebarang kesalahan dan kesilapan.
5. ʻItrah adalah manusia yang paling mengetahui setelah Rasulullah
6. Bumi tidak pernah kosong dari kewujudan hujjah Ilahi
«(السادس) بقاء العترة الهادية إلى يوم القيامة، وعدم خلو الزمان من عالم من أهل البيت تكون أقواله حجة كالكتاب المجيد.»
Yang ke-enam ialah kekalnya ʻItrah pembimbing sampai hari kiamat, dan zaman tidak pernah kosong daripada orang yang berpengetahuan di kalangan Ahlul Bait yang mana ucapan mereka adalah hujjah seperti kitab al-Qur’an.
Setelah itu, untuk menyabitkan perkara ke-enam itu, beliau berdalil seperti berikut:
ويدل على ذلك أمور:
1 - قوله صلى الله عليه وآله «انى تارك فيكم الثقلين» وقوله «انى مخلف فيكم» وقوله «انى تارك فيكم خليفتين» وقوله «انى قد تركت فيكم» وقوله «انى قد خلفت فيكم الثقلين» فإنها تدل على أنه صلى الله عليه وآله ترك في أمته من يكون مرجعا في أمورهم وخليفته عليهم، وهو القرآن والعترة. ومن المعلوم ان احتياج الأمة اليهما ليس مختصا بزمان دون زمان، فلو لم يبق ما ترك في الأمة مدى الدهر لا يصدق عليه أنه ترك فيهم من يكون كذلك، وعليه فلا يصح صدور هذه التعابير والتصريحات منه. والفرق واضح بين أن يكون تاركا ومخلفا في الجميع ما ان تمسكوا به لن يضلوا أو في البعض، وهذه العبارات كلها صريحة في الأول دون الثاني.
2 - قوله صلى الله عليه وآله «ما ان تمسكتم به لن تضلوا» وقوله «ان تمسكتم بهما لن تضلوا» فان نفى الضلال على سبيل التأبيد ان تمسكوا بالثقلين لا يصح الا إذا كان ما يتمسك به باقيا متأبدا.
3 - قوله صلى الله عليه وآله «لن يفترقا حتى يردا علي الحوض» فإنه لو لم يكن في زمن من الأزمنة من هو عدل الكتاب وقرينه لزم افتراق كل منهما عن الاخر، وهذا ينافي ما هو صريح الحديث من كونهما عدلين وعدم افتراقهما ابدا.
4 - قوله صلى الله عليه وآله «لن ينقضيا حتى يردا علي الحوض» فإنه يدل على دوامهما وعدم انقضائهما ابدا.
الصافي، الشيخ لطف الله (معاصر)، أمان الأمة من الضلال والإختلاف، ص140، چاپخانه: العلمية – قم، الطبعة الأولى1397
Dan ianya menunjukkan perkara-perkara:
1. Sabda baginda (s.a.w), "انى تارك فيكم الثقلين", "انى مخلف فيكم", "انى تارك فيكم خليفتين", "انى قد تركت فيكم" dan "انى قد خلفت فيكم الثقلين", ianya menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w) meninggalkan pada ummatnya orang yang menjadi rujukan dalam urusan-urusan mereka dan khalifah ke atas mereka, itulah Al-Qur'an dan Itrah. Sudah diketahui bahawa umat memerlukan kedua-duanya bukan hanya untuk satu zaman tertentu sahaja. Oleh itu jika tidak ada tempat rujukan itu di kalangan umat dalam satu zaman maka tidak benarlah Nabi meninggalkan kepada mereka orang seperti itu, dan tidak sah tanggapan begini terhadap Rasulullah. Perbezaan jelas samada ucapan baginda (pertama): Aku tinggalkan demikian itu sehingga menjadi tempat rujukan dan khalifah dalam semua urusan di mana andainya kalian berpegang dengannya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, atau dikatakan (kedua): Aku tinggalkan demikian itu untuk dijadikan tempat rujukan dan khalifah dalam sebahagian urusan. Seluruh ucapan ini menjelaskan pada pernyataan pertama, bukan yang kedua.
2. Sabda Nabi (s.a.w): "ما ان تمسكتم به لن تضلوا", dan "ان تمسكتم بهما لن تضلوا" adalah menafikan kesesatan selama-lamanya jika kalian berpegang dengan dengan dua perkara berharga, ketika benar-benar berpegang maka ia berkekalan selama-lamanya.
3. Sabda Nabi (s.a.w): "لن يفترقا حتى يردا علي الحوض" menyatakan bahawa sekiranya tidak ada orang yang sama dengan al-Qur'an dan bertalian dengannya dalam salah satu zaman maka terjadilah perbezaan antara kedua-duanya. Ini menafikan apa yang diterangkan oleh hadis ini yang menjadikan persamaan dan tidak terpisah kedua-duanya.
4. Sabda Nabi (s.a.w): "لن ينقضيا حتى يردا علي الحوض" sesungguhnya ia menunjukkan kesinambungan tanpa berkesudahan kedua-duanya untuk selama-lamanya. - Al-Ṣāfī, Shaykh LutfuLlah, Amān Al-Ummah Min Al-Ḍalāl Wal Ikhtilāf, halaman 140.
AyatuLlah Sayyid ʻAlī Milānī berkata:
إن حديث الثقلين كما يدل على إمامة الأئمة الاثني عشر من أهل البيت عليهم السلام وإمامة علي عليه السلام بلا فصل بعد رسول الله، كذلك يدل على وجود الإمام الثاني عشر الحجة المنتظر وبقائه عجل الله تعالى ظهوره. وذلك لأن هذا الحديث يدل على عدم افتراق الكتاب والعترة إلى يوم القيامة وحتى الورود على الحوض، فكما أن القرآن باق إلى يوم القيامة فكذلك يجب وجود من يكون أهلا للتمسك والاقتداء به، وإماما للزمان وحجة للوقت من العترة الطاهرة إلى يوم القيامة.
الميلاني، السيد علي (معاصر)، نفحات الأزهار في خلاصة عبقات الانوار، ج2، ص262، چاپخانه: مهر، الطبعة الأولى:1414
Sebagaimana hadis Al-Thaqalayn menunjukkan kepimpinan para Imam dua belas daripada Ahlul Bait dan kepimpinan Ali (a.s) secara langsung setelah Rasulullah (s.a.w), sebagaimana itu juga ia menunjukkan tentang kewujudan Imam ke-dua belas Al-hujjah Al-Muntazar, dan menunjukkan kesinambungan beliau. Demikianlah hadis ini juga menunjukkan tiadanya perbezaan antara kitab dan 'Itrah hingga hari kiamat, dan sampai bertemu di Al-Hauḍ. Seperti mana Al-Qur'an berkekalan sampai hari kiamat maka wajiblah ada orang yang sepatutnya dipegang dan diikuti. Wajiblah juga ada orang yang menjadi imam untuk zaman dan Hujjah daripada Al-'Itrah yang suci sampai hari kiamat. - Al-Milāni, Sayyid ʻAlī, Nafaḥāt Al-Azhār Fī Khulāṣah ʻAbaqāt Al-Anwār, jilid 2 halaman 262.
Argumentasi ulama Ahlusunnah
Dengan kewujudan hadis ini, ulama Ahlusunnah juga turut menyedari kewujudan Imam Mahdi (a.s) di mana kami akan menunjukkan beberapa contohnya:
Munawī, merupakan salah seorang ulama Ahlusunnah menceritakan kata-kata ʻAllāmah Samhūdī dari kitab Jawāhir al-ʻAqdayn seperti berikut:
هذا الخبر يفهم وجود من يكون أهلا للتمسك به من أهل البيت والعترة الطاهرة في كل زمن إلى قيام الساعة حتى يتوجه الحث المذكور إلى التمسك به كما أن الكتاب كذلك فلذلك كانوا أمانا لأهل الأرض فإذا ذهبوا ذهب أهل الأرض
المناوي، محمد عبد الرؤوف بن علي بن زين العابدين (متوفاى 1031هـ)، فيض القدير شرح الجامع الصغير، ج3، ص15، ناشر: المكتبة التجارية - مصر، الطبعة: الأولى، 1356هـ.
Dapatlah difahami dengan hadis ini bahawa terdapat orang daripada kalangan Ahlul Bait dan ʻItrah suci yang patut dipegang pada setiap zaman, mereka itu wujud sampai hari kiamat, sehinggalah difahami apa yang disebutkan adalah berpegang dengannya sepertimana berpegang dengan kitab Al-Qur’an. Oleh itu Ahlul Bait ialah pengaman penduduk bumi, andainya mereka ini pergi nescaya binasalah penduduk bumi. - Al-Munāwī, Muḥammad ʻAbdul Ra’ūf bin ʻAlī bin Zayn Al-ʻĀbidīn (wafat tahun 1031 Hijrah), Fayḍ Al-Qadīr Sharḥ Al-Qadīr Al-jāmiʻ Al-Ṣaghīr, jilid 3 halaman 15.
Salah seorang ulama hadis Ahlusunnah bernama Ibnu Ḥajar Al-Haythamī berargumentasi tentang kewujudan Imam Mahdi setelah menukilkan riwayat tersebut:
والحاصل ان الحث وقع على التمسك بالكتاب والسنة وبالعلماء بهما من أهل البيت ويستفاد من مجموع ذلك بقاء الأمور الثلثة إلى قيام الساعة.
الهيثمي، ابوالعباس أحمد بن محمد بن علي ابن حجر (متوفاى973هـ)، الصواعق المحرقة علي أهل الرفض والضلال والزندقة، ج2، ص439، تحقيق عبد الرحمن بن عبد الله التركي - كامل محمد الخراط، ناشر: مؤسسة الرسالة - لبنان، الطبعة: الأولى، 1417هـ - 1997م.
