Kestabilan dan keamanan al-Dhiyabia berjaya dikembalikan
Kod: 332634 Tanggal: 2012/07/29 - 01:36Sumber: Sana.syprint

Penduduk kembali ke kediaman;
Kestabilan dan keamanan al-Dhiyabia berjaya dikembalikan


 Kestabilan dan keamanan al-Dhiyabia berjaya dikembalikan
Pihak berkuasa turut membunuh sejumlah besar pangganas dan mencederakan beberapa orang anggota militan sambil merampas senjata-senjata mereka.

Dengan kehadiran askar Syria, penduduk mula berani membawa keluarga mereka untuk kembali ke kediaman masing-masing setelah merasakan situasi sudah selamat dan aman.

"Pengganas merosakkan jalan, menakut-nakutkan orang awam dengan senjata dan menyembunyikan wajah mereka... orang awam merasakan bahaya dan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing... apabila kami kembali, kami melihat kesan kekacauan dan kemusnahan," kata Yousef al-Shumari.

Batoul al-Shumari yang pulang sejak dua hari lalu menceritakan bahawa pengganas sedang meragut kehidupan... tidak ada lagi kegembiraan... kami ditangkap di dalam rumah, namun sekarang kami rasa selamat dengan kehadiran askar."

Penduduk lain turut menceritakan rasa selamat sambil membersihkan jalan. Mereka menambah bahawa situasi sudah diperbaiki. Mereka turut menceritakan bagaimana pengganas upahan membakar, menceroboh rumah dan merampas kereta dan barangan dalam kedai.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini