Abna.ir


Alamat masjid Ahlusunnah di Tehran, Iran.
Alamat masjid Ahlusunnah di Tehran, Iran.


Beberapa orang Ahlusunnah di Iran mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai masjid di Tehran untuk melangsungkan solat berjemaah. Namun apakah dakwaan ini benar?

Menurut GhaemNews, beberapa orang Ahlusunnah mendakwa mereka tidak mempunyai masjid di Tehran untuk melangsungkan solat berjemaah. Namun apakah dakwaan ini benar? Beberapa orang wartawannya telah menyiasat perkara ini dan mendapati hingga kini komuniti Ahlusunnah yang mendiami kota Tehran telah mempunyai sembilan buah Masjid untuk solat jemaah.

Meskipun begitu, masyarakat Ahlusunnah tinggal berserakan di kota ini dan menyebabkan masjid-masjid tersebut tidak selalu melangsungkan solat jemaah. Sepanjang bulan Ramadhan didapati individu berfahaman Wahabi telah mendirikan solat Tarawikh di tempat-tempat tersebut.

Lapan masjid Ahlusunnah tersebut ialah:


1. Masjid Tehran Fars, jalan Delavaran
2. Masjid Syahr Quds, KM 20 jalan Qadim
3. Masjid Khalij Fars, Bozorkroh Fath
4. Masjid an-Nabi, Syahrak Donesh
5. Masjid Haftjub, jalan Mullarad
6. Masjid Vahidiyeh, Syahriyar
7. Masjid Nasim Syahr, Akbarabad
8. Masjid Reza Abad, Simpang 3 jalan Syahriyar

Selain itu terdapat masjid yang sering dikunjungi oleh Ahlusunnah seperti Masjid Sodiqiyah, Falake 2 Sodiqiyah, Tehran.



http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=213405