Kesimpulannya, sesungguhnya apa yang dibawa oleh hadis: Berpegang dengan kitab Al-Qur’an, sunnah dan orang yang alim terhadap kedua-duanya daripada kalangan Ahlul Bait, dan yang dapat diperolehi daripada sejumlahnya itu (al-Qur’an, sunnah dan orang alim daripada kalangan Ahlul Bait) ialah pengekalan ketiga-tiganya sampai hari kiamat. - Al-Haythamī, Abul ʻAbbās bin Muḥammad bin ʻAlī Ibnu Ḥajar (wafat tahun 973), Al-Ṣawāʻiq Al-Muḥriqah ʻAla Ahl Al-Rafḍ Wa Al-Ḍalāl Wal Zindīq, jilid 2 halaman 439.
Setelah itu, beliau juga menukilkan riwayat yang lain tentang berpegang dengan Ahlul Bait:
وفي أحاديث الحث على التمسك بأهل البيت إشارةٌ إلى عدم انقطاع متأهل منهم للتمسك به إلى يوم القيامة، كما أنَّ الكتاب العزيز كذلك، ولهذا كانوا أماناً لأهل الأرض كما يأتي، ويشهد لذلك الخبر السابق في كل خلَفٍ من أمتي عدول من أهل بيتي.
الهيثمي، ابوالعباس أحمد بن محمد بن علي ابن حجر (متوفاى973هـ)، الصواعق المحرقة علي أهل الرفض والضلال والزندقة، ج2، ص442، تحقيق عبد الرحمن بن عبد الله التركي - كامل محمد الخراط، ناشر: مؤسسة الرسالة - لبنان، الطبعة: الأولى، 1417هـ - 1997م.
Hadis-hadis yang mendorong kepada berpegang dengan Ahlul Bait menunjukkan tiada terputusnya orang yang layak daripada kalangan mereka untuk dipegang sehingga hari kiamat sebagaimana kitab Al-Qur’an. Dengan itu mereka ini adalah juru selamat bagi penghuni bumi. Riwayat lalu mennjadi saksi (Nabi bersabda): Pada setiap generasi umatku ada orang-orang adil daripada Ahlul Baitku. - Al-Haythamī, Abul ʻAbbās Aḥmad bin ʻAlī Ibnu Ḥajar (wafat tahun 973 Hijrah), Al-Ṣawāʻiq Al-Muḥriqah ʻAla Ahl Al-Rafḍ Wa Al-Ḍalāl Wal Zindīq, jilid 2 halaman 442.
Ayatullah Burūjerdī di dalam Jāmiʻ Aḥādith Al-Shīʻah menukilkan argumentasi Al-ʻAjīlī:
وقال العجيلي: وهم الحافظون لكتاب الله وسنة رسوله لا يفارقونهما إلى يوم القيمة لأنه لا بد من قيام الله بحجة منهم ووراثة نبوته وخلافة رسوله فمنهم الظاهر ومنهم المختفى حتى يكون خاتمهم في الوراثة المهدى ولهذا يتقدم على عيسى بن مريم وتقدم ان قطب الأولياء الذي به صلاح العالم لا يكون الا منهم.
البروجردي، حاج حسين طباطبايي (متوفاي1383هـ)، جامع أحاديث الشيعة، ج1، ص75، المطبعة العلمية – قم، سال چاپ: 1399
Al-ʻAjīlī berkata: Mereka adalah penjaga kitab Allah dan sunnah RasulNya, kedua-duanya tidak berpisah sampai hari kiamat, kerana Allah menyediakan Hujjah daripada mereka dan pewaris kenabian, khalifah rasulNya. Sebahagian daripada mereka tersebembunyi sehingga menjadi penutupan dalam pewaris iaitu Al-Mahdi. Untuk itu beliau dijadikan imam atas Isa bin Maryam dan penghulu para wali tidak dimajukan untuk memperbaharui alam semesta melainkan daripada kalangan mereka (Ahlul Bait). - Al-Burūjerdī, Ḥaj Ḥusayn Ṭabāṭabā’ī (wafat tahun 1383 Hijrah), Jāmiʻ Aḥādith Al-Shīʻah, jilid 1 halaman 75
Kesimpulan.
Pertama: Tokoh Ahlusunnah seperti Muslim Nishaburī, Aḥmad bin Ḥanbal, Al-Ṭabrānī Haythāmī dan yang lain-lain telah menganggap hadis Thaqalayn adalah sahih dan perawinya adalah rijal yang dapat dipercayai dan muktabar. Riwayat ini juga adalah mutawatir di kalangan umat Islam.
Kedua: Ulama Syiah dan sebahagian ulama Ahlusunnah menjelaskan persamaan Ahlul Bait dan al-Qur’an. Selagi Al-Qur’an masih wujud sampai hari kiamat sudah tentu ada Ahlul Bait sampai hari kiamat sehingga ia membenarkan ucapan Rasulullah (s.a.w).